Sabtu, 7 Jun 2014

Rujukan Rohani untuk Ciri Brahmana


Chandogya Upanishad 4.4.1-5

IV-iv-1: Suatu ketika dulu, Satyakama Jabala menyeru ibunya, Si Jabala, "Ibuku, aku ingin memasuki kehidupan Brahmacari di rumah guru. Dari turunan siapakah aku ini, wahai ibuku?

IV-iv-2: Berkata ibu kepadanya, "Tidak pula ku ketahui keturunan apakah engkau ini. Aku dulunya banyak bekerja membidan di merata-rata lalu aku pun mendapat kamu semasa mudaku. Jadi, aku tidak mengetahui keturunanmu itu. Namun, namaku ini Jabala dan engkau itu ku namai Satyakam. Jadi, kau bahasakan saja dirimu itu, Satyakama Jabala."

IV-iv-3: Pergilah dia ke Haridrumata Gautama seraya berkata, "Aku ingin hidup dengamu, tuan terutama, aku ingin menjadi seorang Brahmacharin; bolehku dekati mu, wahai jiwa terhormat?"

IV-iv-4: Guru Gautama bertanya, "Hai belia, keturunanmu itu apa? Jawabnya, "Tuan, tidak pula ku ketahui keturunanku ini siapa. Sudah ku tanyai ibuku; dijawabnya, 'Tidak pula ku ketahui keturunan apakah engkau ini. Aku dulunya banyak bekerja membidan di merata-rata lalu aku pun mendapat kamu semasa mudaku. Jadi, aku tidak mengetahui keturunanmu itu. Namun, namaku ini Jabala dan engkau itu ku namai Satyakam. Jadi, kau bahasakan saja dirimu itu, Satyakama Jabala'. Jadi, tuan, aku ini Satyakama Jabala".

IV-iv-5: Guru pun berkata, "Tiada sesiapa yang bukan Brahmana pun boleh berbicara begitu. Wahai belia, bawa api pengorbanan, mari ku dikshakan engkau menjadi Brahmacharin, kerana engkau tidak terpesong dari kebenaran". Selepas mendikshakannya, dia memilih 400 ekor lembu kurus dan lemah serta berkata, "Wahai belia, ikutilah lembu-lembu ini". Sementara dia membawa lembu-lembu itu ke hutan, dia pun berkata, "Hamba tak akan pulang sehingga cukup 1000 ekor lembu". Dia tinggal jauh untuk beberapa lama, sehingga bilangan lembunya itu meningkat ke 1000 ekor.

Kesimpulan yang dapat diambil, gotra jati (turunan kelahiran) masih tetap diambil kira walaupun ciri rohani itu penting. Boleh juga dirujuk paribahasa (ulasan) Guru Sri Sankara dari terjemahan Swami Gambhirananda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan