Persoalan begini sering timbul kerana wujudnya kekeliruan mengenai chaturwangsa samudaya kita ini. Adakah jati Brahmana itu dari sebab kelahiran, vidya, karma atau tapa? Mana satu??! Lalu dijelaskan mengenai perkara ini menerusi Shri Vajrasuchika Upanishad dari cawangan Samaveda.
Lalu, muncul pula pandangan bahawa Vajrasuchika itu boleh jadi bukan Upanishad yang tulen. Perkara ini terjadi disebakan sastera-sastera yang dikaitkan dengan Upanishad ini baru-baru saja muncul lalu diletakkan ke kedudukan Upanishad, namun tidak pula dipetik oleh pengulas-pengulas asal Vedanta.
Sepanjang yang telah diperjelas oleh petikan-petikan Vajrasuchika itu, bahawa seorang Brahmana itu adalah seorang yang mengenali Brahman maka seterusnya, dia itu bebas dari maksiat dan lain-lain. Perkara ini mewakili etimologi atau terbitan pengertian untuk perkataan tersebut. Namun, dalam samudaya yang memerlukan orang ramai itu terbahagi kepada varna-varna, serta varna itu semua pun dikenali begitu, maka pencirian seseorang yang disebut Brahmana itu dengan hanya prinsip kerohanian halus saja, tidak begitu praktikal. Sebaliknya, kebanyakan orang itu tidak mengerti Brahman, dan kebanyakan orang itu tidak boleh pula mendasarkan persepsi mereka bahawa yang mengenal Brahman itu cuma Brahmana!
Samudaya yang berfungsi dengan buah-buah fikiran rohaniah, seperti samudaya Hindu purba pun, memerlukan Brahmana itu ditauliahkan dengan latihan-latihan sejak usia kecil lagi sebagai persediaan untuk tugasan mengajar, mengaji dan mengerti Brahman. Tidak benar untuk dikatakan yang kedudukan Brahmana itu adalah sejenis Siddhi. Penggolongan Brahmana itu bersifat sosial. Ia tidak memberi implikasi bahawa dilahirkan dengan jati Brahmana itu bererti seseorang itu berada dalam tahap kesedaran diri sempurna.
Sememangnya buah fikiran Vajrasuchika itu kelihatan tidak bertentangan dengan Shruti. Namun, ia bukan teks yang sah mengikut pandangan Vedanta Ortodoks serta cendekiawan. Jenis Upanishad yang dibilang sebagai Upanishad ini, kebanyakannya baru saja dikarang orang sedangkang Upanishad itu dari jenis Shruti dan tidak bertulis. Oleh itu, Upanishad itu dikenali sebagai pramāṇa (punca pengetahuan). Contoh mudah, Upanishad itu adalah rekaan yang dikaitkan dengan Upanishad seperti, Upanishad Allah. Jadi, mesti berhati-hati juga jangan cepat membuat kesimpulan.
Untuk kebanyakan bahagian, pengulas tradisional cuma membataskan diri mereka kepada 11 Upanishad. Vajrasuchika tidak termasuk dalam 11 Upanishad itu. Shruti-shruti itu diwariskan turun-temurun melalui tradisi lisan dan tetap dipelihara dalam kalangan pelbagai sampradaya. Oleh itu, Upanishad itu diterima sebagai sah dan diterima oleh pelbagai pemikiran Vedanta Hindu sebagai pramāṇa. Vajrasuchika pula, tidak dikaji begitu, jadi kesahihannya itu sekurang-kurang boleh dipersoal oleh pengulas Vedanta yang tradisional.
Pandangan yang mencondong ke Vajrasuchika itu menyebut, bagi Shruti itu, Brahmana mewakili kepala Purusha (Sang Narayana) atau mereka yang mengetahui Brahman, atau yang sentiasa benar. Jadi, jika Vajrasuchika itu bukan sesuatu yang sahih, mana pula Shruti sahih yang menyatakan bahawa Brahmana itu tidak memerlukan pengetahuan mengenai Brahman? Mana Shruti yang menyebut bahawa status Brahmana itu cuma rujukan kepada kelompok sosial? Di samping itu, Brahmana sebagai kepala Purusha itu turut menjadi sokongan bagi pandangan Vajrasuchika. Mungkin, cendekiawan boleh juga meletakkan di tepi hakikat bahawa kebijaksanaan itu diperoleh jiva menerusi beberapa kelahiran, maka karma, varna dan jati itu semuanya saling berkaitan.
Menurut pandangan Guru di matham Sri Kanchi, Brahmana itu merupakan saluran penyebaran pengetahuan mengenai Brahman itu sampai kepada mereka yang jahil. Jadi, dari prinsip pertama disebut itu, seorang Brahmana mesti mempunyai kebijaksanaan mengenai Brahman. Kebijaksanaan itu sendiri yang memastikan tempat jivanya dalam persekitaran yang sesuai sebagai guru yang mengajar mengenai Brahman. Kejadian mengenai seorang pelajar Brahmana turut menjadi contoh bagi pengesahan Vajrasuchika, iaitu cetera Jabala yang kononnya tidak berjati, diberi kebenaran untuk ke Brahmachari berdasarkan sikapnya yang berpegang kepada kebenaran. Pandangan ini bukan menghujahkan bahawa varnasrama tradisional ini tidak berkaitan dengan jati mahupun menafikan kedudukan sosial bangsa Brahmana itu. Sebaliknya, mendokong nilai kerohanian bangsa Brahmana. Serta Brahmana itu mewakili pemikiran dan kebijaksanaan Narayana atau mereka yang berdiri di kebenaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan