Betara Vishnu merupakan dewa tertinggi menurut tradisi Vaishnava dalam
agama orang Hindu. Pengikut aliran Smarta Adi Shankara antara yang lain
turut menyembah ke betara Vishnu sebagai salah satu dari lima pancaran Tuhan
yang asas.
Vishnu Sahasranama mengisytiharkan bahawa Vishnu merupakan Paramatma (Yang Maha Tinggi) dan Parameswara (Tuan Tertinggi). Ia menjelaskan bahawa Vishnu itu melampau batasan segala zat makhluk, menguasai yang masa kini, lampau, dan masa ke depan, yang menyokong, melestarikan, dan mentadbir Jagat Raya. Vishnu merupakan asal kepada semua yang ada di dalam Jagat Raya. Vishnu mentadbir segala aspek perlindungan dan kelestarian jagat raya, makanya dia digelarkan sebagai "Pelestari Jagat Raya."
Dalam Purana tersebut bahawa Vishnu mempunyai warna seperti air memenuhi awan, mempunyai empat tangan, memegang teratai, cokmar, sangka, dan cakra. Vishnu juga diterangkan dalam Bhagavad Gita sebagai mempunyai Viswarupam yang melangkaui had pandangan dan pemikiran manusia.
Puranabharti pula menyebut setiap satu daripada Dasavatara Vishnu. Antara sepuluh jelmaan itu, sembilan daripadanya sudah berlaku di masa lampau dan satu lagi akan muncul di masa depan di penghujung Kaliyugam. Dalam ulasan sang pencipta iaitu dewa Brahma dalam Vishnu Sahasranama, dia merujuk dewa Vishnu sebagai Sahasrakoti Yuga Dharine bermaksud yang jelmaan-jelmaan ini akan berlaku dalam semua Yuga di lingkaran jagat raya. Jelmaan-jelmaan dan ceritera mereka itu menunjukkan bahawa Tuhan tiada dapat dibayangkan, dipikirkan dan jauh dari apa yang cuba dicapai oleh akal pikiran manusia.
Bhagavadgita menyebut yang tujuan penjelmaan tersebut semuanya adalah untuk menyuburkan Dharma dan menghapuskan kuasa jahat yang mengancam kelangsungan Dharma. Selain itu, sifat ketuhanan-Nya terpancar di hadapan roh-roh yang jahat. Betara Vishnu memaparkan ciri-ciri suci-Nya itu di depan seluruh roh di alam semesta ini. Dalam hampir semua aliran agama orang Hindu, Vishnu sama ada disembah secara terus atau disembah puja dalam bentuk sepuluh jelmaannya. Yang terkenal sekali jelmaan dipuja itu adalah Sri Rama dan Begawan Krishna.

Trimurthi merupakan konsep dalam agama Hindu, "yang dengannya itu, fungsi pencetusan, pemeliharaan dan pemusnahan untuk pencetusan semula ditokohkan dengan rupa Brahma, Vishnu, dan Siva". Devata bertiga itu merupakan tiga dalam Satu. Mereka itu rupa-rupa berbeda Paramatma yang sama, Sri Narayana atau Svayam Bhagavan.
Vishnu dipuja sebagai Mukunda. Ertinya Yang Maha Membebaskan. Baginda memberi mukti (moksa) kepada pengikut baginda atau kepada sesiapa saja yang layak menerima keselamatan dari duniawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan