Sabtu, 26 Julai 2014

Saṁnyāsa: Terbitan


Pengertian

Erti ringkasnya itu lebih kurang, "meletakkan habis segala sesuatu". Yang seerti dengan Saṁnyāsa itu adalah:
  • Bhiku atau Bhikuka.
  • Parivraja atau Parivrajaka.
  • Sādhu.
  • Siddha.
  • Śramana.
  • Tapasvin.
  • Yati.
  • Vairagi.
Di sebelah hulu ini terdapat juga sabdavali tempatan seperti dari bahasa Siam, bahasa Kawi, bahasa Melayu dan lain-lain:
  • Ajar-ajar (lelaki) atau ubun-ubun (perempuan) di Jawa.
  • Chao phanava di Siam.
  • Pertapa menurut bahasa Melayu.
Tahap hidup ini sudah muncul semenjak samaya vedika lagi. Oleh itu, penganut ajaran Buddha dan Jina masih diperkirakan sebagai orang Hindu juga.

Kelompok

Kelompok Bhiksu yang tersebut dalam veda-veda suci seperti Atharvaveda, gveda dan Yajurveda itu ada empat jenis:
  • Keśin.
  • Mui.
  • Yati.
  • Vrtya.
Keempat-empat kelompok bhiksu ini berkait dengan tradisi-tradisi Betara Siva dan Rudra. Selain itu, ada juga melibatkan Surya, Vayu dan Agni. Yati pula berkaitan dengan Betara Indra.

Jenis-Jenis

Guru Sankara menerusi Vivekacudamani, sloka ke-81, berbicara mengenai mereka yang tertakluk kepada penderitaan hidup yang mengutuk samsara. Jelas beliau, vairagya mereka itu dibuat-buat saja, tidak sepenuhnya atau tidak kekal. Dari segi ini, Sri Chandrasekhara Bharati dari Sringeri menjelaskan bahawa, hati pertapa-pertapa tersebut sebenarnya belum bebas sepenuhnya lagi dari visaya (bahan-bahan deria). Hati mereka masih rindu kepada benda-benda tersebut termasuk juga kepada bahan-bahan bersuara atau sama.

Oleh itu, Guru Sankara menyuruh supaya dibunuh setan visaya itu. Caranya seperti apa? Dengan sentiasa teguh dengan vairagya. Menerusi itu saja, samudra samsara yang dipenuhi dengan gelombang dari tekanan kelahiran, kematian dan peristiwa itu boleh dilintasi tanpa halangan. Saksat Karana (persepsi dari firasat) dari Brahman Maha Agung pun timbul (Vivekacudamani, sloka ke-82).

Empat jenis pertapa pula muncul berantingan menurut kelompok keagamaan samudayam. Mereka ini asalnya jenis ajar-ajar hutan dengan pelbagai tahap keazaman:
  • Kutichaka.
  • Bahudaka.
  • Hamsa.
  • Paramahamsa.
Baru-baru ini, pemerhatian menunjukkan wujud dua jenis bhiksu kain kuning bertongkat:
  • Ekadanda, tongkat nan sebatang.
  • Tridanda, bertongkat tiga.
Mereka mempunyai beberapa perbedaan dari segi amalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan