Sabtu, 26 Julai 2014

Saṁnyāsa


Tahap ini merupakan tahap tertinggi dan penghabisan dalam kehidupan asrama seseorang Hindu itu. Tahap kehidupan ini boleh diambil oleh:
  • Lelaki berusia melebihi 50 tahun.
  • Wanita berusia melebihi 50 tahun.
  • Brahmacari muda yang ingin terus mencapai peningkatan rohani.
Di tahap ini, seseorang itu memperkembang vairāgya, tahap membakar nafsu, dan menanggalkan ikatan duniawi di hati, meninggalkan pemikiran membuang masa mengenai duniawi dan menghentikan diri daripada dipengaruhi oleh keinginan-keinginan nafsu. Menghabiskan saki-baki hidup menerusi renungan jiwa. Mereka yang masuk ke tahap ini dikenali sebagai Saṁnyāsin (lelaki dan wanita) dan Saṁnyāsini (wanita).

Ketika tahap hidup ini, seseorang itu meninggalkan api atau agnihotra yang cuma dibenarkan untuk mereka yang hidup berkeluarga.

Seorang Saṁnyāsin itu boleh memilih untuk:
  • Tidak memasak.
  • Berhenti mendekati api
  • Tidak menjalani kehidupan bersama api.
  • Tidak berkebaktian kepada deva-deva lagi.
Mereka memberi tumpuan terhadap:
  • Upacara suci penting dan kebaktian sebagai contoh untuk samudayam.
  • Peningkatan dan perkembangan jiwa saja.
Mereka secara simboliknya membuang jasad mereka ke dalam api. Lambang itu terdapat pada warna kuning atau warna kumkum kain penutup tubuh mereka. Ertinya itu, tubuh disucikan menerusi api dan roh dibebaskan ketika jasad masih hidup lagi. Oleh itu, tubuh mereka tidak perlu dibakar lagi selepas mati. Mereka dikebumikan. Berbeda dengan orang biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan