Kelahiran anak itu merupakan peristiwa suka. Mempunyai seorang anak dan membesarkannya itu satu cabaran yang boleh dimulakan dengan penuh keyakinan dan suka. Pada masa yang sama, pengorbanan dalam tempoh yang lama dan tanggungjawab di pihak ibu bapa pun bermula.
Walaupun manusia menduduki tempat termaju di tangga evolusi, namun, manusia tetap mengambil masa untuk mencapai kematangan dan berdiri di kaki sendiri. Maka, ibu bapa itu memegang adhikara pula untuk membela dan mengasuh anak-anaknya supaya menjadi manusia berguna di jagat raya dan di masa depan. Menjelang beberapa satavarsa itu, samudaya pun membentuk formula-formula tertentu yang diuji dengan baik sekali untuk membimbing ibu bapa dalam tugas mereka membela anak-anak.
Sehubungan itu, agama memainkan peranan penting dalam menyediakan rangka kerja untuk membantu ibu bapa melatih anak-anak dari segi tatasusila, sikap dan aryadharma. Untuk pengikut Guru Buddha, baginda pun turut memberi panduan berguna menerusi sarana untuk pendekatan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Perkara ini boleh dirujuk dalam Sutra Sigalovada.
Baginda mengaitkan perkara ini dengan pengalaman baginda yang terlihat seorang pemuda bernama Sigalaka menjalani upacara anjali menyembah enam penjuru: utara, selatan, timur, barat, caramapara dan ke bawah. Baginda Buddha pun mendekatinya seraya bertanya, apa pengertian perbuatannya itu? Dijawabnya, tidak diketahui pula pengertiannya kerana dia cuma menurut sarana gemolah bapanya saja. Baginda sebaik mendengar jawapan itu, tidak pula mengutuk lelaki itu kerana tidak mengetahui pengertian perbuatannya itu. Baginda Buddha memberi nirvacana amali berguna pula untuk perbuatan tersebut...
Baginda mengaitkan perkara ini dengan pengalaman baginda yang terlihat seorang pemuda bernama Sigalaka menjalani upacara anjali menyembah enam penjuru: utara, selatan, timur, barat, caramapara dan ke bawah. Baginda Buddha pun mendekatinya seraya bertanya, apa pengertian perbuatannya itu? Dijawabnya, tidak diketahui pula pengertiannya kerana dia cuma menurut sarana gemolah bapanya saja. Baginda sebaik mendengar jawapan itu, tidak pula mengutuk lelaki itu kerana tidak mengetahui pengertian perbuatannya itu. Baginda Buddha memberi nirvacana amali berguna pula untuk perbuatan tersebut...
- Mematuhi dharma kita sendiri terhadap ibu bapa.
- Mematuhi dharma terhadap guru-guru, bhiksuka dan brahmana.
- Mematuhi dharma terhadap isteri.
- Mematuhi dharma terhadap anak-anak.
- Mematuhi dharma terhadap sesama makhluk.
Jelas di sini, bahawa baginda Buddha menekankan mengenai peri penting perhubungan sesama makhluk terutama sekali hubungan ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa mesti menjaga anak-anak, memberi kebebasan bila tiba masanya dan memberi hak-hak yang sepatutnya. Di samping itu, anak-anak mesti memperluas kebaktian sebagai pematuhan dharma mereka. Ia mesti diperbuat dengan saling penghormatan, ikhlas dan penghargaan. Bukan demi mengharap pulangan atau balasan.
Penting sekali disedari perhubungan rapat antara keibubapaan dengan agama. Ibu bapa mesti menyertakan agama dalam kelahiran anak-anak. Keluarga yang membina perhubungan sepanjang garis agama, tidak mungkinlah akan gagal. Menjadi dharma ibu bapa untuk membina hubungan dengan mengikut garis agama dan adat-adat Hindu. Pengikut Buddha tidak perlu lah untuk membaptis anak-anak seperti orang Kristian. Cukup sudah membawa mereka ke pura dan biara untuk sentiasa memperbaharui kepercayaan terhadap Triratna, bersarana dengan Phra Guru, Dharma dan Samgham. Trisarana ini sepatutnya menjadi pasak keyakinan ibu bapa bahawa anak-anak itu dilindungi dari segala mara bahaya dan kejahatan.
Kita tidak boleh menafikan kewujudan bala tentera kejahatan. Ia wujud di sekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ia memberi keburukan dan boleh merosakkan kita. Membawa anak-anak ke pura, biara dan menjalankan adat-adat memberi kebaikan dan keselamatan pula untuk anak-anak.
Langkah membawa anak-anak ke pura itu boleh menjadi permulaan yang baik untuk mengikat semangat mereka dengan agama. Mereka boleh kembali ke pura jika menghadapi masalah di masa depan. Untuk kebaktian ke ibu bapa dan pitru itu, tolonglah rujuk ke Bhagavadgitam dan adat-adat Hindu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan