Lanjutan Aliran Śaiva Kaśmīr

Sejarah

Dari sekitar 850-900 M, Śiva Sutra dan Spandakārikā menjadi percubaan pertama dari aliran Śākta Śaiva untuk mempersembah metafizika advaita dan doktrin mokṣa yang nastika berlawanan dengan tafsiran dvaita Śaiva Siddhanta. Tradisi menyatakan bahawa kitab Śiva Sutra terjelma dalam mimpi Vasugupta. Sementara itu, kitab Spandakārikā pula dikarang sama ada oleh Vasugupta atau anak murid beliau, Bhatta Kallata.

Aliran ini menurut tradisi dititihkan dari Somananda. Somananda adalah guru kepada Utpaladeva yang merupakan guru agung kepada Abhinavagupta. Abhinavagupta menyampaikan ajaran ini kepada Kśemarāja.

Penyuburan Kembali

Walaupun terdapat ramai yogi dan pengamal yang mengikuti ajaran ini secara senyap, namun tiada seorang pun yang menghasilkan dokumen berkenaan dengan amalan-amalan dalam ajaran ini sehinggalah ke abad ke-14 M. Dalam abad ke-20 M, Swami Laksman Joo, seorang Brahmin berbangsa Kaśmīr membantu menyuburkan kembali aliran-aliran yogi dan kesarjanaan pandangan ini. Sumbangan beliau besar sekali dan hal ini memberikan ilham kepada sarjana-sarjana menjadikan aliran ini sebagai bidang kajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi.

Pelopor Trika