Memaparkan catatan dengan label langkawangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label langkawangsa. Papar semua catatan

Ahad, 27 April 2014

Cetera Wayang: Cetera Ramakirtti

Svasti Sri!

Ini cetera di rantau kita... Orang Siam dan yang keturunan Srivijaya (Melayu Buddha Brahman) di sebelah selatan berhubung rapat dengan Teluk Bengal. Tiada sari kata mohon diampun...

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3

Ahad, 26 Januari 2014

Buddha Theravada: Semadhi

Oleh Bhikkhu Yutthadhammo Noah
Himpunan nota, NG group


Apakah itu semadhi? Kata semadhi itu banyak pengertiannya. Contohnya, setengah puak berkata bahawa tapa semadhi itu adalah untuk menenangkan pemikiran. Mencetuskan keadaan yang tenang atau hening untuk beberapa ketika. Seperti pergi bercuti beberapa ketika, melarikan diri sebentar dari realiti sekeliling. Mungkin pengalaman luar biasa daripada realiti alternatif yang mencetuskan pengalaman lebih daripada biasa seperti keajaiban.

Tapa semadhi mengembalikan semula tubuh dan minda ke keadaan fitrah yang sebelum ini tidak berada dalam keadaan fitrah disebabkan oleh kebimbangan dan kebimbangan yang disyaratkan oleh duniawi. Ia nanti akan memberikan kesan kepada perubahan dan membawa minda dan tubuh kepada suka bahagia. 

Kadang-kala, kita mungkin tak berasa tenang pun dalam tapa semadhi. Kadang-kala, ia berurusan pula dengan keadaan mendalam yang tak menyenangkan yang wujud dalam minda kita. Misalnya, tahap stres, tahap bimbang, tahap amarah, atau tahap ketagihan. Dan kelihatan pula setengah tapa itu tak setenang yang dijangkakan atau diingini. Tapi kita kena lah faham bahawa ia bukan seperti mengambil ubat atau dadah. Ia bukan perbuatan yang membawa kita kepada kesukaan dalam masa singkat. Tapi ia ditujukan untuk perubahan sebenar kepada minda dan hati. Untuk membawa minda, akal dan hati kita itu kepada fitrah, cerah, tenang dan hening......

Jadi, persoalannya pula bagaimanakah kita boleh memberikan kesan kepada perubahan atau penyembuhan bagi keadaan yang marah, sesal, tamak, ketagih, khayal, takbur, bimbang, stres, tekanan, ketakutan dan lain-lain? Bagaimana untuk mengubati perkara ini semua? Saudara Yutthadhammo lantas menyebutkan pula mengenai ajaran "akal cerah" sebagai dasar bagi mencetuskan "kesedaran cerah" daripada pengalaman tatkala ia berlaku setiap saat. Caranya itu adalah dengan kaedah purba bergelar, "mantra". Bukanlah kita membaca "mantra" itu dengan kata-kata yang hebat atau luar biasa tapi cukup dengan kata-kata biasa yang berkaitan dengan hakikat sekeliling kita yang kita alami setiap masa dan setiap hari. Perkara yang kita alami itu kita pergunakan sebagai mantra yang akan membawa akal kita kepada fokus dan dengan jelas mengalami sesuatu fenomena sebaik saja ia timbul. Dengan jelas mengetahui atau melihat apakah ia. Dan tidak ketagih atau terikat dan sedih atau melawan pengalaman itu. Mengetahui dan merasai pengalaman itu seperti seadanya.

Contohnya, kalau anda terasa sesuatu dalam tubuh atau apabila menggerakkan tubuh atau apabila terpikirkan sesuatu di benak dan seterusnya anda akan mencetuskan fikiran yang jelas. Contohnya berpikir. Kalau kita marah, kita akan katakan pada diri kita, ini adalah marah. Kalau sakit, katakan sakit. Kita memilih perkataan bagi menggambarkan pengalaman itu dengan tepat. Jadi, ia akan menetapkan otak kita selari dengan pengalaman itu sebagai seadanya. Bukannya kita sedih atau ketagih, atau terikat kepada pengalaman tersebut.

Bagi melakukan perkara ini, kita boleh memecahkan pengalaman atau hakikat hidup itu kepada empat bahagian. Kita labelkan pengalaman hidup itu kepada empat bahagian. Pengalaman hidup kita nanti akan berada dalam fenomena-fenomena yang tergolong dalam empat bahagian tersebut. Empat bahagian itu adalah....
  • Tubuh
  • Gerakan tubuh
  • Perasaan, fikiran dan akal
  • Tahap mentaliti emosi contohnya cerah, mandom, bimbang dan ragu
Bahagian Tubuh
 
Kesemua empat bahagian kategori hakikat hidup ini menjadi asas bagi amalan tapa semadhi kita. Ini adalah cara yang dipakai bagi mencetuskan pemikiran cerah ketika ini. Sebagai contoh, setiap saat pun tubuh kita digerakkan macam apabila tangan digerakkan, angkat tangan dan kita kata lah kepada diri kita... angkat tangan... angkat tangan... angkat... Bila duduk, katalah kepada diri sendiri duduk... duduk... duduk... dalam apa sahaja kedudukan pun ingatkanlah diri kita tentang perbuatan kita. Maka, kita akan menjadi peka dengan kedudukan tubuh. Ini adalah satu bahagian realiti bagi mewujudkan akal yang cerah.  

Jumaat, 9 Mac 2012

Wandana Puja


Buddha Wandana
(Tabik ke Buddhaguru)

Iti pi so bhagawa araham samma sambuddo
Makanya, Yang Diberkati itu: Yang Suci itu, dicerahi sepenuhnya
Wijjaa carana sampanni sugato lokawiduu anuttarro
Dikurniai dengan pemandangan jelas dan kelakuan benar, luhur, Maha Mengetahui segala loka
Purisa damma saarathi satthaa dewa manussaanam
Pemimpin manusia menjinakkan tiada bandingan, guru dewata serta menusia
Buddho bhagawaati
Dicerahi lah Dia dan diberkati

Dharmma Wandana
(Tabik ke Dharmma)

Swaakkhato bhagawataa dhammo sanditthiko akaaliko ehi passiko opanaayiko paccattam weditabbo winnuhiti
Dhamma Yang Maha Berkati itu sudah terang jelas; dilihat di sini dan bagaimana caranya; tidak dilewatkan sedikit pun menurut masa; menjemput sesiapa sahaja mari dan lihat; memandu ke hadapan (arah Nibbana); untuk diketahui bagi yang bijaksana, setiap satu bagi dirinya.

Sangha Wandana
(Tabik ke Sangha)

Supatipanno bhagawato saawaka sangho, ujupatipanno bhagawato saawaka sangho.
Sangha Yang Diberkati telah masuk ke jalan yang baik; Sangha Yang Diberkati telah masuk ke jalan lurus.
Nayapatipanno bhagawato saawka sangho. Samicipatipanno bhagawato saawka sangho.
Sangha Yang Diberkati telah masuk ke jalan yang sepatutnya. 
Yadidam cattaari purisa yugaani atthapurisapuggalaa esa bhagawato saawka sangho.
Sangha Yang Diberkati memang layak dengankurniaan  
ahuneyyo, pahuneyyo, dakkhineyyo, annjalikaraniyo, anuttaram punnakkhetam lokassaati.
layak dialu-alukan, layak menerima persembahan, layak untuk terima tabik hormat, sebagai tiada tandingannya lapangan pahala dalam loka.