Memaparkan catatan dengan label zoroastrian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zoroastrian. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

Zoroastrianisme: Ciri Keagamaan


Kepercayaan Dasar

Penganut agama ini percaya bahawa hanya ada Tuhan Maha Esa, Maha Meliputi dan Maha Agung, iaitulah Ohr Mazda. Dalam bahasa Avestan, Ohr itu ertinya Dewata dan Mazda, ertinya Akal. Disebutlah Asura Medha dalam bahasa Sanskerta kita.

Resi Zaratustra mengasingkan kedua-dua ciri ini kepada konsep berbeda dalam kebanyakan Gatha (Katha) dan menggunakan perkataan maskulin bagi satu konsep serta perkataan feminin bagi satu lagi konsep seolah-olah cuba untuk mengelak daripada memberikan ciri-ciri manusia kepada kedewataan.

Setengah penganut agama ini mendakwa bahawa Ahura Mazda itu merupakan Pencipta yang tidak diciptakan yang kepada-Nya nanti semua pujaan ditujukan jua, maka mereka pun mengadun kepercayaan berbentuk panentheisme dengan ketuhanan yang serba mencakupi, dipercayai meluas sebagai turut memberi pengaruh kepada cawangan agama Islam aliran Syiah Ismaili.

Sarjana lain menekankan bahawa ketuhanan Zoroaster ini merangkumi kedua-dua entiti makhluk dan akal, dijelaskan dengan lebih baik lagi sebagai kepercayaan kepada alam semesta yang tercetus sendiri dengan kesedaran sebagai ciri istimewanya, menjadikan agama ini sebagai agama dalam lingkungan ideologi pantheisme, sekaligus memudahkan jejakan semula terbitannya yang sama dengan cawangan ajaran Brahmana di benua India.

Dalam kebanyakan keadaan, makhluk Ohr Mazda, jelas sekali dipersetujui dengan meluas sebagai asha, kebenaran dan susunan yang merupakan lawan kepada kacau-bilau, yang jelas pula sebagai druja, kesalahan dan kekacauan. Pertelingkahan yang terhasil ini melibatkan seluruh alam semesta, termasuklah kemanusiaan, yang mempunyai peranan giat dalam pertelingkahan. Agama menyatakan bahawa penyertaan giat dalam kehidupan menerusi perbuatan kebajikan itu penting bagi memastikan kesukaan dan mengelakkan berlakunya kekacauan dalam susun atur alam semesta.

Penglibatan giat ini merupakan unsur utama dalam konsep kebebasan memilih tindakan, dan Zoroastrianisme menolak segala bentuk kebiaraan. Ohr Mazda akhirnya akan menang juga atas Angra Mainyu atau Ohriman, tatkala alam semesta nanti melalui pengubahsuaian dan berakhirnya kala.

Dalam perubahan terakhir, semua makhluk, termasuklah roh yang sudah mati yang pada awalnya dihapuskan ke dalam kegelapan akan bersatu kembali dalam Ohr Mazda, kembali ke kehidupan dalam bentuk tidak mati-mati lagi. Pada pengakhir kala, seorang Shaoshyant atau Penyelamat akan membawa loka ke pengubahsuaian disebut sebagai Farshokereti, iaitu ketika manusia dihidupkan kembali. 

Dalam tradisi Zoroaster, "kacau-bilau" diwakili oleh Angra Mainyu yang merujuk kepada Ohriman, "Prinsip Pemusnah", sementara yang baik berbelas kasihan diwakili menerusi Spenta Mainyu bagi Ohr Mazda, perkakas atau "Kemurahan" bagi tindakan makhluk. Menerusi Spenta Mainyu pula, Ohr Mazda yang tak tercapai dek akal manusia kerana ketidakterbatasannya itu berhubung dengan loka makhluk. Prapancavijnana Zoroaster mempunyai bacaan Ahuna Vairya, Ohr Mazda menciptakan kejayaan terakhir-Nya nanti dengan kekalahan Angra Mainyu. Sebagai luahan dan ciri kepada makhluk ciptaan, Ohr Mazda memancarkan Amesha Spentah atau makhluk-makhluk yang tidak terkena kematian yang setiap satunya itu menjadi perupaan kepada ciri ciptaan. Amesha Spenta pula dibantu oleh prinsip-prinsip yang lebih rendah, Yazatah, yang tiap-tiapnya layak menerima semah tabik, dan setiap satunya merupakan penokohan bagi susila dan ciri-ciri jasadi ciptaan.  

Ciri Lain

Dalam ajaran resi Zoroaster, apo (aban) atau air dan atar (adar) atau air merupakan dua bahan yang menjadi wahana penyucian dalam keagamaan. Dalam pengajian alam menurut agama Zoroaster, air dan api itu merupakan unsur sebelum wujud kedua dan terakhir yang dicetuskan, dan sastera suci menganggap api itu sebagai cetusan dari air. Kedua-dua air dan api dianggap sebagai pemelihara kehidupan, dan air serta api diwakili dalam kawasan pura api orang Parsi.  

Orang Parsi selalunya sembahyang dengan kehadiran sebentuk api (yang jelas dianggap sebagai punca cahaya), dan upacara kemuncak dalam peribadatan api itu termasuklah upacara memperkuat air-air. Api dianggap sebagai wahana yang didapati darinya pandangan dalaman diri dan hikmat-hikmat, dan air pula dianggap sebagai punca hikmat kebijaksanaan.

Orang Parsi di India tidak menyebarkan agama mereka kemungkinannya atas sebab sejarah juga. Mungkin tindakan tersebut dianggap sebagai tindakan jenayah pula di India. Orang Parsi di Iran pula tidak melarang penyebaran agama ini dan upacara agama mereka dikeluarkan dan disahkan oleh Majlis para Mobed di Teheran. Namun, pihak berkuasa Iran tidak membenarkan penyebaran agama Zoroaster dalam rantau Iran. Jadi, tindakan penyebaran agama ini giat dijalankan oleh penganut Zoroaster Iran yang dibuang negara. Pusat mereka di luar negara terletak di Los Angeles dan Paris. Penganut agama Zoroaster digalakkan berkahwin sesama penganut agama sahaja tapi tidak pula dilarang berkahwin dengan penganut agama lain.

Dalam tradisi Zoroaster, kehidupan ini sementara sahaja keberadaannya. Ia tidak kekal abadi dan senantiasa menyaksikan peperangan antara kebenaran dengan kesalahan. Sebelum dijelmakan, urvan (roh) seseorang itu masihlah lagi bersatu dengan fravashi (malaikat penjaga) nya. Fravashi itu sudah berada semenjak tercetusnya alam semesta ini oleh Ohr Mazda.

Semasa kehidupan seseorang itu dalam buana manusia ini, fravashi lah yang menjadi penunggu manusia itu. Pada hari keempat kematiannya, roh itu akan bersatu kembali dengan fravashi, yang kemudian pengalaman kehidupan urvan (roh) manusia itu dalam buana manusia akan dikumpulkan bagi meneruskan peperangan di buana roh pula. Dalam kebanyakan bahagian, agama ini tidak pula mempunyai perbincangan mengenai kelahiran semula, kecuali lah ketika pengubahsuaian alam semesta terakhir nanti.

Pengikut Ilm-e-Kshnum di India percaya pula dengan kelahiran semula dan turut mengamalkan vegetarianisme dalam pemakanan. Kedua-dua ciri ini tidak kedapatan lah dalam agama Zoroaster Ortodoks. Namun, resi Zoroaster sendiri sebenarnya adalah seorang vegetarian.

Dalam sastera suci dan tradisi agama ini, tubuh badan manusia ini terdedahlah kepada pereputan disebabkan ciri-ciri druj nya. Berikutnya, sastera suci memberikan panduan mengenai pengebumian tubuh mayat dengan cara supaya mayat itu jangan merosakkan makhluk-makhluk baik dalam bumi. Perkara ini sudah menjadi doktrin pula pada dasar keagamaan. Orang Parsi akan membuat Menara Sunyi bagi meletakkan mayat di atas menara tersebut biar ia dimamah burung gasar. Pengamalan cara pelupusan mayat begini cuma diamalkan orang Parsi di benua India kerana tidak dilarang kerajaan di situ. Namun, mereka terpaksa mencari cara perlupusan lain pula disebabkan racun pengawet mayat (diclofenac) telah menyebabkan burung gasar pupus.

Masyarakat Zoroaster lain pula menjalankan upacara membakar mayat sama seperti orang Hindu, orang asli Russia dan orang Greek. Setengah yang lain pula mengebumikan si mati dalam kubur batu marmar.   

Selasa, 29 Oktober 2013

Rupakara Pahaman Parsi Purwa dan Wedika


Pustaka Suci Awestan

Pustaka suci Awesta berbicara mengenai beberapa tanah termasuklah Sapta Sindhu iaitu rantau Sindhu-Saraswati di sebelah Utara dan Barat Laut India kini. Pustaka suci Awesta ini merupakan pustaka suci kepunyaan bangsa Persia yang beragama Zoroaster yang dalamnya mengandungi bacaan Yasna (Yajna) iaitu Gatha Zaratustara, Widewadat atau Wendidad (Asura) dan Yast yang dipakai dalam pemujaan.

Semasa pemerintahan wangsa Sasan di Persia, Awesta diterjemahkan ke dalam bahasa Pahlewi dan terjemahan ini digelar sebagai Zand Awestan. Penganut ajaran Zoroaster bercakap mengenai Mathra atau Mantra itu sebagai bacaan yang menuruti pertapaan. Seperti juga triwamsa Wedika, kelompok penganut ajaran Zoroaster pun mempunyai kelompok pedanda iaitu Zaotar, kesatria iaitu Nar dan kelompok petani dan pengembala bergelar Wastar.

Dewa, Asura dan Daiwa

Menjadi tanggapan resmilah bahawa pada dewa dalam kepercayaan Mazda itu sama seperti dewa-dewa menurut ajaran Brahmana. Makanya, nabi Zoroaster merubah kedudukan dewasura yang seperti samaya Wedika itu. Pada hakikatnya, situasinya itu lebih rumit lagi. Rupakara kepercayaan Wedika dan Zoroaster itu sebenarnya lebih banyak persamaan daripada yang terdapat dalam tanggapan ramai orang.

Dari Kashmir, yang merupakan rantau dalam putaran ajaran Wedika, memaparkan bukti yang penting berkaitan tiga pembahagian mengandungi dewa, asura dan daiwa. Susunan bertindaklas tiga pembahagian ini merupakan dasar bagi pemikiran Wedika. Tiga pembahagian ini di luar bumi, di atmosfrea dan matahari; dalam bumi pula ada tubuh, nyawa atau prana dan kesedaran atau atman. Penggulungan ketiga-tiga ini dicerminkan dalam guna-guna falsafah Hindu seperti sattwah, rajah, dan tamah.

Dewa atau dewata mewakili langit dan unsor sakti sattwah. Sakti berkaitan memahami atmosfera pula diwakili oleh asura yang berunsur rajah. Sakti berkaitan kegiatan daiwa pula merujuk kepada unsur bumi dan tubuh yang tamah. Cetera rakyat Kashmir mempunya banyak penceteraan bahawa para daiwa itu merupakan titik perlawanan dengan dewa dan asura. Kadangkala istilah raksasa dipakai bagi mengertikan daiwa. Istilah raksasa ini banyak disebut dalam sastera Sanskerta. Perkataan raksasa muncul dalam Rigweda, bahagian Aitareya Brahman dan lain-lain. Ia juga dianggap sepengertian dengan nirrti. Raksasa yang merupa perkahwinan merupakan sawan ganas atau pun peristiwa rogol gadis selepas kekalahan atau kemusnahan keluarganya.

Mungkin keseluruhannya bahawa istilah daiwa ini masuk ke Kashmir dengan kemasukan orang Parsi kemudiannya. Jika begini keadaanya, sebab mengapa ia bertapak di situ pula adalah kerana ia bertindak menjadi kata seerti bagi buah pikiran yang sedia ada di situ. Nampak bahawa istilah itu sudah biasa dipakai di Kashmir sejak samaya purwa lagi dan penggunaannya pun berselari dengan samaya ia dipakai di Bactria yang berdekatan oleh Zaratustra.

Sokongan lain lagi bagi mendukung pandangan ini datang dari orang Hindu Kashmir sendiri, yang terasing daripada sebarang penghijrahan orang Parsi sejak beberapa kurunnya, mengikuti amalan-amalan yang turut terdapat dalam ajaran Zoroaster. Yang ini termasuklah pemakaian benang suci bagi wanita dipanggil sebagai Aitpan di Kashmir dan juga pakaian suci dipanggil Sadr.

Pandangan Wedika dalam memerhatikan loka ini dalam pembahagian diwakilkan kepada ketiga-tiga golongan makhluk itu pun terdapat dalam Purana terkemudian. Tapi ia sudah diringkaskan menjadi dewa lawan Asura termasuklah Raksasa. Zaratustra membuat ringkasan yang serupa dalam susunan asura yang dalamnya itu tergolong bangsa dewa dilabelkan sebagai yazata dan daiwa. Asura merupakan tapak bagi kemunculan dewa-dewa. Pengurangan ini dalam pandangan aliran Zaroaster tak ada lah berbeda sangat daripada Purana.

Nanti, kita akan melihat rumusan daripada struktur umum dan juga persamaan biasa antara rupakara pahaman penganut ajaran Zoroaster dengan Wedika. Dari sini, dapat dilihat perubahan diperbuat oleh penganut ajaran Zoroaster terhadap rupakara yang serupa dengan rupakara Wedika yang wujud sebelumnya itu satu keselarian pada pahaman bahawa ia merupakan penyesuaian yang terjadi di benua India dalam samaya Purana. Namun, Zaratustra itu menekankan dikotomi yang tajam sekali antara baik dan jahat menimbulkan satu nilai estetik dan juga pendekatan yang agak unik pula.