Bab 7
Turunan Yaduwangsa
Dalam turunan Yadu itu, ada pecahan Haihayawangsa. Kartawira Arjuna itu datang dari Haihayawangsa. Baginda menjadi chakrawarti yang mendapat 1000 tangan berkuasa dari Betara Indera.
Cetera Kartawira Arjuna
Baginda ini terbukti merupakan pemerintah yang terbaik yang menyediakan perlindungan dan kesukaan kepada rakyatnya. Keadaan ini jaranglah terjadi dalam sejarah manusia semua. Keberanian baginda pula boleh dilihat dalam Ramayana apabila baginda melawan maharaja Rawana. Baginda dipenjarakan oleh asura dan maharesi Pulastiya sendiri terpaksa memohon supaya baginda dibebaskan oleh mereka!
Namun, perjalanan masa menyebabkan baginda Kartawira Arya mula menjadi gila kuasa dan membunuh maharesi Jamadagni. Maharesi itu dibunuh kerana tak mau memberinya Kama Dhenu. Dalam pada itu, dewa Agni mendekati Kartawira Arya supaya dipuaskanlah laparnya itu. Baginda Kartawira Arya memberikan hutan yang besar supaya sang Agni boleh memakannya sepuas hati. Malang sekali dalam hutan itu ada pula asrama maharesi Wasista. Beliau terbunuh kerana terbakar. Sebelum mati, maharesi menyumpah Kartawira Arya bahawa nanti akan ada jelmaan Betara Wisnu iaitu Parasurama muncul. Beliau itu bukan saja akan membunuh Kartawira ARya tapi juga akan menghapuskan semua kaum Kesatria ketika itu kerana bersikap kejam terhadap kaum Brahmana, para resi dan rakyat pada umumnya. Sumpahan resi Wasista menjadi kenyataan apabila Parasurama membunuh raja-raja kaum Kesatria dalam 27 peperangan!!!!
Berabad lamanya dalam turunanan Kuruwangsa, terbit pula terbitan buruk dari Kuruwangsa. Itulah dia raja Shantanu. Baginda dan dewi Gangga melahirkan Dewa Wrata. Dewa Wrata dikenali ramai sebagai Bhisma Pitamaha. Bhisma Pitamaha dipanggil Dewa Wrata itu sebab sumpah membujangnya itu melanggar tatahidupan berumah tangga kerana bencinya kepada keinginan ayahandanya, raja Shantanu hendak berkahwin dengan Satyawati atau Matchagandhi. Matchagandhi ini dinamakan semula oleh maharesi Parashara sebagai Yojanagandhi. Maharesi itu terpikat dengannya ketika melintasi sungai. Ketika itu, wanita itu sedang memancing ikan. Dia dipanggil oleh maharesi dan diberi pahala oleh maharesi bahawa tubuhnya itu hilang bau ikannya tapi berubah menjadi bau semerbak harum sejauh yang mampu dihidu orang. Selain itu, daranya pun tak terjejas dan dia akan menjadi permaisuri pula kepada seorang raja terkenal.
Cetera Maharesi Wedawiyasa
Sebagai kesan kepada apa yang terjadi, menjelmalah Swarupa Betara Wisnu yang dilahirkan dari Satyawati dan maharesi Parashara. Betara Wisnu menjelma menjadi maharesi Wedawiyasa. Maharesi Wedawiyasa ini mempunyai kepakaran menulis Astadasa Maha Purana serta menulis banyak lagi sasteragama. Mahakawiyam beliau yang terkenal sekali itu adalah Mahabharata.
Selepas Perkahwinan Raja Shantanu
Berlawananlah dengan latarbelakang raja Shantanu jatuh hati kepada Satyawati. Satyawati membuat syarat supaya Dewa Wrata atau keturunan baginda itu dibenar menaiki singgahsana kerajaan Kuruwangsa. Maka, demi terdengar oleh Bhisma hal ini dia pun membuat sumpah pula tidak akan berkahwin.
Berikutan hal ini pula, anakanda raja Shantanu namanya Wicitrawira Arya yang dilahirkan dari Satyawati meninggal dunia muda. Jadi gemparlah kerajaan tak ada pewaris singgahsana. Bhisma pun dijemput untuk mengawan dengan bini-bini sepupunya menurut kepada amalan Niyoga bagi keadaan darurat kerajaan. Hasilnya, balu-balu Wicitrawira Arya iaitu Ambiga dan Ambalika melahirkan Dhristarastra dan Pandu. Dhristarastra dilahirkan buta kerana Ambiga, ibunya itu menutup mata semasa mengawan sebab takutkan maharesi Weda Wiyasa. Pandu pula dilahirkan pucat sebab ibunya, Ambalika pucat lesi ketakutan bila terlihat bayangan maharesi Weda Wiyasa. Kedua wanita ini cuba mempertanggungjawabkan wanita suruhan mereka. Darinya itu lahir Widura yang benar dalam percubaan ketiga.
Dhristarastra mengahwini Gandhari. Mereka melahirkan 100 anak dan yang sulongnya Duryodhana. Isteri Pandu, Si Kunti melahirkan Yuddhistira dari Amsa Yama Dharma. Bhima pula dari Amsa Wayudewa dan Arjuna dari Amsa Betara Indera. Si Kunti sendiri melahirkan anak walaupun sebelum perkahwinannya dengan Pandu dari Amsa Dewa Surya. Tapi sebab dia takut maka anak itu ditinggalkan dalam bakul terapung di air mengalir. Bakul itu dipungut Radha, wanita tak beranak. Radha membawa anak itu pulang lalu dinamakannya Radheya atau Karna. Dinamakan Karna itu sebab di telinga sewaktu ditemui ada Karnakundala atau subang telinga.
Bila Kaurawa dan Pandawa membesar, mereka sama-sama ada rasa tak puas hati. Hal ini dikipas pula oleh Dhritarastra di satu bahagian. Begawa Kresna pula berpihak dengan kaum Pandawa di pihak satu lagi. Perang Mahabharata nanti merupakan kemuncak kepada keadaan ini dan berakhir dengan pertumpahan darah. Kuasa jahat dan baik bertarung dan Begawan Kresna mengambil peranan dalam perjalanan itihasa memaparkan contoh Nya menerusi kata, "Paritranaya sadhunaama winashaaya dushkrutam, dharma samsthapanaartahaya sambhawami yugey... yugeyyy!!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan