Bab 8
Pengenalan tentang Bharata (Tanah Hindu)
Seluruh Bhulokam atau Bumi ini terbahagi kepada tujoh kawasan utama. Iaitu Jambu, Plaksha, Shyalma, Kusha, Krouncha, Shaka dan Pushkara yang dikelilingi oleh Sapta Samudera bersama dengan lawana (gula), iksurasa (air tebu), sura (air anggur), ghritam (minyak sapi), dadhi (susu ketulan), dugdha (susu) dan swadu jalam (air manis).
Pertiwi digambar berbentuk seperti teratai, setiap bucunya dengan sapta parwata atau tujoh pasak bumi dengan Himawan, Hemakuta, dan Nishadha di Selatan. Nila, Sweta dan Sringwan di Utara, di tengahnya itu Gunung Meru dengan ketinggian 84,000 yojana, 16,000 yojana kedalaman pasaknya, 32,000 yojana pula ukur lilitnya.
Bharata Warsha, Kimpurusha Warsha dan Hari Warsha itu di Selatan Meru. Ramayaka warsha di Utaranya. Bhadraswa di Timur dan Ketumala di Barat. Di Jambu Dwipa, ada Bharata Warsha di atas paras laut dan di bawah Himalaya dipanggil sebagai Bharati dengan lebarnya 9,000 yojana. Ini dipanggil sebagai Karma Bhumi tempat Sorga dan Moksha boleh dicapai bagi sesiapa yang inginkannya dan layak mendapatnya.
Ada tujoh Kula Parwata yang utama di Bharat iaitu Mahendra, Malaya, Sahya, Saktimana, Ruksha, Windhiya dan Pariyatram. Atah sampraaptyatey Swargey mukti tasmaat praapyati wai, Tirwaktam narakamchaapichaapi yam thyatah purushah dwijah. Itah swargamcha mokshamcha madhyechaantey cha gacchati, na khalwanyatra martaanaam karmabhumau widhiyatey. Di Bharata dari tempat pencapaian sorga itu bukan mustahil bukan saja untuk manusia tapi juga pasu paksi atau haiwan serta burung pun boleh mendapatnya di situ. Sakama sadhana atau cuban semasa dalam dunia kebendaan membolehkan seseorang sampai ke sorga, niskama sadhana pun dah cukup untuk seseorang mencapai moksha. Namun, kesan negatif mungkin dijana kerana seseorang itu melakukan dosa dan akan menarik neraka. Maka dia pun akan tersedut ke dalam pusaran kelahiran dan kematian.
Tak ada tempat dalam kehidupan seseorang itu boleh mencapai keadaan begitu kecuali di Karma Bhumi atau di Bharata Warsha. Terentang luas ia sejauh 1000 yojana dari Utara ke Selatan, tanah suci ini terbahagi pula kepada sembilan rantau iaitu Indera Dwipam, Gandharwa Dwipam, Waruna Dwipam dan lautan yang dikelilingi oleh sembilan dwipam.
Ke Timur Bharata itu kediaman bangsa Kirata sementara ke Barat pula kediaman bangsa Yawana. Penduduk di rantau tengahnya itu terdiri daripada kaum Brahmana, kaum Kesatria, kaum Waisnawa dan kaum Sudra yang pekerjaannya itu dalam Yagna (korban), Yuddha (perang), Wanijiya (dagangan), dan Sewa (khidmat). Di Bharata ini, letaknya Kuru Ksetram, Penchala, Madhya Desam, Purwa Desam, Kamarupa (Assam), Poundiya, Kalinga (Orissa), Maru (Marwada), Malwa, Pariyatram, Souwira, Sindhu, Madra, Ambastha dan Parisika.
Yuga-yuga seperti Satya, Treta, Dwapara dan Kali hanya terpakai di Bharata Warsha dan bukan di tempat lain. Di Bharata itulah letaknya amalan Yagna dan Dana. Ia menjadi Karma Bhumi jika dibandingkan dengan tanah lain, Jambudwipa itu Bhoga mewah sekali.
Atraapi bharatam srestham Jambudwipe Maha mune, Yatohi, karmabhuresha yatonyaa bhogamayah. Atra janma sahasranaama sastrairapi satthama, yadacchillabate janturmaanushyam punyasanchaayat. Gaayanti dewaah kila gitakaani dhanyaastu ye Bharata bhumi bhaage, swagaapa wargaaspada hetu bhute bhawanti bhuyah purusha manusyah, armanya samkalpita tat phalaani samnasya Wisno Paramatma rupe!
Bharata Warsha itu yang terbaik dalam sekelian tempat di Jambu Dwipam sebagai penganjur Karma Bhumi dibandingkan dengan desam lain yang hanya suka kesenangan saja. Hanya selepas 1000 kelahiran maka seseorang itu akan mendapat kehidupan manusia itu pun selepas menyimpan punyam yang berpatutan. Hakikatnya, dewata (malaikat) menyanyikan gita menyatakan bahawa barangsiapa yang terjelma menjadi manusia itu untunglah dia kerana dijelmakan sebagai manawa yang berpeluang besar untuk mendapat kelayakan mencapai sorga dan moksha dengan menurut dharma dan kehidupan berdisiplin diikuti oleh Nishkama Dharma atau tanpa rumba-rumba Plala Peksha atau pun buah pulangan.
Plaksha Dwipam itu dua kali ukuran Jambu Dwipam yang 1000 yojana itu bawah kepala bergelar Mehati Dikha. Kepala ini beranak tujoh semuanya dan kerajaannya itu dikelilingi oleh tujoh gunungan besar dan tujoh sungai dengan ciri-ciri Treta Yugam yang jelas. Penduduknya memuja Begawan Wisnu dalam rupa Dewa Chandra. Dibandingkan dengan rasa masin air lautan antara Jambu Dwipa dan Plaksha Dwipa itu, rasanya seperti rasa Iksu di rantau perantaraan di Plaksha dan Shalmala yang kepalanya dikenali sebagai Wapushman dan yang Shalmala itu ukurannya dua kali ukuran Plaksha Dwipam.
Di situ ada pula tujoh gunungan dengan lombong permata, batu berharga dan tujoh sungai dan di situ, baginda Begawan Wisnu dipuja dalam rupa Dewa Wayu. Seperti di Plaksha Dwipam, penduduk Shalmala pun menurut Warnasramam yang menurut kepada warna seseorang itu. Dalam warna ada Kapila, Aruna, Pita dan Kresna. Kapila untuk Brahmana, Aruna untuk Kesatria, Pita untuk Waisya, dan Kresna untuk Sudra.
Sura Samudera menjadi penanda kepada sempadan Shalmala Dwipam dengan Kusha Dwipam. Ukurannya dua kali besar daripada ukuran Shalmala Dwipam. Raja di Kusha Dwipam, Jiyotishman dan penduduknya adalah manusia yang mengamalkan Warnasrama. Bukan manusia saja mengamalkan warnasrama di situ, sebaliknya juga kaum Daitya, kaum Danawa, kaum Dewata, kaum Gandharwa, kaum Yaksha, kaum Kinnara dan campuran makhluk cetusan Brahma semua pun begitu. Semua makhluk ini memuja yang bermuka menghadap seluruh arah iaitu Janaradana.
Ghrita Samudera atau pun Lautan Minyak Sapi membahagikan Kusha Dwipam dengan Krouncha Dwipam. Ukuran Krouncha Dwipam itu dua kali keluasan Kusha Dwipam. Rajanya dikenali sebagai Rituman. Di situ pun diamalkan warnasramam dan warnanya itu ialah Pushkala, Pushkara, Dhanya dan Khiyata yang sebanding dengan susunan warnasramam Brahmana. Rudra Swarupa Janardana adalah dewata yang dipuja di dwipam ini.
Kemudian, ada Dadhimandoda Samudera yang memisahkan Krouncha Dwipan dengan Saka Dwipam. Raja Saka dikenali sebagai Mahatma Bhawiya. Ada tujuh gunongan dan tujoh sungai di situ dengan tujoh pecahan tanah yang ditadbir tujoh putera. Di situ para Siddha dan Gandharwa berdiam. Maga, Mahadha, Manasa dan Mandaga merupakan Caturwarna di situ. Semua penduduk di situ memuja Surya Swarupi Wisnu atau Begawan Wisnu dipuja dalam rupa Dewa Surya.
Kemudian Kshira Samudera memisahkan pula Saka Dwipa dengan Pushkara Dwipam. Pushkara ini artinya bunga teratai biru. Keluasannya itu dua kali keluasan Saka Dwipam. Rajanya ketika itu adalah Strawana dan sebab tanah ini begitu besar maka ia terbahagi pula kepada Mahawira Warsha dan Dhataki Warsha. Anakanda raja ini dikaruniakan dengan setiap satu tanah yang dibahagikan dan mereka menyembah kepadanya. Kawasan ini didiami oleh manusia yang usia mereka panjang dalam taburan 10,000 tahun. Mereka tak pernah sakit, tak pernah bimbang dan bebas daripada dengki, ketakutan, sikap mementingkan diri dan kejahatan. Mereka ini lebih tinggi kedudukannya daripada para Dewata dan Daitya. Tak ada warnasramam daalam kalangan mereka sebab kedudukan mereka semua sama.
Garis pemisah antara Pushkara Dwipam dengan Lokaloka Parwata adalah air manis di atas gunung itu. Di sebalik itu hanya ada kegelapan. Selepas sempadan Pushkara Dwipam itu dalam jarak sejauh 10,000 yojana tak ada sebarang hidupan pun di situ.
Jadi, semua sekali ada tujoh benua dalam dunia ketika Treta Yugam. Treta Yugam adalah samaya yang mana Betara Wisnu menjelma dalam rupa Wamana, Parasurama dan Begawan Sri Ayodhiyapatti Siyawara Sri Rama Chandra. Bharata Dwipam itu jelaslah menunjukkan Tanah Suci orang Hindu. Yang lain-lain itu aku kurang pasti merujuk benua yang mana. Mungkin merujuk kepada kawasan Timur Tengah, benua Afrika dan benua yang berdekatan. Lagipun bentuk muka bumi jutaan tahun yang lampau pun kita belum ketahuinya dengan jelas kecuali jika tampil pakar kaji bumi dan juga cantuman kajian dari bidang yang lain. Apa betul yang aku katakan ini? Atau salah??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan