Di benua orang Hindu ada lah juga kimwadanti tentang jenis hantu pontianak ini. Bhuta atau prettam misalnya adalah jenis roh orang yang mati sebelum sampai masanya, terkena sial atau pun yang berdosa. Ia akan berkeliaran dan kadang-kadang menggerakkan tubuh yang sudah mati, menyerang orang hidup serta haiwan ternakan seperti juga hantu kubur.
Di India Utara khususnya, ada Brahma Raksa. Brahma Raksa ini sejenis makhluk dengan kepala dipintal oleh tali perutnya dengan memegang tengkorak sebagai mangkuk untuknya menghirup darah. Ada juga Wetala yang secara kasarnya diterjemahkan sebagai pontianak.
Brahma Raksa
Brahma Raksa ini sejenis makhluk halus yang garang menurut kepada kepercayaan Hindu. Ia sebenarnya adalah roh kepada seorang Brahmana dari jati atasan yang sudah meninggal dunia. Dia mungkin melakukan dosa semasa hayatnya atau pun menyalahgunakan pengetahuan keagamaannya. Sebagai balasannya, dia menderita terjelma menjadi Brahma Raksa selepas kematiannya. Masa hidupnya, dia mesti mengajarkan pengetahuannya dan mencari pelajar yang baik. Kalau dia tidak dapat berbuat begitu, maka dia akan menderita terjelma menjadi Brahma Raksa selepas matinya.
Brahma Raksa ini merupakan jenis roh jahat yang kuat, sakti dan berkuasa. Hanya beberapa orang saja dalam dunia ini mampu melawannya dan mengatasi mereka. Cara mengatasi mereka adalah dengan membebaskan mereka dari kehidupan sebagai Brahma Raksa. Ketika dalam bentuk Brahma Raksa, mereka masih lagi kekal berpengetahuan tinggi tetapi akan makan manusia. Pengetahuan masa lampau mereka sebagai Brahmana dalam weda dan purana itu kekal walaupun sudah menjadi bentuk roh jahat.
Brahma Raksa dalam Cetera
Brahma Raksa biasanya berlegar juga dalam cetera Hindu lama seperti Wikrama dan Wetala, Pancatantra, dan lain-lain cetera teladan lama. Dalam cetera-cetera, hantu ini dikatakan berkuasa selain boleh memberi anugerah wang, emas, punyam dan sebagainya jika mereka suka dengan seseorang itu. Dalam kebanyakan cetera, mereka digambarkan besar agam, kejam dan garang rupanya. Bertanduk dua di kepala seperti raksasa dan bertocang seperti kaum Brahmana yang masih hidup. Mereka selalunya bergayut di pokok misalnya pokok jenis pokok Ara.
Brahma Raksa di Koil
Koil ini ertinya pura atau kawasan suci berisi murti dewata dalam bahasa Tamil. Di luar tembok koil akan kelihatan berhala ditujukan untuk Brahma Raksa. Biasanya dijalankan pemujaan dan penghormatan kepada mereka dengan pelita minyak dinyalakan setiap hari depan berhala mereka. Di setengah koil, mereka ini dipuja sebagai separa dewa seperti di Koil Malliyor di Kottayam, negeri Kerala. Menjadi adat juga untuk meminta kebenaran mereka sebelum memulakan kegiatan pembinaan bangunan.
Selain itu, di Koil Siwa Thirunakkara, di daerah Kottayam ada sebuah sanggar ditujukan untuk Brahma Raksa. Ada cerita menarik tentang bagaimana terpacaknya sanggar Brahma Raksa itu. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Musai merupakan rakan baik kepada raja. Musai ini kacak orangnya, raja pun tak sekacaknya. Permaisuri jatuh cinta dengan Musai. Raja mengetahui hal ini menghantar pesuruhnya untuk membunuh Musai. Tetapi perkara sebaliknya pula terjadi. Pesuruh raja tersilap bunuh orang. Dia membunuh calon pedanda atau kizha santhi di koil. Isteri kepada pedanda itu membunuh diri lalu menjelma menjadi Brahma Raksi. Dia mula mengganggu orang ramai. Jadi raja membina sanggar untuknya. Lama juga selepas itu, sanggar ini sering dielakkan oleh kaum wanita.
Selanjutnya, dikatakan juga di Madikeri, Koil Omkareswara Saiwa dibina oleh raja untuk menghalang kejahatan yang diterbitkan oleh Brahma Raksa. Di Sringeri, Koil Malayala Brahma juga dibina atas sebab yang sama. Ada sanggar berasingan untuk Brahma Raksa dalam kompleks di Koil Siwa Kandiyur dekat dengan Mawelikkara. Di Nyarakkal di Kerala, di Koil Bagawati berusia 800 tahun ada sanggar-sanggar yang ditujukan untuk Betara Siwa, Nagaraja dan juga Sri Brahma Raksa.
Dalam Kesenian pula ada banyak pementasan seperti Kaisika Natagam di India Selatan di mana pemain wayang akan memainkan peranan Brahma Raksa. Dalam ajaran Jina, ada juga sebutan tentang Brahma Raksa.
Wetala
Mereka ini jenis roh yang merasuk mayat dan juga berkeliaran di tapak pembakaran mayat atau pun kuburan. Mayat-mayat yang belum reput itu cuma menjadi kenderaan mereka untuk bergerak, tetapi wetala itu boleh juga memilih meninggalkan tubuh itu jika dia mahu.
Gray (2009) memberikan kajiselidik motif makhluk halus di tapak pembakaran mayat dengan khayalan tengkoran dalam tradisi tekstual dari tantra yogini dan membincangkan wetala.
Gambaran Umum
Dalam penglipurlara Hindu kita, wetala ini adalah jenis roh jahat yang menghantui kawasan perkuburan atau kawasan pembakaran mayat. Mereka akan merasuk mayat-mayat baru. Mengganggu manusia dan menyusahkan hidup manusia. Selain itu, mereka boleh menyebabkan manusia menjadi gila, membunuh anak kecil, menyebabkan keguguran dan juga menunggu kampung-kampung.
Roh-roh yang ganas ini merupakan roh orang mati yang terperangkap dalam ksetra senjakala antara hidup dan mati. Makhluk halus ini boleh dihalau dengan pembacaan mantra kata. Seorang itu juga boleh membantu mereka bebas dari kewujudan mereka dalam bentuk roh itu dengan menjalankan upacara pengebumian. Mereka ini tidak terkesan langsung dengan perundangan ruangan atau masa, berpengetahuan tentang masa lampau, masa kini atau masa depan serta boleh melihat jauh ke dalam sifat manusia menurut kemampuan mereka. Makanya, banyak ahli ilmu hitam suka mencari dan mengurung mereka selain menjadikan mereka hamba suruhan.
Seorang ahli sihir pernah meminta raja Wikramaditya supaya menangkap wetala yang tinggal di pokok yang berada di tengah medan pembakaran mayat. Cara menjalankannya adalah secara senyap sepi. Setiap kali raja Wikramaditya berjaya menangkap wetala, wetala itu akan menceritakan cerita yang mengagumkan raja dengan penghujung berbentuk soalan. Walaupun raja Wikramaditya berusaha keras menjawab, tapi soalan wetala itu tak mampu dijawabnya. Keadaan ini menyebabkan wetala itu terpaksa dilepaskan maka dia boleh pulang menghantui pokok itu. Cetera wetala ini dikumpulkan lalu dibukukan menjadi buku berjudul Baitala Pachisi.
Ada juga pantha wetala yang agak kuat di rantai Konkan, yang menggunakan nama Betala atau Wetala. Kerana Sri Betal dikatakan merupakan saudara pula kepada Sri Santadurga. Jadi, di tempat beradanya koil Santadurga, di situ juga ada sanggar untuk penghormatan kepada Sri Betal sama ada dalam kompleks pemujaan atau pun di mana-mana dalam hutan sekelilingnya. Walau bagaimanapun, hubungan antara wetala dalam sastera dengan separa dewa itu tak begitu kuat. Ada juga koil Sri Betal di Amona di Goa.
Wetala merupakan sewaka kepada Kala Bhairawa dan merupakan kepala kepada semua roh dan hantu kubur serta pelbagai jenis pisacha lain. Ia mempunyai rupa lain yang lebih ganas dan lebih sakti pada pandangan mereka yang ternampaknya. Iaitu rupa Wetala Agni yang menjadi sewaka kepada Kalika. Prabhu Wetala Agni ini berkepala api dan mengawal api. Dia dikenali juga sebagai Wetala Agiya. Wetala Agiya ini digunakan oleh setengah orang Tantri bagi menjalankan ilmu hitam dan mengenakan guna-guna kepada orang lain. Biasanya, ini bukan kesalahan Prabhu Wetala Agiya sebaliknya disebabkan oleh niat jahat orang Tantri yang menyalahgunakan kesaktian yang mereka perolehi dengan menangkap Wetala Agni untuk tujuan peribadi mereka.
Di sini, aku ingin menegaskan bukan semua pengamal Tantra itu jahat! Selalunya kalau disebut Tantra saja mesti orang ramai mengaitkannya dengan ilmu hitam. Tantra sebenarnya adalah jenis amalan animisme dalam kalangan orang Hindu. Ada juga pengamal Tantra yang baik dan tak mengganggu orang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan