Kita semua tahu bahawa orang ramai takut hantu. Tapi yang betulnya, hantu pun takut dengan manusia sama macam manusia takut kepada mereka. Apabila hantu nampak manusia, mereka akan lari sejauh mungkin. Mereka berkelakuan seperti haiwan liar bila melihat manusia iaitu lari dan sembunyi. Hantu tak pernah keluar di siang hari sebab mereka menunggu malam menjelma. Puncanya sebab mereka takut dengan manusia jadi mereka cuma keluar sewaktu tak ramai orang. Jika kita pahami di sini, maka kalau nampak hantu itu jangan lekas panik. Hantu wujud dalam alam berbeza daripada kita dan karma hantu tak ada kena mengena dengan karma kita.
Hantu dan Malu
Catitan Neraka mengandungi cerita tentang seorang lelaki bernama Yuan Teju yang bangun di tengah malam nak ke tandas. Dalam tandas, tiba-tiba dia nampak hantu raksasa besar bagak berdiri di depannya. Mata hantu besar, muka hitam. Memakai jubah warna puteh. Kedua-dua nya saling memandang sesama sendiri. Yuan kemudian tergelak dan berkata, "Ramai orang cakap yang hantu bermuka hodoh. Sekarang baru saya nampaknya sendiri dan memang betul cakap mereka!" Bila didengarnya oleh hantu itu kata-kata Yuan, terasa malu pula dia. Telinga dan mukanya menjadi merah lalu dia pun pergi saja dari situ. Hantu pun tahu malu. Kalau jelas dalam pikiran kita tentang yang baik dan yang jahat, maka kita mestilah akan cuba bersikap baik. Jadi tak ada lah hantu setan yang masuk campur dalam hidup kita.
Karma Penyebab Menjelma Jadi Hantu
Sebab wujudnya hantu itu adalah... Setengah jenis karma yang menyebabkan roh manusia menjadi hantu itu memang ada. Sutra Pembalasan Karma dalam ajaran Buddha menjelaskan 10 sebab semuanya:
1. Tubuh yang melakukan kejahatan, membunuh, mencuri atau terlibat dengan sikap tingkah laku jahat.
2. Mulut yang bercakap dengan benda jahat, menipu, menfitnah atau bercakap dengan carut caci maki. Yang melibatkan diri dengan kemalasan dan bercakap benda merapu.
3. Minda yang melakukan kejahatan. Pemikiran yang dipenuhi oleh ketamakan, kebencian, kejahilan dan pemikiran tercela lain.
4. Ketamakan dan kerjanya nak merampas saja sebab tak tahu erti memberi.
5. Kedengkian hendak sesuatu yang bukan hak miliknya.
6. Kecemburuan dengan orang lain yang mencetuskan pemikiran jahat.
7. Pikiran salah, menafikan nilai-nilai arya dan tak mau membezakan baik dan buruk.
8. Keterikatan dan tak mau lepaskan segala sesuatu. Rasa terikat dan kehendak kuat dalam minda itu menyebabkan susah hendak melepaskan perkara berupa.
9. Mati sebab kebuluran, maka si kebulur itu akan jadi hantu lapar.
10. Mati kehausan, maka yang mati kehausan itu akan jadi hantu.
Cerita dari Sutra Mahamaudya Kalyayana
Salah seorang anak murid terbaik Siddartha Gautama, Mahamodyakalyayana selalu mengunjungi neraka menanyakan hantu tentang keadaan mereka dan sebab mereka terjatuh dalam neraka. Dalam Sutra Mahamodyakalyayana terdapat catitan yang menarik tentang perbualan beliau dengan hantu dalam neraka. Daripada pertukaran pengalaman itu, bolehlah kita lihat tentang bagaimana berjalannya hukum penyebab dan kesan. Pada satu tahap, hantu bertanya kepada Mahamodyakalyayana, "Tuan yang penyantun, aku di sini terjatuh ke alam hantu dan menderita pelbagai kesakitan dan hukuman. Kenapa kepala aku ini sakit sangat? Rasanya seperti hendak terkoyak kepala aku". Jawab beliau, "Semasa kau hidup sebagai manusia, kau selalu pukul orang di kepala orang. Sebab itu, kau bukan saja jatuh menjadi hantu tapi juga kena tahan sakit kepala yang teruk".
Hantu lain pula mendekatinya, "Tuan yang penyantun, aku ini hantu dan hidup menderita! Aku terpaksa tidur di jalanan sebab aku tiada rumah yang melindungi aku daripada angin dan hujan. Kenapa aku kena menderita begini hari demi hari wahai tuan?" Dijawab beliau, "Semasa kau hidup, kau itu sangat kaya rumah kau pun cantik tapi kau tak pernah nak tolong orang lain. Sebaliknya kau menyusahkan hidup orang yang berkubu dalam gubuk. Maka inilah balasan yang kau terima. Penderitaan tidur di jalanan dalam sejuk dan hujan".
Lalu selepas itu mendekatlah hantu seekor ini, "Wahai tuan yang penyantun, aku ini hantu tapi aku masih berduit banyak. Peliknya, aku tak boleh berbelanja dengannya pun. Aku cuma berjalan-jalan dengan pakaian bertampak ke sana ke sini. Kenapa begini wahai tuan yang mulia?" Mahamodyakalyayana menjawab, "Semasa hayat kau, kau memang seorang pemurah dengan yang lain. Tapi selepas kau memberi, kau terpikir pula kenapa kau berbuat begitu? Kemurahan hati kau itu merupakan sebab kau mendapatkan harta dan wang perak di tangan kau kini. Tapi, pemikiran kau itu pula menjadikan kau hidup papa begini".
Ketika hantu-hantu mengelilingi Mahamaudyakalyayana untuk mendengar pelajaran, datang mendekat hantu berkulit perang kehitaman mereput berdiri sendirian di hujung perkumpulan hantu itu. Dia bersuara lemah bertanya, "Wahai tuan, aku ini sebagai hantu tidak dapat makan apa pun! Mengapa aku jadi begini? Aku lapar dan aku pening sepanjang masa wahai tuan. Kenapa aku jadi begini?!" Jawab Mahamaudyakalyanana, "Ketika hayat manusia kau, kau itu pekerja di dapur biara. Kau menggunakan kedudukan kau itu untuk mencuri wang yang didermakan untuk dana makanan. Jika seorang penganut memberi kau 20 keping geweng, kau akan simpan 10 daripadanya untuk diri kau sendiri manakala yang separuh lagi kau guna membeli barangan dapur di biara. Inilah kesan perbuatan kau itu, kau akan kelaparan sepanjang masa".
"Tuan, aku ini seekor hantu menderita sangat-sangat. Tubuh aku ini sakit sepanjang masa rasa dicucuk-cucuk dengan jarum disiat-siat dengan pisau. Kulitku rasa terbakar. Kenapa aku menderita sebanyak ini wahai tuan?" kata seekor lagi hantu yang menderita. Dijawab oleh guru berbelas kasihan itu, "Semasa hayat, kau selalu menangkap ikan memburu haiwan. Kau membunuh makhluk banyak sangat sebab itu kau menerima kesan sebegini wahai kawanku".
Ketika perkumpulan dalam neraka itu mula menjadi sunyi sepi, mereka cuba merenung kata-kata orang alim itu. Kemudian salah seekor hantu bangun dan bercakap dengan nada tidak pasti, "Wahai tuan yang terutama, kenapa aku menjadi hantu yang lembap pemikirannya? Aku ini bodoh amat jika dibandingkan dengan hantu-hantu lain yang lebih cerdik. Kenapa aku jadi begini?" Dijawab, "Sebab semasa kau bertubuh manusia, kau gemar meminum minuman keras. Dalam segala majlis, kau suka menggalakkan orang meminum yang memabukkan dan memakan daging. Jadi kini kau menjadi lembap berpikir dan tidak secerdik hantu lain".
Mahamaudyakalyayana duduk diam sebentar bersama para hantu sehingga semua soalan mereka dijawabnya dan beliau pun berlalu pergi. Persoalan dan jawaban ini dicatatkan dalam sutra penganut ajaran Buddha. Dari sini kita mendapat sedikit kefahaman tentang kenapa setengah orang itu menjadi hantu neraka, serta apa jenis hukuman yang menimpa mereka sebab sikap melampau mereka. Tukang masak dan pekerja-pekerja kemasyarakatan diingatkan jangan mengambil wang yang didanakan untuk makanan masyarakat bagi kepentingan diri sendiri atau nanti akan jadi hantu lapar.
Kalau ada perniagaan pula hendaklah hati-hati. Jangan menipu pelanggan atau mengenakan harga tak munasabah membebankan orang sebab kepentingan diri. Yang menyembelih hidupan lain sebab ingin makan sedap dan meminum minuman keras pun diingatkan. Jangan biarkan puas hati yang sebentar itu menyebabkan anda menderita dan menyesal dalam sengsara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan