Begawan Sripada Sriwallabha ini merupakan antara awatara utama dan yang pertama bagi Sri Jagat Guru Datta Treyam. Jagat Guru Datta Treyam dikenali ramailah oleh orang semua. Jelmaan rupa Sri Wallabha ini berlaku pada tahun 1320 M di Sri Kshetra Pitha Puram di Bharata Desam atau India kini.
Begawan Sripada Sriwallabha ini memang jelmaan begawan Sri Datta Treyam sendiri. Tak ada beza antara keduanya. Jadi jika memujanya, maka sama juga memuja kepada begawan Sri Datta. Kesan yang dikaruniai adalah sama.
Sejak dari kecil lagi, baginda Sriwallabha sudah menceterakan banyak kali bahawa baginda itu adalah jelmaan Sri Datta. Baginda itu kejadian istimewa lebih dari sekadar Trimurti, Brahma, Wisnu dan Siwa. Segalanya ini boleh difahami menerusi ajaran, tindakan, susunan kejadian dan kesaktian yang dipaparkan ketika baginda berada di Pita Puram dan Kuruwa Puram. Kesaktian dipaparkan itu tak terpikir dek akal manusia biasa. Baginda Sriwallabha membuktikan kuasa dan kedudukan Nya itu menerusi kesaktian kahiyangan. Menyampaikan berita yang baik dari tetesannya itu kepada anak bakti serta disebarkan ke merata-rata tempat. Segalanya itu hanya boleh disaksikan menerusi pengalaman sahaja....
Tujuan penjelmaan Nya itu adalah untuk merestui para maha siddha, mahayogi dan menaikkan semula dharma menerusi semua orang ini dalam jagat raya. Menyampaikan pengetahuan kepada yang jahil moha, menerusi tindakan Nya, menerusi susunan kejadian dan kesaktian yang menjadi sebahagian daripada perjalanan awatara Nya.
Karma bumi Nya itu di Pita Puran dan Tapo bumi Nya di Kuruwa Puram, sekarang ini dipanggil sebagai Kuruwapur atau Kurugadda di daerah Raichur di negeri Karnataka. Penjelmaan bermula di Pita Puram, selesai di Kuruwa Puram. Walaupun samaya jelmaan Sriwallabha ini tak lama, tapi jangkauannya meluas sangat. Tak mampu dijelaskan walaupun oleh penduduk kahiyangan dan saptaresi. Dia menyokong kuasa yang kelihatan di mata atau pun yang ghaib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan