Penduduk Champa dikatakan berketurunan penduduk yang datang dari Malayo-Polinesia yang nampaknya tiba di Tanah Besar Asia Tenggara dari Borneo pada ketika kebudayaan Sa Huynh sedang di kemuncak pada abad ke-2 dan ke-1 SM. Ada jaringan tempayan mayat, pertukangan dan seramik ditemui di tpak-tapak seperti di Gua Niah di Serawak yang kini wilayah Malaysia. Tapak Sa Huynh kaya dengan artifak besi, berlawanan dengan kebudayaan Dong Son yang ditemui di utara Vietnam dan lain-lain kawasan di Asia Tenggara, yang artifaknya banyak berasaskan gangsa. Bahasa Cham dikatakan rapat dengan bahasa Aceh moden menurut kepada pengkajian linguistik.
Kimwadanti Penubuhan Champa
Tradisi Cham mendakwa bahawa negara Champa dibangunkan oleh Cik Puan Po Nagar. Beliau berasal dari wilayah Khanh Hoa, dari keluarga petani di pergunungan Dai An. Roh alam membantu beliau semasa beliau belayar di atas sekeping kayu vendana ke empayar China. Beliau berkahwin dengan putera mahkota empayar China yang merupakan anakanda maharaja China. Dengan putera mahkota, mereka memperolehi dua anak. Beliau kemudian pulang ke Champa melawat keluarga. Suaminya itu enggan melepaskannya pulang ke selatan. Beliau bertegas mahu pulang dan membaling kayu cendana ke lautan lalu menghilang dengan anak-anaknya. Mereka muncul semula di Nha Trang di wilayah Champa. Suaminya yang mengekorinya ke Champa disumpah olehnya menjadi batu.
Kebudayaan Sa Huynh
Kebudayaan ini merupakan kebudayaan masyarakat lewat prasejarah yang berasaskan besi di pantai tengah Vietnam. Pada 1909, kira-kira 200 tajau pengebumian ditemui di Sa Huynh, sebuah kampung dekat selatan Da Nang. Sejak itu, banyaklah tajau-tajau ditemui di kira-kira 50 tapak carigali. Kebudayaan ini menunjukkan ciri-ciri tersendiri dengan gaya kapak, keris dan hiasan lain yang berbeda. Sinaran karbon meletakkan kebudayaan ini pada masa yang hampir sama dengan kebudayaan Dong Son iaitu kira-kira abad pertama SM. Dari 200 M, pantai tengah Vietnam dihuni orang Cham yang menerima pakai kebudayaan agama Hindu dan pemerintahan Hindu.
Pengkajian moden oleh pakar carigali Vietnam menunjukkan bahawa secara bahasanya dan kebudyaaan, orang Cham ini merupakan turunan orang Sa Huynh. Artifak menunjukkan bahawa orang Sa Huynh berkemahiran tinggi dalam seni ukiran dan penghasilan batu permata serta hiasan yang diperbuat dari batu dan kaca. Barang hiasan buatan Sa Huynh juga ditemui di Thailand, Taiwan dan Filipina yang menggambarkan bahawa mereka berdagang dengan penduduk negara jiran mereka menerusi jalan darat atau lautan. Pakar carigali purwa juga memperhati bahawa besi nampaknya digunakan oleh orang Sa Huynh sedangkan orang Dong Son yang berjiran dengan mereka itu menggunakan gangsa dalam pembuatan bahan mereka.
Negara Linyi
Nama lama negara Champa ini menurut bahasa Cina Selatan adalah Lam Yap yang disebut oleh orang Vietnam sebagai Lam Ap. Ia ditubuhkan pada 192 M di rantau Hue dan Khu Lien moden. Pemberontakan yang menentang wangsa Han ketika itu berjaya lalu Linyi terbebas. Beberapa dekat kemudian, tentera wangsa Han cuba merampas semula rantau itu tapi tak berjaya.
Linyi menerima kebudayaan dan tamadun Hindu dari negara Funan di baratnya. Sarjana mengesan lokasi permulaan sejarah Champa pada abad ke-4 M, apabila proses penghinduan mereka berjalan begitu lancar. Pada abad inilah orang Cham memahat prasasti-prasasti dalam bahasa Sanskerta dan bahasa mereka dengan aksara Hindu Cham.
Pustaka Wangsa Jin menyebut tentang Linyi pada abad ke-3 sampai ke-5 M. Raja Fanwen menjadi pemerintah pada 336 M. Baginda menyerang dan menakluki kawasan T'ach'ijie, H'sia Ch'ijie, Sh'ip, H'sulang, Ch'udu, Kanlu dan Fudan. Raja Fanwen menghantar pesanan dan menghantar ufti kepada maharaja China dan bahasa bertulisan aksara orang tak bertamadun. Linyi kadangkala mempertahan kedudukannya sebagai negara membayar ufti dan kadangkala garang terhadap wangsa Jin. Kawasan Nhat Nam selalu diserang oleh negara Linyi.
Raja pertama berdasarkan prasasti adalah baginda Bhadrawarmana, yang bersinggahsana pada 380-413 M. Di My Son, baginda memasak murti dewa Bhadreswaran, yang merupakan murti Betara Siwa yang digabungkan dengan nama baginda. Pemujaan kepada dewata dijalankan menerusi pemujaan kepada baginda raja dan juga nama-nama lain menurut abad berikutnya. Ibukota Linyi pada ketika itu berada dalam kota Singapura yang terletak di sepanjang dua sungai dengan tembok lapan batu melengkong. Pencatat sejarah Cina menyebutkan bahawa orang Linyi jenis kaum Kesatria dan suka bunyian, mata mereka dalam, hidung mancung dan berambut hitam beralun.
Menurut rekod China, raja Sambhuwarmana dirajakan di Linyi pada 529 M. Prasasti memberi penghargaan kepada baginda kerana memulihkan koil Bhadreswaran selepas ia terbakar. Raja Sambhuwarmana juga menghantar ufti dan rombongan rajaduta ke empayar China tapi tak berjaya menakluki Vietnam utara. Panglima tentera empayar China, Pham Tu dihantar bagi mengamankan orang Cham selepas mereka menjarah negeri Vietnam yang ketika itu dijajah empayar China. Pada 543, Champa dikalahkan.
Pada 605 M, Panglima Liu Fang dari wangsa Sui menakluki Linyi selepas menang peperangan dengan mengumpan gajah perang mereka ke dalam jerangkap samar. Tentera Cham dibunuh beramai-ramai dan ibukota ditawan. Pada 620 M, raja-raja Linyi menghantar rombongan rajaduta ke istana wangsa Tang di empayar China dan meminta untuk menjadi negeri perlindungan wangsa Tang.
Rekod Cina menyebut kematian raja terakhir Linyi selepas baginda jatuh pada 756 M. Lepas itu, Champa atau Linyi dikenali sebagai Huanwang. Rekod Cina terawal menggunakan nama yang berkaitan dengan Champa bertanggal abad 877 M. Namun, nama itu cuma dipakai orang Cham bagi merujuk diri mereka sekurang-kurangnya pada tahun 629 M dan seterusnya oleh orang Kemboja pada 657 M.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan