Kerajaan ini kini sudah menjadi sebahagian daripada wilayah Thailand. Ia terletak kira-kira 50 km atau 93 batu dari timur laut kota raya Bangkok. Kependudukannya pada 2006, seramai 26,500. Kota atau thesaban muang ini meliputi seluruh tambon Tha Hin dan bahagian Tasek Chup Son di daerah Muang Lopburi.
Terbitan Nama Kerajaan
Asalnya ia disebut sebagai Lawo atau Lawapuram. Artinya itu Kota Lawa yang merujuk kepada sebuah kota di Lawapuri yang kini terletak dalam Pakistan di wilayah Punjab, iaitu Lahore.
Itihasa Purwa
Negara-kota ini panjang sejarahnya sehingga ke persekutuan Dwarawati melebihi 1000 tahun. Menurut kepada Babad Utara, ia dibuka oleh raja Kalawarnadisa yang datang dari Taxila yang kini berada dalam Pakistan kira-kira pada 648 M.
Lopburi berada bawah pemerintahan empayar ketenteraan Angkor sebaik sahaja empayar tersebut bangkit dan menjadi salah satu pusat terpenting di lembangan Sungai Chao Phraya. Nama Lawapura ini ditemui tercatat pada matawang perak dengan dititik tulisan Lawa di satu balik, dan di satu balik lagi Pura. Titikan dibuat dalam tulisan Pallawa abad ke-7 atau ke-8 M. Beberapa keping matawang purwa itu ditemui semula pada 1966 di sampah sarap di U Thong.
Lopburi disebut dalam Buku III Perjalanan Marco Polo. Ia dipanggil oleh orang Itali tersebut sebagai Locach. Mungkin dari sebutan bahasa Cina Kantonis yang menyebutnya sebagai Lohakk. Kota ini juga dirujuk sebagai Loho dalam bab ke-20 Babad Wangsa Yuan yang mencatit perjalanan sejarah wangsa Mongol di China.
Disebabkan kesalahan dalam salinan dalam buku Marco Polo itu, dianggapkan bahawa ke selatan negara Champa itu adalah Jawa. Jawa Kecil itu letaknya 1,300 batu ke selatan Jawa Besar. Champa bukannya Tanah Jawa lagi seperti yang disangkakan oleh Marco Polo. Sebagai yang diterangkan oleh Tuan Henry Yule, penyunting edisi bahasa Inggeris Perjalanan Marco Polo, "Setengah ahli muka bumi abad ke-16 M, mengikut edisi lama yang membawa pengembara yang hendak ke tenggara di Jawa itu ke Tanah Boeach (Locac), yang diperkenal kepada mereka dalam peta benua dalam keadaan yang begitu".
Selepas penubuhan kerajaan Sri Ayutthaya pada abad ke-14 M, Lopburi menjadi kubu kuat bagi pemerintah wangsa tersebut. Ia menjadi ibu kota diraja baru pada pemerintahan maharaja Narayana ketika pertengahan abad ke-17 dari kerajaan Sri Ayutthaya. Baginda maharaja berdiam di situ selama lapan bulan dalam setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan