Memaparkan catatan dengan label purba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label purba. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2013

Kerajaan Hindu: Lopburi


Kerajaan ini kini sudah menjadi sebahagian daripada wilayah Thailand. Ia terletak kira-kira 50 km atau 93 batu dari timur laut kota raya Bangkok. Kependudukannya pada 2006, seramai 26,500. Kota atau thesaban muang ini meliputi seluruh tambon Tha Hin dan bahagian Tasek Chup Son di daerah Muang Lopburi.

Terbitan Nama Kerajaan

Asalnya ia disebut sebagai Lawo atau Lawapuram. Artinya itu Kota Lawa yang merujuk kepada sebuah kota di Lawapuri yang kini terletak dalam Pakistan di wilayah Punjab, iaitu Lahore.

Itihasa Purwa

Negara-kota ini panjang sejarahnya sehingga ke persekutuan Dwarawati melebihi 1000 tahun. Menurut kepada Babad Utara, ia dibuka oleh raja Kalawarnadisa yang datang dari Taxila yang kini berada dalam Pakistan kira-kira pada 648 M.

Lopburi berada bawah pemerintahan empayar ketenteraan Angkor sebaik sahaja empayar tersebut bangkit dan menjadi salah satu pusat terpenting di lembangan Sungai Chao Phraya. Nama Lawapura ini ditemui tercatat pada matawang perak dengan dititik tulisan Lawa di satu balik, dan di satu balik lagi Pura. Titikan dibuat dalam tulisan Pallawa abad ke-7 atau ke-8 M. Beberapa keping matawang purwa itu ditemui semula pada 1966 di sampah sarap di U Thong. 

Lopburi disebut dalam Buku III Perjalanan Marco Polo. Ia dipanggil oleh orang Itali tersebut sebagai Locach. Mungkin dari sebutan bahasa Cina Kantonis yang menyebutnya sebagai Lohakk. Kota ini juga dirujuk sebagai Loho dalam bab ke-20 Babad Wangsa Yuan yang mencatit perjalanan sejarah wangsa Mongol di China.

Disebabkan kesalahan dalam salinan dalam buku Marco Polo itu, dianggapkan bahawa ke selatan negara Champa itu adalah Jawa. Jawa Kecil itu letaknya 1,300 batu ke selatan Jawa Besar. Champa bukannya Tanah Jawa lagi seperti yang disangkakan oleh Marco Polo. Sebagai yang diterangkan oleh Tuan Henry Yule, penyunting edisi bahasa Inggeris Perjalanan Marco Polo, "Setengah ahli muka bumi abad ke-16 M, mengikut edisi lama yang membawa pengembara yang hendak ke tenggara di Jawa itu ke Tanah Boeach (Locac), yang diperkenal kepada mereka dalam peta benua dalam keadaan yang begitu". 

Selepas penubuhan kerajaan Sri Ayutthaya pada abad ke-14 M, Lopburi menjadi kubu kuat bagi pemerintah wangsa tersebut. Ia menjadi ibu kota diraja baru pada pemerintahan maharaja Narayana ketika pertengahan abad ke-17 dari kerajaan Sri Ayutthaya. Baginda maharaja berdiam di situ selama lapan bulan dalam setahun.

Kerajaan Hindu: Haripunjaya


Kerajaan ini merupakan orang Mon dari rumpunan Mon-Khmer yang terletak di utara negara Thailand samaya moden ini. Ia beribukota di Lamphun sebelum kemasukan orang Tai-Yuan dari negara Lanna yang berjiran di utaranya. Pada tahun 1292, kota Lamphun telah dijarah teruk oleh raja Mengrai dari kerajaan Lanna. Seterusnya diserap habis menjadi milikan negara Lanna.

Penubuhan

Penubuhan negara ini dicatatkan dalam sastera bahasa Bali Jamadewiwangsa dan Babad Jinakalamali. Kota Haripunjaya dibuka oleh seorang ajar-ajar Hindu bernama Sudewa pada 661 M. Seorang pemerintah dari negara Lopburi menghantar puterinya, Puteri Jamadewi untuk ditabalkan di situ sekitar abad ke-7 M.

Ketika itu, kebanyakan kawasan di tengah Siam hari ini berada di bawah pemerintahan negara kota orang Mon yang membentuk ketamadunan Dwarawati. Puteri Jamadewi melahirkan kembar putera. Yang tertua menggantikannya memerintah negara Lamphun. Yang muda menjadi pentadbir Lampang yang berjiran.  

Kegemilangan dan Kejatuhan

Babad menyatakan bahawa pihak Angkor tidak berjaya menghancurkan negara-kota Haripunjaya ketika abad ke-11 M. Tidak jelas sama ada jika babad menyebut mengenai kejadian sebenar atau kejadian yang menjadi cetera saja, sama ada kerajaan Dwarawati yang sebelah timur jatuh ke tangan orang Hindu empayar Angkor atau tidak ketika itu.

Awal abad ke-13 merupakan saat keemasan bagi Haripunjaya. Babad cuma bercakap tentang kegiatan keagamaan sahaja serta mengenai pembinaan bangunan. Bukan tentang peperangan. Haripunjaya diserang hancur pada 1292 oleh raja Mengrai Agung yang menyerapnya masuk menjadi wilayah kerajaan Lanna.

Senarai Raja

Senarai diperolehi dari Tamnan Haripunjaya atau Babad Itihasa Haripunjaya.......

Jamadewi
Hanayosa
Kumanaja Raja
Rudantra
Sona Manjusaka
Samsara
Paduma Raja
Kusa Dewa
Noka Raja
Dasa Raja
Gutta
Sera
Yuwa Raja
Brahma Tarayo
Muksa
Traphaka
Ukshitachakrawartin, Raja Lawo
Kampol
Chakaphadhiraja, Raja Adikuyaburi
Wasudewa
Yeyyala
Maharaja, Raja Lampang
Sela
Kanchana
Chilanka
Phunthula
Ditta
Chetta Raja
Jeyaka Raja
Phatijjaraja
Ratharaja
Saphasitha
Chetta Raja
Jeyaka Raja
Datuwanya Raja
Gangga
Siribun
Uthen
Phanton
Atana
Hawam
Trangal
Yotta
Yip

Jumaat, 30 November 2012

Bangsa Hindu: Nagawangsa


Ini adalah sebagai pengenalan kepada wangsa nenek moyang orang di kepulauan Indonesia yang pada asalnya beragama Hindu dan menurut ajaran Buddha. Begitu juga di bahagian Tanah Besar Asia Tenggara termasuk lah di Tanah Melayu sehingga lah raja-raja tempatan menganut ajaran Islam dari Timur Tengah. Di negeri Kedah di utara Tanah Melayu, terdapat kawasan carigali purba yang boleh dikesan telah wujud sejak abad pertama masehi iaitu Lembah Bujang. Bujang bermaksud ular tedung. Ada juga setengah orang Melayu kampung yang memuja busut tempat tinggal ular tedung sebelum mereka mengenali ajaran Islam dengan lebih lanjut. Di Kemboja, lagenda permulaan kerajaan Hindu Pallawa pertama di Asia Tenggara dimulakan dengan perkahwinan Nang Soma iaitu puteri kepada raja bangsa Naga di Kemboja moden dengan Phra Thong atau Brahmana Kaundinya.

Nagawangsa merupakan salah satu wangsa dalam wangsa Kesatria di India purba. Kitab veda tidak menyebut pun tentang Kesatria ini sebagai Suryawangsa, Chandrawangsa, Nagawangsa, Agniwangsa atau wangsa lain atau salasilah. Purana Hindu menyediakan salasilah yang boleh dibina semula. Purana ditulis sekurang-kurangnya pada zaman Gupta sehingga seterusnya. Bhavishyapuranam menyebut 12 ekor ular dari langit seperti Takshaka, Vasugi, Sheshanaga, Anantanaga dan lain-lain. Swastika disebut sebagai senjata Takshaka. Swastika merupakan lambang suci penganut agama orang Hindu, ajaran Buddha dan ajaran Jina Mahawira. Di kuil-kuil Hindu dan rumah penganut agama Hindu, pada berhala Buddha dan berhala Mahawira, terdapat lambang ini. Dewata ular, Sheshanaga digambarkan sebagai katil kepada dewa Vishnu Narayana. Manakala Sang Sambu Maheswara digambarkan dililit oleh ular pada lehernya. Semua ini jelas menunjukkan hubungan wangsa Naga dengan masyarakat Hindu moden.    

Sebijik piring tembaga dari zaman Gupta mengaitkan para Naga di India purba sebagai bangsa yang diangkat ke taraf Kesatria menurut sistem agama Hindu. Piring tembaga zaman Gupta juga menyebut bahawa bangsa Naga pernah dikalahkan oleh kerajaan Gupta dan akhirnya mereka berkahwin campur. Satu contoh, maharaja Chandragupta II mengahwini Permaisuri Naga Kuveran. Para naga ini digambarkan sebagai kaum bukan keturunan Arya yang memuja ular di India purba. Walau bagaimanapun, purana hindu menyusun salasilah bangsa Naga sebagai kaum kecil dalam salasilah Suryawangsa. Pemuja naga atau ular dikenali juga sebagai naga atau nagil. Kelompok Nair dan Bunt serta setengah puak Rajaputra Hindu dan Jat mendakwa bahawa mereka berasal dari keturunan wangsa Naga.       

Selasa, 7 Ogos 2012

Sejarah Ringkas Brahmana


Kebanyakan sampradayam Brahmana moden dan penganut Hindu mendakwa mereka mendapat ilham dari veda-veda juga. Menurut tradisi Hindu Ortodoks, veda-veda itu apaurusheya cha anadi cha bermaksud tiada awalan dan tiada akhiran. Veda-veda merupakan kebenaran yang selamanya sahih yang diilhamkan oleh dewata. Veda-veda dianggap sebagai shruti atau apa yang didengari. Ia merupakan tunggak utama dalam tradisi para Brahmana. Teks-teks shruti termasuklah empat veda yang terkenal iaitu rigveda, yajurveda, samaveda dan atharvaveda. Selain itu teks-teks shruti ini adalah seperti aranyaka, brahmana, dan upanishad.  

Kaitan Brahmana dengan Ahli Falsafah Gasar

Yunani

Megasthenes menulis bahawasanya: "Brahmana-brahmana itu merupakan ahli falsafah yang menduduki tempat pertama, namun hanya sedikit saja bilangan mereka dalam masyarakat". Megasthenes menulis lanjut lagi tentang shramana-shramana yang berjati Brahmana dan bukan Brahmana: "Selain itu ada dua jenis pula ahli falsafah di India purba ini seperti Brahmani dan Sharmani. Brahmani itu dipandang dengan hormat kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tetap dan malar"

Amalan Umum

Brahmana-brahmana mengikut peraturan-peraturan yang digariskan oleh veda, teks-teks suci shruti dan juga smarthi yang menjadi asas kepada ajaran Hindu. Brahmana menurut kepada veda mempunyai enam tugasan kemahiran yang mana tiga daripadanya adalah wajib ke atas setiap mereka:

1. Mengkaji veda-veda
2. Menjalankan upacara-upacara veda
3. Mengamalkan dharmma

Golongan Brahmana mesti mengajarkan wawasan dalam sastra veda-veda yang mencakupi hal kehidupan seperti kerohanian, keagamaan, falsafah, yoga, upacara, kuil-kuil, kesenian, kebudayaan, tarian, bunyian, tatabahasa, sebutan, seloka-seloka, jotesha atau tilikan bintang, astronomi, perundangan, perubatan, teknologi, seni bela diri, ketenteraan dan strategi menghalau orang gasar. Brahmana mesti menyebarkan falsafah dan menerima kembali dari masyarakat semua keperluan hidup mereka sekadar yang perlu sebagai tukaran.

Brahmana mesti mengamalkan pemakanan sayuran atau sepenuhnya memakan sayuran. Ia sudah menjadi adat-istiadat sejak zaman era sebelum masehi lagi. Namun ada juga Brahmana yang tinggal di kawasan seperti Mithila, Punjab, Kashmir, Himachal Pradesh, Bengal Barat dan Nepal yang tidak mengamalkan pemakanan sayuran.

Kebanyakan sampradayam atau aliran Brahmana meminta semua memakai benang suci yang dikenali sebagai yagnopawitham seperti dalam gambar. Ia merupakan simbol kepada kenaikan kepada pembacaan Gayatri Montram oleh orang ramai. Upacara ini dikenali sebagai upanayana. Ia menandakan permulaan seseorang itu mempelajari Gayatri Montram. 

Umumnya sampradayam Brahmana boleh dikenali melalui gotram mereka. Ia menurut kepada sistem keturunan sebelah bapa atau adat ketemenggungan. Melalui gotram ini, kita dapat mengenali susur galur seseorang itu.