Ahad, 16 Jun 2013

Kepentingan Kesucian pada Makanan

Terjemahan Northern Gate


Yang ini datangnya dari ringkasan daripada ucapan dalam bahasa Sanskerta disampaikan para pelajar Widyalaya Tinggi Pengajian Hindu semasa lawatan Yang Dipertua pada 1 Mei 1958. 

Kemurnian minda atau Chitta Suddhi merupakan dasar kepada Sanatana Dharma. Dalam pada setiap kita ini terikat dengan dharma kita serta berasa bangga dengannya namun sedikitlah dalam kalangan kita ini yang mengamalkan segala yang tersebut dalamnya. Beberapa punca dharma itu menyumbang kepada kemurnian minda. Salah satunya, kesucian makanan dan ini adalah antara yang terpenting. Para maharesi mengomkarakan bahawasanya kemurnian makanan membawa kepada pencapaian beberapa jenis kebaikan. Pengambilan makanan itu suatu tindakan tubuh. Apa pula kesannya kepada kemurnian dan kesucian minda kita? Inilah antara keraguan yang mungkin akan timbul dalam kepala kita.

Melalui satu contoh, boleh dilihat mengenai hubungan antara ciri makanan yang diambil dengan kualiti minda. Contohnya, ambil sahaja minuman keras. Bukankah penggunaannya itu membawa kesan kepada minda dan membawa kepada putar belit pada pikiran? Setengah bahan makanan itu memberi kesan penuh kepada pengaruh minda, manakala yang lainnya mencetuskan kecenderungan yang tidak sihat. Tidak ragu lagi bahawa kualuti makanan itu mempunyai kesan kepada jiwa halus dan juga kepada kejiwaan. Makanya, kita mempunyai perundangan lengkap mengenai sekatan terhadap beberapa jenis makanan dalam tanah kita ini. Pemilihan makanan yang tepat boleh membawa kepada kemurnian pikiran. Ia membawa kepada berkembangnya bakti dan jnana.

Salah satu cara amali memastikan kemurnian makanan itu adalah dengan menyediakan diri kita sendiri. Kita mestilah menjadi contoh yang terbaik kepada orang lain di tanah suci kita ini, dengan menyediakan makanan kita sendiri. Kita menyediakannya juga untuk yagna kepada Nya dan juga mengambil makanan bagi melestarikan tubuh kasar kita. Pelajar dan guru boleh memasak sendiri atau menjalankan swayampaaka. Bolehlah dilakukan pada setiap wara Aditya yang merupakan hari cuti. Mereka boleh memasak sendiri dan juga memberinya sebagai semahan kepada para dewata.   

Seri Kresna menyatakan sebagai yang tercatat dalam Begawadgita bahawa Baginda merupakan Jaataraagni iaitu api dasar yaang memakan atau mencerna makanan yang diterima. Apabila makanan diambil maka ia menjadi semhaan kepada Tuhan. Penting sekali untuk makanan yang disemahkan itu jangan dicemari. Menyemahkan barangan yang dicemari kepada Tuhan itu adalah suatu yang kurang ajar dan tidak sopan. 

Para pelajar dan guru-guru Hindu yang menjadikan perkara menyediakan sendiri makanan dan menjadikannya juga sebagai semahan kepada Tuhan sebenarnya sudah menjalankan rukun dasar kepada Sanatana Dharma. Jika akarnya itu dijaga sebetul-betulnya, maka pohonan akan tumbuh dan menghasilkan buahan serta bunga yang banyak dan segar bugar. Tak ada gunanya menyiram air pada daun dan juga pada keratan atas pokok sedangkan akarnya itu yang dasar kepada pokok. Kemurnian makanan itu merupakan dasar kepada kehidupan yang baik. 

Di sekolah dasar baru yang dimulakan oleh pemerintah India, pelajar dimestikan memasak makanan sendiri. Pelajar-pelajar akan memasak secara bergilir dan makanan yang dimasak oleh seorang pelajar itu akan dikongsi beramai-ramai. Berbanding seorang sahaja yang memasak pada suatu masa, apa lah salahnya jika semua pun menyediakan makanan bersama-sama setiap hari jadi akan terdapat banyak jenis pilihan pada makanan. Amalan begini juga berguna kepada kita ketika dalam dharmayatra atau semasa melancong. Bila kita melancong atau berdharmayatra, kemungkinannya kita untuk bertemu makanan yang suci adalah sangat kecil. Mungkin kita terpaksa melanggar dharma kita sebagai kaum Brahmana sedang jati lain boleh sahaja mengambil makanan kerana dharma mereka tidak begitu ketat.   

Jika swayampaka diamalkan, maka mudahlah mengelakkan kesukaran. Kita pun akan senang hati dan kerohanian kita tidak diganggu gugat unsur-unsur yang tidak perlu. Pengamalan dharma dan upacara kita juga boleh berjalan lancar walaupun berada di tanah asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan