Kali ini aku mahu berkongsi bersama rakan-rakan jatiniyam Brahmana di rantau Timur mengenai Mudra Gayatri Japam. Ada lebih kurang 24 mudra atau lambang tangan yang diperbuat sebelum memulakan Japa Gayatri. Semua ini dikenali sebagai Japa Purwaka Mudra atau Mudra Sebelum Japam. Mudra-mudra ini juga dikenali sebagai Arbuda Niwaraka atau Penyembuh Barah. Dalam bahasa Indonesia aku rasa, Penyembuh Kanker. Kami di sini cuba menyingkirkan perkataan Barat dalam bahasa Melayu tapi bukan bererti kami tidak mengerti bahasa Barat, hehehe....
Jadi, setiap satu mudra ini mempunyai kesan-kesan tersendiri. Gabungan semua 24 mudra ini membentuk Japa Purwaka Mudra kita. Ayat terakhir dalam Seloka bagi mudra-mudra ini berbunyi, "Eta mudra na janati, gayattri nisphala bhawet". Ertinya itu, "Moganya Gayattri Mantra tak membuahkan kesan kepada sesiapa yang tak mempelajari mudra ini semua!"
Pengamalan selalu mudra ini semua disyorkan bagi sesiapa yang sudah menjalani upacara Upanayannam dan juga bagi sesiapa yang sudah menjalankan Sandhiyawandanam hari-hari. Dalam pustaka panduan Sandhiyawandanam, tak ada dimasukkan gambaran mudra-mudra itu walaupun ia sangatlah penting! Ambil gambar yang aku tempelkan itu dan beri kepada anak-anak biar mereka pelajarinya. Untuk jati Brahmana sahaja kerana jati lain tidak dipaksa menjalani upacara yang dicadangkan. Seloka bagi setiap mudra ada dilengkapkan sekali dalam gambar itu. Baca semasa tangan tuan memaparkan mudra tersebut.
Aku terpaksa menjalankan upacara petang dan sedang mengejar masa di samping aku terasa kasihan kepada rakan-rakan Brahmana lain yang tidak menjalankan parampara. Nanti aku cuba alih tulisannya ke tulisan Romani. Kalau ada rakan jati Brahmana lain berdekatan cuba tuan tanyakan juga. Aku harap perkara ini membawa kebaikan kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan