Selasa, 24 September 2013

Perang Chempa


Pada 1471, negara Vietnam menyerang negara Chempa dengan arahan baginda Maharaja Le Thanh Tong. Baginda menghantar tentera secara besar-besaran sehingga membawa kejatuhan Chempa. Tentera Vietnam menyerang dan menjarah ibukota Wijaya serta melemahkan tentera Chempa. Kesan kepada pertelingkahan itu, Chempa terpaksa menyerahkan beberapa rantaunya kepada Vietnam sehingga kurang menjadi ancaman lagi kepada Vietnam.

Penapikan

Pada 1470, orang Cheam meninggalkan agama Hindu aliran Saiwa dan menganut agama Islam. Mereka kemudian meminta bantuan kepada orang Kemboja yang berjiran tetapi orang Kemboja tidak mengendahkan mereka disebabkan mereka menganuti agama Islam beramai-ramai dan sudah tidak sebangsa lagi selain mereka pernah menyerang kota Angkor. Keadaan ini memudahkan Vietnam menyerang.

Orang Cheam ketakutan disebabkan oleh serangan orang Vietnam itu lantas menyembah ke wangsa Ming di empayar kemaharajaan China. Mereka meminta supaya maharaja China menolak Vietnam ke sempadannya semula dengan kekerasan. Namun empayar China cuma memberi arahan mulut dari jauh sahaja mengecam penapikan Vietnam ke atas Chempa. Sudah tentu sahaja orang Vietnam tidak peduli dan terus sahaja menyerang ibu kota Chempa.

Orang Vietnam ketika itu meniru tentera China dan memakai senjata ubat bedil. Jeneral Tranh Thanh Tong membawa sejumlah 300,000 tentera mengatasi 100,000 tentera Chempa. Peperangan itu menelan belanja di pihak Vietnam sebanyak 1000 liang emas setiap hari.

Pembunuhan Besar-Besaran

Negara Vietnam membunuh penduduk Cheam seramai 60,000 nyawa tatkala mengambil alih ibu kota. Orang Vietnam menyamun, jenayah dan membakar sebahagian besar negara Chempa. Catitan wangsa Ming di sebelah utara mencatatkan bahawa Chempa dihancurkan Vietnam. Orang Cheam memaklumkan orang China bahawa mereka terus bertahan melawan pendudukan Vietnam ke atas tanah mereka. Namun gagal sampai mereka diserap menjadi negeri ke-13 dalam Vietnam semasa wangsa Le.

Kerajaan China wangsa Ming menghantar merinyu Ch'en Chun ke Chempa pada 1474 bagi menaikkan semula raja Chempa tapi didapati oleh baginda bahawa tentera Vietnam sudah merampas seluruh Chempa dan menutup pagar negaranya sendiri sehingga baginda tidak dapat masuk. Baginda terus ke kerajaan Melaka di selatan yang kebetulannya Sultan Mansur Syah di situ menghantar ufti ke empayar China wangsa Ming. Kerajaan Melaka menghantar rajaduta ke China sekali lagi pada 1481 memaklumkan maharaja China bahawa semasa ke Melaka pada 1469, orang Vietnam menyerang rombongan Melaka dan mengasi pemuda Melaka serta memperhamba orang Melaka.

Orang Melaka melaporkan bahawa negara Vietnam mengawal negara Chempa dan mereka juga cuba menapik kerajaan Melaka tetapi Melaka tidak melawan kerana tidak mendapat kebenaran maharaja China bagi melibatkan diri dalam peperangan. Maharaja China kemudian murka dan mengarahkan orang Melaka melawan kembali secara ganas jika orang Vietnam menyerang lagi.

Kerajaan Chempa hancur terus ditapik dari semasa ke semasa. Hanya 162,000 jiwa orang Cheam yang masih tinggal dalam rantau di Vietnam sementara yang lainnya terpencar-pencar ke merata tempat seperti di negara Kemboja, Hainan di China, Tanah Melayu dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan