Isnin, 16 September 2013

Ringkasan Sang Hiyang Kamahanikan A


Bacaan kita ini dari buku terbitan Kats. Aku ada membaca pustaka purwa ajaran Buddha Mantrayana ini namun aku tidak begitu memahami bahasa Jawa kekawinnya. Buku Kats ini membahagikan perbincangan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diperbincang oleh Speyer menerusi rencana beliau. Mungkin penganut ajaran Buddha di rantau kita ini dapat melihat perbincangan ini jika kita menulis perkara ini dalam bahasa Melayu karena Mantrayana yang dikenali pada hari ini cuma yang di negara Jepun sana.

Bahagian Pertama

Mengandungi beberapa rentetan seloka dengan ulasan lebih kurangnya dalam bahasa Jawa lama. Pada penghujung pustaka ini disebutlah nama karyanya Sang Hiyang Kahayanan Mantranayam. Menerusi tajuk ini dapatlah dipastikan tajuknya itu merujuk kepada ayat-ayat Mantracaryanayam atau secara umumnya diketahui sebagai cara Mantrayana dalam ajaran Buddha.

Bahagian Kedua

Bahagian kedua karya Mantrayana ini merupakan sebuah pustaka yang mengandungi prinsip-prinsip asas yang diringkaskan dalam bentuk pertanyaan dan jawapan. Terdapat jua beberapa petikan daripada bahasa Sanskrit yang kurang murni, yang merupakan saksi kepada kandungan yang merujuk kepada aliran ajaran Buddha Mantrayana.

Perbedaan antara aliran Mahayana yang umum dengan aliran Mantrayana atau disebut jua sebagai Wajrayana atau Tantrayana ini dapat kita lihat dalam beberapa tinjauan: 

1. Penganut dalam aliran ini dimestikan mengangkat sumpah Bodhisattwa dengan tujuan supaya bertahan dalam jalan yang sukar mencapai pencerahan bagi tempoh yang ke depan.

2. Ciri ini boleh dicapai dalam kehidupan ini dengan menerusi jalan yoga yang berterusan diikuti dengan penghormatan kepada para Buddha dan hubungan rapat dan kepatuhan kepada Guru. Dalam pada itu, Buddha dilihat sebagai semangat yang menunjangi jagat raya namun perkara ini tidak merubah perkara yang diperguna bagi pencapaian alam nirwana dalam sabdawali lama.

Ringkasan Sang Hiyang Kamahayanikan ini bukan suatu penyelidikan mendalam tentang karya agung ini. Ia cuma suatu pejelajahan ringkas mengenai ajaran Buddha di Pulau Jawa. Rujukan istimewa diberikan kepada nilai-nilai terutama dalam penyelidikan ini.

3. Akan ku arahkan dikau dalam aliran Mahayana menurut kepada cara kriya Mantracaryam. Menerusi pengetahuan "wajra" ini, aturan mantera tertinggi, yang diperbaca oleh para Buddha lampau dan masa depan bagi mencapai pengetahuan pelbagai dan Sakyasimha serta menghalau segala Mara Yang Jahat pergi. Makanya, bersungguhlah engkau berusaha mencapai pengetahuan pelbagai, mengikut jalan ini, yang dengannya itu beroleh engkau Tathagata, Swayambhu cetus diri! 

4. Bagi engkau, jika engkau itu teguh pada janji engkau, maka air wajra akan dirubah menjadi air amerta wajra berkesaktian yang membawa engkau ke ketinggian yang sempurna segala. Wajra suci, genta dan mudra mestilah kau rahasiakan dan dedahkan kepada mereka yang mengetahui mandala sakti. Janji yang telah kau angkat itu berkesaktian wajra pula tersebut sebagai Wajrasattwa.

5. Menerusi perkara ini sajalah Wajrajnana dipanggil Kebijaksanaan Tertinggi itu meresapi diri mu. Wajrasattwa itu sendiri yang menjadikan engkau melihat segalanya, membuka mata wajra engkau.

6. Perhatikanlah mandala suci! Kini engkau terjelma dalam ciri belas kasihan sang Buddha, dilengkapi segala mantera; segala sakti, setiap keadaan sempurna pun terjelma dalam pemahaman engkau. Pegang teguh janji engkau, latihlah diri engkau dengan bacaan sakti, dalam membaca menyebut japamantra puja. Para Jina telah membuang segala timbangan kegelapan dari mata engkau, disediakanlah engkau oleh Betara Wajradhara. Pelajarilah dharma dalam loka rupa ini sebenarnya tidak kukuh.

Cuba engkau pelajari dharma segala dalam loka rupa ini bahawa ia tak kekal. Wajrasattwa, yang murni, yang tertinggi daripada segala perundangan Buddha itu memerintah dalam hati mu; dari ketika ini ke depan, pasanglah biar bergerak Yantra Dharma Wajradhara depan segala orang. Jangan kau ragu, dedahkanlah cara Mantracarya yang mulia ini, karena segala Wajradhara (setengahnya menyebut Wajrasattwa) memelihara engkau. Baginya yang mempunyai Kebijaksanaan Tertinggi itu tiada yang terlarang; makanya bersukalah dengan kesukaan deria engkau. Ulasan menyebut yang sebaliknya pula dan melarang perkara yang ini.

Kau sudah melihat dan memasuki mandala suci; kini engkau murni dan bebaslah dari segala papa. Setialah engkau dengan janji engkau, peliharalah Bodhicittam yang menerusinya mudra itu menjadi wajra; menerusi kesaktian cetusannya itu kau tanpa ragu lagi naik menjadi seorang yang dicerahi. Walaupun engkau harus mengorbankan kehendak kau sendiri, janganlah engkau mencapai jaya atasnya itu menerusi seksaan diri mu, ingatilah engkau bahawa ia merupakan Buddha masa hadapan. Wajra, genta dan mudra jangan engkau tinggalkan, jangan engkau engkar dengan guru engkau, kerana ia itu sang Wajracarya, setaraf dengan segala Buddha!

Tunjuklah contoh yang baik dengan bertanggungjawab terhadap guru, layanilah dia dengan segala benda, dengan wang yang kau ada serta harta engkau, isteri engkau dan anak-anak, juga hidup engkau menurut keperluan. Kerana sang guru itu membawa pencerahan dalam dirimu semasa engkau masih bernyawa dalam tubuh, yang sepatutnya engkau hanya mampu capai selepas berusaha beribu-ribu tahun lama nya. Hari ini jelmaan engkau sudah disempurnakan, engkau terpilih menjadi raja segala raja oleh segala Buddha dan pemegang wajra; Hari ini engkau sudah jaya atas Mara dan mencapai pencerahan. Tetap setialah engkau dengan janji-janji engkau dan berjalan menurut cara Mantranaya; kini dan selamanya pun engkau akan berada pada kedudukan setara dengan para Buddha.

Inilah bahagian pertama bagi sastera ajaran Buddha aliran Mahayana ini. Bahagian kedua pula tidaklah mudah untuk dihuraikan dengan ringkasan yang padat. Ia bermula dengan beberapa arahan bagi amalan kepada yang sudah mahir. Yang dalamnya ada arahan jangan menyeksa diri, menjaga tubuh sebaiknya supaya ia bersesuaian dengan semadi yang membawa kepada kebebasan jiwa.

Para Buddha resi dan ajar-ajar dibedakan daripada upasaka iaitu saudara biasa. Haji diikuti pula bagi pencapaian kecerahan jiwa yang diajarkan dalam bentuk perbualan. Enam paramita iaitu kumpulan dana, sila, ksanti, wirya, dhyana dan prajña diperbincang dengan mendalam. Dalam menghuraikan çila dan wirya paramita, dikaitkan pula dengan perkara yang mesti diperbuat menerusi gaya, wak dan citta. Nampaklah kemudiannya bahawa segala puja, bacaan mantera, latihan yoga, sebutan mantra, tapa untuk keselamatan semua ciptaan itu adalah bagi tujuan mulia, manakala isi kandungan prajña paramita itu pula dipaparkan dalam ajaran çunyata. Ditambah pada enam paramita itu lagi empat paramita, iaitu tahap-tahap minda yang dikenali sebagai bhawana. Empat paramita itu adalah maitri, karuna, mudita dan upeksa.

7. Enam dan empat paramita ini membentuk 10 paramita dan semuanya dirupakan sebagai jelmaan pañca dewi iaitu Sang Wajradhatwicwari, Sang Locana, Sang Mamaki, Sang Pandarawasini dan Dewi Tara. Enam paramita itu dikaitkan dengan yang tersebut sebelumnya, dan semuanya pun saling berkait. Selepas 10 paramita sebagai pengertian utama menuju kepada Kebijaksanaan yang lebih tinggi, ada pula Mahaguhya. Mahaguhya ini diisytiharkanlah sebagai "cara bertemu Sang Prabhu". Ia mengandungi yoga dan bhawana, yang setiap satunya bagi empat jenis.

Yoga dengan kebenaran Dignaga ini terbahagi kepada mula, madhiya, wasana dan antayoga, bhawana masuk casti, usmi, urddha, dan agrabhawana. Setiap masa salah satu bhawana ini membawa yang sebelumnya masuk ke tahap tinggi sedikit. Kemudian ada pula Arya Satyani, dianggap dan dinyatakan sebagai yoga, bhawana, empat kebenaran mulia dan 10 paramita lalu terbentuklah Mahaguhya.

Akhirnya, masuklah pembaca ke Paramaguhya. Perupaaan Sang Prabhu, Betara Wisesa dan kepercayaan rahsia tertinggi ini dijelaskan dalam karya ini. Sang Haji dipanggil yogacara, merujuk kepada adwaya dan adwaya jñana, pengetahuan yang tak ada keraguan melibatkan keberadaan dan ketidakberadaan dengan suku kata kesatuan a-a. Gabungan adwaya dan adwaya jñana ini membentuk Diwarupa, seterusnya adwaya, selanjutnya suku kata a-a ini serupalah dengan ayahanda kepada Betara Buddha, adwaya jñana pula dianggap sebagai Prajña Paramita, ibunda Betara Buddha dan Diwarupa itu adalah baginda Sang Buddha sendiri.

Contoh terbaik bagi suku kata a-a dan adwaya jñana ini terkandung dalam haji adwaya dan haji ini merupakan ciri penting bagi haji tarkka atau prakarana dan haji wiyakarana. Haji tarkka memberi pengetahuan adwaya jñana atau Prajña Paramita, haji wiyakarana dari adwaya, a-a. Gabungan ini mencetuskan haji tantra, perupaan kepada pencerahan. Teori ini diperjelas menerusi arahan menyebut dua suku kata sakti tersebut dan sebagai satu perbahasan bagi Nama Yang Maha Agung, di sini disebutlah sebagai Betara Wisesa, antara agama pelbagai dan alirannya.

Menerusi adwaya dan adwaya jñana, tubuh mereka yang mengikut cara ini menjadi secerah siang, menjadi tubuh Diwarupa, perupaan bagi Sang Hiyang Betara Wisesa. Pencapaian kecerahan ini makanya diterangkan secara jelas sebagai kesatuan si pengamal dengan Semangat Jagat. Ertinya di sini, pencarian adwaya dan adwaya jñana ini akan berakhir dengan wajra jñana yang nantinya akan diperjelas panjang lebarnya. Disebut jua tentang tujuh jenis semadi iaitu jambhala, wagiswara, lokeswara, wajrasattwa, muniwaracintamani, swataketu dan kumaranirwana semadhi dalam bentuk aksara termasuk juga dengan mantera namah siddham dihubungkan pula dengan bahagian-bahagian tubuh raga.

Perincian lain tentang semadhi menyebut lima jenis cara bernyawa, yang dinamakan sempena nama lima Buddha Dhyani. Cara bernyawa pada kanan dan kiri menyebabkan empat kepala mandala muncul. Tiga sudut, merah, agni mandala, dengan trisulo di tengah; empat persegi, kuning keemasan atau puteh, mahendra mandala, dengan lima wajra atau hanya satu di tengah; tak berbentuk, hitam, hijau dan kuning itu wayu mandala dengan panji sebagai lambang, dan bulatan, puteh waruna mandala dengan mandala kecil di tengahnya bagaikan batu jernih murni. Kemudiannya, bernyawa dengan tak bergerak, yang murni dan tak berupa parama wisesa, disebutlah sebagai wairocana semadhi.

Pada tahap yang ini, pelajar ditanyailah dengan soalan: Diwarupa itu dipanggil perupaan Buddha, bagaimana pendita lain boleh menanggapi Ratnatrayah dan lima Tathagata itu sebagai perupaan Buddha? Titik yang ini dijelaskanlah dengan cara yang menakjubkan. Terbit dari tubuh putih Sakyamuni yang mengambil rupa Dhwaja Mudra, muncul dari kanan Lokeswara merah dalam Dhyana Mudra, dari kiri pula Wajrapani biru dalam Bhuhsparsa Mudra. Tiga dalam satu membentuk Ratnatrayah dan dua terakirnya menjadi Dharma dan Sarigha.

Lokeswara kembali dibahagikan kepada Aksobhya dan Ratnasambhawa; Wajrapani pula kepada Amitabha dan Amogasiddhi, sementara dari muka Sakyamuni terbit Wairocana. Maka di sini ada Lima Tathagata semuanya dan Wairocana selanjutnya memberi nyawa kepada para dewata, Sang Iswara, Sang Bramha dan Sang Wisnu. Erti lima Tathagatha ini dibawa lanjut dikaitkan dengan pañcha skandha iaitu rupa, wedana, samjna, samskara dan wijnana; lima bija iaitu ah atau aum, hum, tram, hrih, ah; trikhala iaitu raga, dwesa, moha; trimala iaitu artha, kama, sabda; trikaya iaitu kaya, wak dan cipta; triparartha iaitu asih, puña dan bhakti; lima unsur iaitu tanah, air, api, angin dan angkasa; lima rupa dari skandha iaitu kalala, arwuda, ghana, peci, pracakha; lima jenis pandangan dalam diri iaitu saswata, ornisprapañca, adarcana atau prabhaswara, akasamata atau grahyagrahakarahita, pratiyaweksana atau sarwadharmanairatmya dan kertiyañca atau kertiyanusthana jñana.

Sambungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan