Aliran ini merupakan salah satu daripada aliran awal ajaran Buddha menurut beberapa catitan purwa. Ia dikesan bermula ketika pertelingkahan Majlis Penganut Ajaran Buddha Kedua.
Itihasa
Ada dua catitan berkaitan dengan terbitan aliran ajaran Buddha yang ini. Dipawamsa menyatakan bahawa aliran ini menimbulkan juga aliran Sarwastiwada. Tapi kedua-dua Sariputraparipriccha dan Samayabhedoparacanacakra mencatatkan bahwa kelompok Sarwastiwada pula merupakan aliran lama yang menimbulkan Mahisasaka.
Aliran ini diperkatakan mula muncul di rantau Awanti di India. Pengasasnya, seorang bhikkhu bernama Puranna, yang dihormati dalam Mahisasaka Winaya. Penghormatan kepada beliau terdapat dalam sastera ajaran Buddha dalam bahasa Cina.
Daripada tulisan Hsuan T'sang, dinyatakan bahawa Mahisasaka dikenali sebagai aliran yang giat sekali di Kashmir sekitar kurun ke-4 M. Dicatit bahawa Asanga, guru Yogacara terkenal dan abang sulungnya, Wasubandhu, menerima kenaikan ke ajaran Buddha menerusi aliran ini. Banyak ciri aliran ini tersembunyi dalam karya rangkuman Abhidharma tulisan Asanga. Andre Bareau menulis:
"Nampak cukup jelas bahawa Asanga merupakan penganut ajaran Buddha aliran ini semasa beliau masih muda, dan beliau mengaitkan banyak sekali pandangan ajaran pada kaca mata aliran ini dengan karya beliau sendiri selepas menjadi guru besar aliran Mahayana, lalu diperbuat semula apa yang diperkatakan sebagai Abhidharma Pitaka versi penganut aliran Mahayana pula".
Aliran ini tersebar ke Barat Laut sampai ke Selatan India termasuk di Nagarjunakonda dan sejauh Pulau Lanka. Menurut A.K. Warder, aliran Mahisasaka India ini turut terpasak di Sri Lanka bersama aliran Therawada, yang kemudiannya menyerap mereka masuk ke tubuh aliran Therawada.
Dalam kurun ke-7 M, bhikkhu I Tsing menggulungkan aliran ini bersama dengan Dharmmaguptaka dan Kasyapiya sebagai cawangan ranting kepada Sarwastiwada dan menyatakan bahwa ketiga-tiga aliran ini tak terkenal di lima bahagian India tapi bertaburan di Oddiyana, Khotan dan Kucha.
Gaya Pakaian Bhikkhu
Antara 148 dan 170 M, bhikkhu bangsa Parsi, An Si Kao datang ke empayar China menterjemah karya yang menjelaskan mengenai warna pakaian biarawan Buddha disebut sebagai Kashaya yang diperguna dalam lima aliran ajaran Buddha bertajuk bahasa Cinanya Ta Pi Ch'iu San Ch'ian Wei I. Kemudian menterjemah pula sstera berjudul Sariputraparipriccha yang mengandungi karangan mengenai samacara yang hampir serupa. Dalam kedua-dua punca, dijelaskan bhikkhu aliran ini memakai jubah warna biru. Bahagian berkaitan menyebut, "Aliran Mahisasaka mengamalkan dhyaana, dan tembus mendalamnya. Maka mereka memakai kain warna biru".
Cara Pengajaran
Menurut mereka, Catwari Arya Satyani itu mesti ditapakan sekali. Aliran ini berpegang bahawa semua itu wujud, tapi hanya masa kini. Mereka menganggap pemberian kepada Sangha itu setara pahalanya dengan pemberian kepada Buddha. Pada tahap ini, mereka berlawanan dengan kelompok Dharmaguptaka yang beranggapan bahawa pemberian kepada Buddha lebih tinggi pahalanya daripada pemberian kepada Sangha. Kepercayaan alam pertengahan antara kematian dan jelmaan semula tak ada dalam kalangan mereka tapi mereka menerimanya pula selepas beberapa lama.
Karya
Mahisasaka Winaya
Menurut A.K. Warder, Mahisasaka Hindu ini terpasak di Sri Lanka bersama aliran Therawada, tapi lepas itu mereka menyerap masuk dalam aliran Therawada. Diketahui ramai bhikkhu Buddha Cina, Fa Hian mendapat cetakan bahasa Sanskerta winaya aliran ini di Biara Abhayagiri di Sri Lanka tahun 406 M. Ia kemudian diterjemah ke bahasa Cina pada 434 M oleh Buddhajiwa dan Ch'u Ta'oseng. Terjemahan ini panjangnya itu ada dalam bahasa Cina dan terlepas juga ke Tanah Jepun sebagai Tripitaka Taisho sekitar 1421.
Karya Mahayana
Dipercayai Sutra Sukhawatiwyuham Panjang aliran Mahayana telah disusun dalam samaya pemerintahan wangsa Kushana sekitar kurun pertama dan kedua masehi oleh susunan bhikkhu Maisasaka yang berkembang subur di rantau Gandhara sekitar utara Pakistan moden dan timur Afghanistan moden. Sukhawatiwyuham Panjang itu terhutang kepada aliran Lokottarawada termasuklah untuk susunannya itu. Dalam sutra itu ada banyak pula unsur sama dengan cetera Mahawastu. Terjemahan palin mula bagi karya ini menunjukkan kesan-kesan terjemahan dari bahasa Gandhara, iaitu sejenis bahasa Prakerta Hindu digunakan di Barat Daya. Diketahui juga, manuskrip teks ini dalam tulisan Kharosthi pun wujud di China pada masa ini.
Pandangan terhadap Wanita dalam Biara
Aliran ini percaya wanita tak mungkin naik menjadi Buddha. Dalam Sutra Nagadatta, pandangan mereka ini dikritik keras dalam penceritaan seorang bhikkhuni namanya Nagadatta. Diceterakan, Mara mengambil rupa bapa bhikkhuni tersebut dan cuba meyakinkannya supaya bekerja ke arah tahap terendah Arahant berbanding dengan bekerja menjadi Buddha yang dicerahi sepenuhnya atau Samyaksambuddha:
Aliran ini berpegang bahawa ada lima halangan yang terdapat pada wanita. Antaranya, mereka tak boleh menjadi ketua segala cakrawartin, ketua mara, ketua sakra, ketua brahma, atau seorang Buddha. Pandangan kelompok Maisasaka ini terlihat pada tokoh, Mara dalam Nagadatta Sutra kelompok Sarwatiswadin:
Keseluruhannya pun, aku bersikap neutral tidak menyokong mereka atau menolak mereka pada pandangan terhadap wanita ini. Aku membesar dalam keluarga yang ramai wanita dan aku dapati bahawa adik-beradik perempuan aku kebanyakannya berpikiran singkat walaupun berpendidikan tinggi dan diberi peluang belajar tinggi-tinggi. Harap pembaca wanita tidak marahlah. Aku bukannya sengaja membuat pengadilan cuma satu pemerhatian. Boleh jadi juga aku salah, sebab aku pun bukan wanita. Mungkin ada wanita yang cerdik juga seperti bhikkhuni Nagadatta itu.

"Mara oleh itu mengambil jelmaan bapa Nagadatta dan berkata kepadanya: "Pikiran kau itu terlalu berat, anak. Pencerahan itu terlalu sukar hendak dicapai. Ia mengambil masa 100,000 nayuta daripada koti daripada kalpa untuk menjadi seorang Buddha. Beberapa orang saja mampu mencapai pencerahan dalam loka ini, kenapa tidak kau capai Arahant saja? Mencapai Arahant itu sama juga dengan mencapai Nirwana, lagipun senang hendak dicapai yang itu..."Dalam balasannya kepada jelmaan itu, Nagadatta menolak Arahant dan menyatakan bahawa jalan itu lebih rendah. Kata beliau, "Kebijaksanaan seorang Buddha itu seperti ruangan kosong daripada 10 persuku, yang boleh mencerahkan tak terkira ramainya orang lain. Tapi kebijaksanaan seorang Arahant itu masihlah rendah".
Aliran ini berpegang bahawa ada lima halangan yang terdapat pada wanita. Antaranya, mereka tak boleh menjadi ketua segala cakrawartin, ketua mara, ketua sakra, ketua brahma, atau seorang Buddha. Pandangan kelompok Maisasaka ini terlihat pada tokoh, Mara dalam Nagadatta Sutra kelompok Sarwatiswadin:
Mara berkata, "Aku tak pernah mendengar pun seorang wanita itu boleh dijelmakan semula menjadi cakrawatin; macam mana engkau akan dijelmakan sebagai seorang Buddha pula? Untuk mencapai taraf seorang Buddha itu lama amat, kenapa tak cuba capai Arahant sahaja dan capai Nirwana selepasnya?" Dijawab Nagadatta, "Aku pun ada mendengar bahawa wanita itu tak boleh dijelmakan menjadi cakrawartin, sebagai sakra, sebagai brahma dan sebagai Buddha, tapi aku cuba menjalani usaha yang benar bagi merubah tubuh wanita ini menjadi tubuh lelaki. Kerana aku mendengar Yang Mulia itu semuanya, menerusi amalan Bodhisattwacarya 100,000 nayuta daripada koti daripada kalpa gigihnya berusaha mencapai Pencerahan".Ahli aliran ini percaya wanita asasnya tak mampu merubah ciri minda atau tubuh mereka, dan akan menyebabkan ajaran Buddha jatuh. Bagi dakwaan ini, David Kalupahana menulis, "Prejudis kaum Mahisasaka terhadap wanita ini adalah semata-mata prejudis tradisional terhadap wanita. Seperti pengamal ajaran Buddha awal, mereka tak percaya kepada wanita termasuklah bhikkhuni. Keadaan ini menjelaskan kenpa mereka membataskan kemasukan bhikkhuni dalam masyarakat Sangha dan dalam kegiatan agama biara. Kadangkala, mereka menyamakan kewujudan bhikkhuni ini sebagai kerosakan kepada tuaian baik". Sampai sekarang pun, rantau Gandhara di sebelah Pakistan dan Afghanistan itu masih lagi mempunyai prejudis terhadap wanita walaupun kebanyakan mereka sudah menganut agama Pak Arab yang umumnya turut mempunyai prejudis terhadap wanita.
Keseluruhannya pun, aku bersikap neutral tidak menyokong mereka atau menolak mereka pada pandangan terhadap wanita ini. Aku membesar dalam keluarga yang ramai wanita dan aku dapati bahawa adik-beradik perempuan aku kebanyakannya berpikiran singkat walaupun berpendidikan tinggi dan diberi peluang belajar tinggi-tinggi. Harap pembaca wanita tidak marahlah. Aku bukannya sengaja membuat pengadilan cuma satu pemerhatian. Boleh jadi juga aku salah, sebab aku pun bukan wanita. Mungkin ada wanita yang cerdik juga seperti bhikkhuni Nagadatta itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan