China
Biasanya, dikenali sebagai Perayaan Hantu Lapar oleh masyarakat Cina. Orang Cina merata-rata negara merayakan perayaan ini pada wulan ketujuh hari ke-15 dan ke-14 di selatan China mengikut candramasa. Aku tidak pasti orang Cina penganut Taoisme ada merayakan atau tidak perayaan ini sebab mereka ada juga perayaan Cheng Beng yang memperingati nenek moyang di jirat-jirat Cina. Disebutkan bahawa nenek moyang yang dah meninggal dan hantu setan semua akan naik ke permukaan bumi dari alam bawah. Mereka akan melawati sanak-saudara yang masih hidup.
Pada hari ke-15 wulan ketujoh candramasa itu, kedua-dua alam Sorga dan Neraka serta alam manusia akan bertembung. Pendita Tao Cina dan bhikkhu-bhikkhu Buddha akan menjalankan upacara menenangkan roh-roh yang terlepas daripada penderitaan Neraka. Amalan orang Cina berbeda dengan orang Hindu walaupun beragama Buddha antaranya menyediakan sajian makanan, membakar colok, membakar kertas neraka dan bahan-bahan lain yang diperbuat daripada anyaman kertas yang dibentuk menjadi pakaian, barangan rumah, peti ais, televisyen, emas, dan lain-lain untuk roh nenek moyang yang melawat keluarga mereka.
Makanan beraneka selalunya daripada sayuran akan disediakan dengan kerusi kosong disediakan bagi roh nenek moyang duduk di meja seolahnya mereka masih hidup. Pemujaan nenek moyang menurut cara ini membedakannya dengan Cheng Beng sebab perayaan Hantu Lapar ini turut memberi hormat kepada roh lain yang tak berkeluarga atau yang mempunyai keluarga sama ada tua atau muda. Yang Cheng Beng itu cuma untuk keluarga tua sahaja. Tanglung akan dilepaskan di air, memberi arah kepada nenek moyang, hantu sesat dan lain-lain.
Terbitan di China
Penganut Buddha dari China dan penganut Tao mendakwa perayaan ini memang berasal dari sastera agama Buddha. Tapi banyak ciri pemujaan yang mereka amalkan berasal dari agama asli orang Cina utamanya tradisi kampung-kampung tempatan mereka. Proses persenyawaan ini bukan saja berlaku dalam masyarakat penganut ajaran Buddha Mahayana tapi juga di Kemboja yang menganut aliran Therawada. Dalam wangsa T'ang, perayaan Ullambana dan Pesta Hantu ini bercampur aduk.
Ullambana
Penganut ajaran Buddha Mahayana menyambut bulan kelapan candramasa itu bulan kesukaan. Ini sebab hari ke-15 itu adalah hari yang digelar hari kesukaan Buddha dan hari bergembira bagi para bhikkhu. Asal-usul hari ini disebut dalam pelbagai agama. Semasa hidup baginda Buddha, bhikkhu semua bertapa dalam hutan sekitar India semasa musim hujan musim panas. Tiga bulan kemudian, hari ke-15 wulan ke-7 itu, mereka keluar dari hutan meraikan penutup tapa mereka dan melaporkan perkembangan mereka kepada baginda Buddha.
Dalam Ullambana Sutra, baginda Buddha mengarahkan pelajar, Maudyagalyayana tentang cara mendapatkan kebebasan bagi ibunya yang dijelmakan dalam alam rendah, dengan membuat semahan makanan kepada Sangha pada hari ke-15 wulan ketujoh. Sebab bilangan bhikkhu yang mencapai pencerahan ketika itu ramai, maka baginda Buddha begitu suka hati.
Maudgalyayana dengan Ibunda
Cetera ini datang dari benua India. Kemudian dicinakan oleh orang Cina kerana ia diterjemahkan ke bahasa Cina pengujung kurun ke-4 M. Dalam Ullambana Sutra ada gambaran Bhikkhu jati Brahmana, Maudgalyayana yang diangkat menjadi bhikkhu Buddha dan kemudian menjadi salah seorang pelopor pelajar Buddha lain. Mahamaudgalyayana mempunyai kebolehan melihat perkara yang terselindung balik maasa dan bahan, yang tak ada dalam kalangan bhikkhu lain. "Cetera ini terkenadung dalam... kumpulan agama sutra pendek yang diterjemah ke bahasa Cina oleh Gautama Sanghadewa sekitar 397-398 M".
Selepas mencapai tahap Arahant, beliau mula terpikir mengenai ibu bapa beliau dan ingin tahu kejadian menimpa mereka. Diperguna kebolehan beliau melihat sama ada ibu bapa yang sudah meninggal itu dijelmakan atau belum. Didapati bapanya ada di ruangan sorga dalam ruangan dewa-dewa. Tapi, ibu beliau pula dijelmakan dalam alam rendah, diketahui sebagai Neraka Awici, atau alam Hantu Lapar. Ibu beliau berada dalam rupa prettam atau hantu lapar. Hantu ini tak boleh makan sebab ketinggiannya dan tekak yang mudah berdarah. Lapar pun selalu sebab perutnya besar.
Ibu beliau itu tamak terhadap wang. Dia tidak mendanakan wang yang dikhususkan untuk jemputan dalam kalangan bhikkhu Buddha. Ibu beliau menahan wang dan kebajikan daripada sampai kepada bhikkhu Buddha. Maka sebab ini, dia dijelmakan menjadi prettam. Kesengsaraan ibu beliau ini dikurangkan menerusi arahan baginda Buddha supaya memberi makan prettam. Baginda mengarahkan Maudgalyayana meletakkan makanan atas piring bersih, membaca mantra tujoh kali dan merestui makanan itu, memetik jarinya memanggil si mati dan menyentuh makanan sedikit di lantai yang bersih. Dengan berbuat demikian, prettam dapat melegakan kelaparannya. Melalui pahala yang diperbuat, ibu beliau terjelma menjadi seekor anjing yang dijaga keluarga bangsawan. Maudgalyayana meminta bantuan baginda Buddha tentang cara bagaimana hendak menjelmakan ibunya menjadi manusia. Baginda Buddha kemudian mengkhusukan sehari selepas wassa iaitu pada hari ke-14 wulan ketujuh bagi Maudgalyayana menyemahkan makanan dan pakaian bagi 500 bhikkhu Buddha. Melalui pahala ini, ibu beliau pun akhirnya menjelma menjadi manusia semula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan