Menurut kepada punca itihasa dan sejarah, Sriwijaya ini merupakan masyarakat kosmopolitan yang mempunyai kebudayaan yang sentiasa diperbaharui. Dipengaruhi dengan akar umbi ajaran Buddha aliran Mahayana-Wajrayana yang berkembang dalam ibukota Sriwijaya.
Bahasa Melayu Tua
Prasasti Talang Tuwo kurun ke-7 M menggambarkan upacara Buddha dan restu pada perayaan bertuah di taman-taman awam di situ. Prasasti Kota Kapur pula menyebut ketenteraan Sriwijaya mempunyai pangkalan di Jawa. Prasasti semua dalam bahasa Melayu Tua yang diperguna oleh orang Sriwijaya dan juga nenek moyang kepada bahasa Melayu moden dan bahasa kebangsaan negara Indonesia. Sejak kurun ke-7 M, bahasa Melayu Tua diperguna di kawasan kepulauan selatan ditandai dengan prasasti purwa Sriwijaya serta prasasti lain dalam bahasa Melayu Tua di pesisiran pantai di kepulauan selatan seperti di Jawa. Hubungan perdagangan yang berlaku dalam kalangan suku kaum menjadi wahana utama penyebaran bahasa Melayu Tua sebagai bahasa perhubungan antara pedagang. Ketika kurun ke-7 M, bahasa Melayu Tua menjadi bahasa percakapn di sebelah kepulauan selatan.
Binaan Biara dan Cedi
Walaupun mempunyai pengaruh ekonomi, budaya dan ketenteraan, tapi hanya beberapa jumpaan arkeologi saja ditemui di perhuluan Sumatera. Berbeda dengan kerajaan Sriwijaya di Jawa Tengah ketika pemerintahan Sailendrawangsa yang banyak juga monumennya seperti di mandala Kalasan, Sewu dan Borobudur. Biara Buddha dari samaya Sriwijaya di Sumatera seperti di Muara Jambi, Muara Takus, dan Biara Bahal tak dibuat daripada batu hitam gunung berapi tapi diperbuat daripada bata merah.
Arca Buddha
Setengah arca mewakili ajaran Buddha seperti Buddha Wairocana, Bodhisattwa Awalokiteswara dan Maitreya ditemui di merata-rata tapak carigali sejarah di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu. Jumpaan ini semua seperti arca rupa Buddha diperbuat daripada batu di Bukit Seguntang di Palembang, arca Awalokiteswara dari Bingin Jungut di Musi Rawasa, arca gangsa Arya Maitreya dari Komering semua ditemui di sebelah Selatan Sumatera. Di Jambi ditemui pula arca buatan emas Awalokiteswara dekat Rantau Kapas Tua di Muara Bulian.
Di Tanah Melayu, ditemui gangsa Awalokiteswara di Bidor negeri Perak. Dan juga arca Awalokiteswara di Chaiya, Selatan Thailand. Semua arca ini menunjukkan gaya pertukangan Sriwijaya dan hampir serupa bentuknya diilhamkan dari gaya Amarawati dan gaya Sailendrawangsa yang bertapak di Pulau Jawa sana sekitar kurun ke-8 dan ke-9 M.
Bunyian Gamelan
Rasanya Gamelan ini lebih banyak dimainkan orang di Pulau Jawa atau di Pulau Bali. Terutamanya di Pulau Bali terdapat upacara keagamaan yang melibatkan bunyian di pura-pura umum dan upacara besar-besaran. Di sebelah Tanah Melayu, Gamelan dimainkan di sebelah negeri Terengganu di Pantai Timur hanya di istana diraja.
Tersebut dalam tangga nada bunyian ini, ada nama Salendro yang menjadi dasar kepada lima nada dekat yang berjarak hampir sama dalam satu tataran. Kiraan satu nada ini sebanyak dua angin. Asal mula nada ini tidaklah jelas tapi disebut bahawa nama Salendro ini dari nama Sailendrawangsa yang pernah mengalahkan kerajaan Medang di Jawa lalu memasukkan kerajaan tersebut menjadi negeri Sriwijaya. Kedatangan mereka itu bersama juga dengan bahan kebudayaan ini.
Bunyi kepanjangan pendek Slendro ini dikatakan dibawa ke Sriwijaya oleh pendeta Buddha aliran Mahayana dari kerajaan Gandhara di Asia Tengah sana lalu berkembang di sekitar Pulau Jawa dan Pulau Bali. Rujukan tuan boleh cari dari pustaka Gamelan: Cultural Interaction and Musical Development in Central Java oleh Sumarsam (1995) cetakan penerbitan Chicago University Press.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan