Ahad, 6 Oktober 2013

Pitru Paksha: Sraddha Bali

Om Swastiastu


Pemujaan

Upacara ini dijalankan pada hari menurut penanggalan Saka semasa Pitru Paksha bilamana nenek moyang, biasanya itu nenek moyang atau datuk nenek sebelah bapa itu ada yang meninggal. Ada beberapa pengecualian bagi peraturan hari penanggalan candramasa. Hari istimewa dibuka bagi orang yang meninggal menurut cara tertentu atau yang berkedudukan tertentu semasa hidupnya.

Cautha Bharani dan Bharani Panchami, hari keempat dan kelima candramasa itu untuk orang yang meninggal tahun lepas. Awidhawa nawami iaitu hari kesemilan untuk wanita yang sudah kawin tapi meninggal sebelum suaminya. Biasanya, wanita bangsa Brahmana dipanggil menjadi tetamu bagi bali Sraddha bini lelaki yang kematian isteri. Hari ke-12, untuk anak-anak dan orang suci yang meninggalkan kemegahan dan kesukaan lokamaya. Hari ke-14, iaitu Ghata Caturdashi atau Ghyala Caturdashi untuk orang terbunuh dalam peperangan, terbunuh sebab senjata api atau yang mati beragan. Ini, bagi yang menyambut Pitru Paksha pada penanggalan candramasa Bhadrapada.

Sarwapitri amawasya atau wulan bagong segala bapak ditujukan untuk semua nenek moyang tak kira dalam hari candrakala apa pun mereka meninggal. Yang ini merupakan hari istimewa dalam Pitru Paksha yang tak bertuah itu. Yang terlupa langsung hendak membuat upacara Sraddha setiap hari itu bolehlah ambil kesempatan pada hari ke-15 itu. Upacara hari itu dianggap sebagai berkebajikan tinggi seperti diperbuat di kota suci Gaya, yang merupakan kota suci bagi upacara Sraddha puja semasa Pitru Paksha. 

Di Bengal, Mahalaya ini menandakan permulaan Durga Puja. Mahalaya merupakan hari dewi Durga turun melayang ke bumi. Orang Bengali (Bangladesh dan Bengal Barat) akan bangun awal pagi membaca mantra Dewimahtmyam atau Candika Dewi mantra. Semahan sajian untuk nenek moyang diperbuat di rumah dan puja mendopo diangkat di situ. Matamaha (nenek sebelah bapa) atau Dauhitra menjadi hari pertama dalam bulan Aswin dan permulaan purnima terang. Yang ini dikhususkan untuk peringatan kepada datuk sebelah emak yang dah meninggal. 

Bebalian bagi peringatan nenek moyang diperbuat juga dalam peristiwa ini. Ia dijalankan tengah hari, biasanya di tebing sungai, di tasik atau di rumah sendiri. Keluarga akan bertirthayattram ke tempat seperti di Waranasi dan Gaya untuk Sraddha Bali. Pitri Paksha Mela tahunan berlangsung di tebing Sungai Phalgu. Pelawat dharmayatram akan memenuhi tempat itu dari seluruh pelosok India menyemahkan Pinda Danam bagi nenek moyang. 

Yang Terlibat

Penting sekali Sraddha Bali dibuat oleh anak lelaki, biasanya anak lelaki sulong. Atau saudara lelaki sebelah bapa dari keluarga, hanya dari tiga turunan keluarga. Kalau dalam rumah itu ada anak laki-laki, tapi anak laki-laki bukan sulong maka yang itu diperkira anak lelaki sulong. Yang perempuan tak diperkira kerana dia nanti akan masuk ke keluarga suaminya. 

Pada Sarwapitri Amawasya atau Matamaha, cucu lelaki daripada anak perempuan dalam keluarga boleh memberi semahan bagi pihak sebelah ibu dalam keluarga kalau tak ada waris lelaki dalam keluarga ibunya. Setengah jatiwarna hanya menjalankan Sraddha Bali bagi satu turunan sahaja. Sebelum upacara berjalan, ahli keluarga lelaki yang terlibat  mestilah melalui upanayanna pakai benang suci dahulu. Sebab upacara ini bukan upacara bertuah dan melibatkan kematian, keluarga diraja negeri Kutchi dilarang melaksanakan Sraddha Bali.

Sajian

Sajian diperbuat bagi nenek moyang biasanya dimasak dalam bekas-bekas tembaga atau perak. Diletakkan kemudiannya atas daun pisang, lain-lain daun yang besar, atau dalam cawan-cawan yang dibentuk daripada dedaunan. Makanan mesti ada jenis nasi yang dimasak dengan susu dan manis. Jenis pulut macam pulut kuning. Jenis ini disebut dalam bahasa Hindu sebagai Khir. Kemudian jenis Lapsi iaitu bubur manis diperbuat daripada kanji tepung, nasi, jenis kacang dal, jenis guwar dan jenis labu kuning.

Upacara Sraddha

Orang lelaki yang terlibat mesti pergi Ganga Snanam menyucikan diri dalam sungai atau di mana-mana saja lah yang macam orang Kristian pergi celup dirinya dalam air itu. Kemudian pakai kain dhoti atau kain sarung ikut tradisi tempat tuan. Pakai cincin diperbuat daripada rumput Kusa. Seru nenek moyang minta berdiam di gelungan cincin itu.

Pada upacara dijalankan tidak boleh pakai baju. Sebab benang suci kena dialih-alih mengikut arah beberapa kalinya semasa upacara. Sraddha melibatkan Pinda Daanam, iaitu memberi dana sumbangan berbentuk nasi dan bebola tepung barli bercampur dengan minyak sapi dan bijan hitam, diikuti lepasnya air dari tangan.

Kemudian baca Wisnu Puja dalam rupa rumput Darbha, rupa emas atau batu Saligrama dan Yama. Semahan makanan pun diperbuat, dimasak untuk upacara atas bumbung. Sajian disemahkan itu dianggap diterima jika ada burung gagak datang menyambar makanan. Burung gagak itu dipercayai Yamaduta yang mengambil rupa nya atau pun semangat nenek moyang. Lembu dan anjing diberi dana juga. Begitu juga dengan pedanda bangsa Brahmana pun menerima dana. Bila masa sahaja burung gagak yang menjadi lambang nenek moyang dan pedanda Brahmana makan, baru keluarga dalam rumah keluarga yang membuat bali itu boleh makan.

Amalan Lain

Setengah keluarga Hindu melaksanakan upacara bacaan sastera suci seperti dari Bhagawata Purana dan Bhagawadgitam. Yang lain-lain itu amalan kebajikan seperti memberi hadiah kepada pedanda Brahmana atau memberi sumbangan sedikit sebagai memahami jerih payah mereka datang berjalan kaki meredah kesusahan demi membacakan bacaan semayang untuk kesejahteraan nenek moyang di loka sebelah sana itu. Jadi, jangan berkira sangatlah. Bukannya luak pun wang ringgit, boleh dicari semula. Bhagawadgitam itu bagi aku sangat bagus. Aku pun membacanya setiap hari, tapi yang bahagian bahasa Sanskerta nya sudah hilang pula. Adat lain itu, dalam peristiwa begini, kami letakkan garam dalam bekas besi di dua lawang pintu rumah bagi mengelakkan roh-roh tak berkenaan menyemak di rumah yang bukan rumahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan