Umumnya, kaum Waisnawa di India Selatan ini terbahagi kepada wangsa Brahmana dan bukan wangsa Brahmana.
Brahmana Waisnawa
Kelompok yang utama dan ramai sekali itu adalah kelompok Iyengar. Iyengar ini menurut kepada falsafah Sri Wainawa Wisista Dwaita oleh Mpu Asuri Ramanuja. Kelompok Iyengar terbahagi kepada aliran Wadagalai di Utara dan Thengalai di Selatan. Kedua-dua kelompok ini pun berpegang dengan Pancaratragama di pura-pura mereka.
Kedua-dua aliran ini berkembang sejak 200 tahun lalu selepas perlinanya Mpu Ramanuja pada 18 prinsip utama ajaran. Pengasa aliran Wadagalai itu Mpu Wedanta Desika manakala pengasas Thengalai pula Mpu Manawala Mamuni. Guru parampara kedua-dua aliran ini sama! Kelompok Sri Waisnawa memperguna weda-weda Sankserta yang suci bersama dengan Diwiya Prabandham bahasa Tamil yang juga suci bagi upacara semayang di pura.
Kelompok Brahmana lain pula dikenali sebagai kelompok Mathawa yang menurut kepada falsafah Sadawaisnawa Dwaita oleh Mpu Mathawa. Kemudian kelompok Waikhanasa iaitu masyarakat pedanda pura Waisnawa yang purwa, memperguna Waikhanasagama dalam semahiyang di pura. Bahasa semahiyang mereka bahasa Sanskerta semata-mata tiada bahasa lain.
Bukan Brahmana
Kelompok ini banyak dalam kalangan masyarakat seperti kelompok Ceti dan Mudaliar atau Tuluwa Wellalar sebelah Tamil Nadu sana. Bahagian pecahan masyarakat seperti Kamma, Padmasali, Reddy, Raju dan Haridas di Andra Pradesh serta di negeri lain pun merupakan kelompok pengamal ajaran Waisnawa. Setengah mereka ini cenderung menjadi vegetarian sama macam wangsa Brahmana juga.
Dalam pemujaan semayang di pura, pura bagi kelompok Waikhanasa seperti Pura Thirumala, Pura Udupi bagi kelompok Mathawa, Pura bagi Thengalai seperti di Melugote dan Wadagalai seperti Pura Kancipuram semuanya mempunyai adat upacara yang berlainan dengan pedanda aliran itu sendiri yang menjalankan semahiyang. Tapi, semua pura ini tetap menjadi tapak dharmmayatram kelompok Waisnawa dan pemuja umum, termasuk juga kelompok aliran lain seperti aliran Saiwa-Sakti.
Di Kerala, setengah masyarakat mengenalpasti diri mereka sebagai kaum Waisnawa, utamanya kelompok Pisarodi, Brahmana Saraswati Puteh dan Yembrandhiri yang berdiam di Kerala pada tahap terakhir penempatan wangsa Brahmana di selatan. Brahmana Sagara sekitar Pura Thiruwalla Sri Wallabha Wisnu Koil pun dirujuk sebagai Waisnawa kerana menerima Betara Wisnu sebagai Sang Hiyang Agung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan