Kurang dipastikan tapi aku pasti pernah membaca mengenai tokoh orang Jawa ini bernama Raja Sri Jayabhaya. Diperkata baginda ini merupakan pemayung ajaran Waisnawa di rantau Pulau Jawa dan sekitarnya. Dalam sastera lisan orang Jawa pun banyak diperkatakan mengenai baginda ini. Contohnya seperti yang dipertunjukkan dalam satu laman yang aku tak ingat, menyebut mengenai baginda dalam kekawin Dharmagandhul. Tema utama kekawin itu menyatakan mengenai proses pengislaman Pulau Jawa dengan cara yang tidak jujur. Maka, boleh dijadikan karya itu sebagai satu bukti sejarah. Beberapa tahun lalu, ada diberitakan dari orang Hindu di sebelah sana bahawa pustaa ini dilarang oleh pemerintah Indonesia kerana bimbang jadi perang antara agama. Namun, kini ia bebas tersebar menerusi jaringan laman maya bagi yang memilih hendak membacanya. Lagipun, kalau tidak suka cuma ditinggalkan sahaja. Bikin apa mahu berhumbas berhentak seperti semang tiada otak?
Kimwadanti Waisnawa Jawa
Tersebut Sri Jayabhaya, tercinta oleh Betara Wisnu bersama Tara Dewi teman baginda itu perlina dengan tubuh kejiwaan lalu berpulang ke Wisnulokam. Dua senapati baginda, Kiyahi Daha dan Kiyahi Daka. Kedua-duanya memilik Siddhi yang mampu merubah tubuh menjadi bahan halus-halus. Menerusi siddhi ini, mereka mampu hidup selama mana pun mereka mahu iaitu jenis kayawuham sargakartaretwa silpa siddhi. Puteri baginda, dikenali dengan pagelaran Nyi Ratu Pagedhongan atau Permaisuri Balai Dalam juga mempunyai Tantrika Siddhi serupa dan kesaktian seorang yogi. Selepas hilangnya kedua-dua baginda itu ke alam ghaib, senapati berdua menurut juga raja mereka bersama baginda puteri. Namun, kedua-dua senapati tidak dapat menurut baginda raja masuk ke tempat tertinggi walaupun siddhi mereka itu sakti. Maka puteri dan senopati berdua cuma memperguna siddhi mereka buat melindungi rantau Pulau Jawa dan mandalanya bagi pihak raja berdua itu.
Kyahi Daha terkenal dengan pagelaran Kiyahi Bhutalocaya iaitu Roh Pemegang Kepercayaan. Beliau itu menakluki segala sakti hitam dan roh jahat dalam ibukota baginda Sri Jayabhaya. Semua bhuta dan hantu dalam kerajaan Kediri itu dirantai beliau dan beliau menjadi raja mereka di situ. Istana baginda itu di Selabale atau para batu, di alam ghaib dalam gua di sebelah Barat Laut Pura Kili Suci.
Kyahi Daka nigelar beliau Kyahi Tunggul Wulung. Beliau pun menguasai segala bhuta hantu dalam kerajaan Kediri di kawasan Kelud. Kelud itu merupakan gunung berapi yang giat dan masih meletus beberapa kali. Beliau melindungi orang kampung yang masih setia kepada adat dan agama Hindu warisan diraja, Sri Jayabhaya. Siddhi beliau diperguna buat mengalih letusan gunung berapi biar penganut Hindu jangan terkena dan mati supaya terus ada penganut Hindu di situ buat memuja sang raja dan Betara Wisnu. Nyi Mas Ratu Pagedhongan digelar Nyi Mas Ratu Angin Angin. Di alam bunian, kerajaan baginda itu di lautan selatan Jawa. Baginda merantai hantu semua di seluruh Jawa dan mengawal mereka. Dipercayai, baginda harus ditenangkan oleh sesiapa yang mahu naik ke keratuan Jawa atau di tempat lain dalam mandala Jawa. Pagelaran baginda yang lain, Kang Ajeng Ratu Kidul.
Kekawin Hariwamsa
Kekawin ini disesuaikan dari kekawin asal bahasa Sanskerta atas perintah baginda Raja Jayabhaya. Baginda memerintah Mpu Penuloh menjadi kekawin bahasa Jawa Kawi. Kerajaan baginda ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Panjalu sekitar kurun ke-10 M. Mahabharata, Ramayana dan Sarasamuccaya pun digubah semula ke kekawin bahasa Jawa Kawi.
Kekawin Hindu Jawa ini bukan lagi mengenai Yaduwangsa iaitu trakula baginda Begawan Kresna yang merupakan anak raja di Mathura dan Dwaraka. Tapi menceritakan mengenai lila jiwa Begawan Kresna dengan Yaduwangsa. Rujukan kekawin ini ada dalam kekawin Bhaumantaka yang mengisahkan mengenai terbunuhnya Narakasura atau Sang Boma oleh Begawan Kresna. Cetera ini ada juga dalam Hariwamsa dan utamanya dalam Bhagawadgitam, Skanda ke-10 bahagian 59. Cetera sama ada dalam Kekawin Sumanasantakam.
Kekawin Hariwamsa itu ada 55 bahagian semua, menceterakan mengenai pawiwahan Begawan Kresna dengan Rukmini Dewi. Serta bagaimana raksasa seperti Jara Sandha terbunuh. Bab pertama dan kedua, Begawan Kresna dihuraikan sebagai putera terbaik dengan kulitnya biru seperti awan hujan, pada sasih kapat (kadi jaladhara meha nim kapat: 2.5) yang berdiri atas padma puspa mumwem sekar pamkaja 1.1.
Anakanda Begawan Kresna
Menyentuh turunan atau trakula Begawan ini, prasasti samaya Panjalu sampai Majapahit menyebut bahawa pemuja Betara Wisnu menerusi Begawan Kresna dikenali sebagai Waisnawakula atau Hariwangsa. Srila A.C. Bhaktiwedanta Prabhupada menyatakan bahawa pemuja Begawan Kresna akan merendahkan hati pada ajaran baginda dalam kebaktian dengan bimbingan guru kerohanian dalam garis guru bakti tersebut sebagai acyutagotram. Acyuta itu panggilan lain bagi Begawan Kresna, ertinya tiada pernah gagal manakala gotra itu ertinya puak. Naracimha Purana menyebut bahawa sesiapa yang berserah kepada Nya dan menjadi tanggungan-Nya maka dia itu Waisnawakula dan Hariwangsa.
Prasasti Gajah Mada menyebut, "tusning sira dwirada mada wangsa". Barangsiapa dimuliakan Dwirada Mada maka masuk dia ke Waisnawakula. Dwirada itu namanya Gajah Mada, dan prasasti menyatakan bahawa beliau itu seorang Waisnawa menerusi Begawan Kresna. Kenyataan di prasasti diperkuat dengan huraian Kidung Sundayana mengisahkan mengenai pemergian Pateh Gajah Mada. Kidung menceterakan, beliau meninggalkan kedudukan perdana menteri, lantas memakai kain puteh gringsing, memakai upawita cemerlang dan memegang japamala beliau. Dengan penampilan itu beliau menumpukan diri kepada semadhi sampai berpulang ke Wisnulokam.
Raja Waisnawa
Punca lain dari Babad Tanah Jawa dan Peraraton menceterakan mengenai raja-raja Jawa dari Waisnawakula. Bermula Isanawangsa pada kurun ke-8 M, raja-raja di Tanah Jawa dan Pulau Bali itu merupakan raja resi yang memuja dan mencontohi Begawan Kresna dalam pelbagai tetesan jelmaan baginda seperti Betara Wisnu, Sang Narayana, dan Hari.
Raja Airlangga, contohnya memuja murti Betara Wisnu Lengan Empat. Ketika berpulang di tempat suci Thirtham, kaum Waisnawa membangunkan murti Garuda Wisnu di situ. Sampai kini, murti itu menjadi perlambangan kaum Waisnawa di sebelah rantau Hindu di kepulauan Asia Tenggara ini. Kemudian Raja Jayabhaya, seorang lagi raja resi Waisnawa keturunan Raja Airlangga. Terbelah duanya kerajaan raja Airlangga kemudian disatukan kembali baginda, Jayabhaya itu pun selepas berpuluh tahunnya cuba menyatukan. Selama pemerintahan baginda, diperintahkanlah para kawi pujangga menggubah lila-lila Begawan Kresna menjadi bentuk Kekawin dan Kekawin Hariwangsa ini salah satunya.
Huraian Babad dan Cetera Panji
Semasa Pulau Bali ditundukkan pada kebaktian menyembah ke Majapahit, maka Sri Kresna Kepakisan diutuskan oleh Pateh Gajah Mada buat memerintah Pulau Bali. Dari pelbagai ceteranya, nama Kepakisan itu diberi sebagai pagelaran kepada beliau dengan erti pasak atau paku yang menyatukan Pulau Bali yang pecah belah itu.
Dalam keadaan kepimpinan silih berganti, Sri Kresna Kepakisan selalu sahaja menghadapi pemberontakan. Semasa mahu berundur sahaja, Pateh Gajah Mada memberi nasihat, "Anak, jangan kau balik ke Jawa. Jika kau balik maka kau itu bukan lagi Hariwangsa!". Terusnya lagi, diberikan ajaran kejiwaan disebut Haji Kajanardhanan iaitu widya mengenai Sang Janardhana. Sang Janardhana itu gelaran Begawan Kresna. Diberi jua sebuah keris melambangkan cengkerang Pancajanya milik Begawan Kresna. Begitulah cetera babad dan panji dalam babad Hariwangsa di Pulau Jawa dan rantau Nusantara melibatkan pengikut Begawan Kresna.
Dalam 2000 tahun, keagamaan Wiasnawa berkembang di kepulauan Hindu. Ajaran Hindu yang mencontohi Begawan Kresna dalam pelbagai jelmaan yang berakar umbi dalam masyarakat Hindu ketika itu. Raja-raja memerintah dengan bantuan nasehat mpu-mpu, guru dan agamawan sampai berjalan pemerintahan dengan baik. Raja Airlangga dipimpin oleh Mpu Baradah. Raja Marakata dipimpin Mpu Kuturan. Pateh Gajah Mada dipimpin oleh Dang Hiyang Kepakisan sebagai rakan. Nusantara itu mencapai wijayanya kerana pedoman para mpu dan raja-raja yang patuh pada dharma. Para mpu pula berbakti kepada Begawan Kresna.
Jatuhnya dharma dan weda waidika di Nusantara itu dengan runtuhnya Majapahit 500 tahun lampau. Begawan Kresna menjelma di tanah suci Bharatawarsa dalam rupa Mpu Caitanya dengan tujuan memelihara dharma dengan mengajar menyebut nama suci-Nya. Lalu terjelma Harinama Samskritanam.
Brighadnaradiya Puranam menyatakan, "Harer nama harer nama, harer namaiwa kewalam. Kalau nastyewa nastyewa, nastyewa gatir anyatha". Pada samaya kaliyugam, tiadalah cara mencapai moksa melainkan mengucapkan nama Nya, Hari namah. Diperkenalkan oleh Mpu Caitanya, Tarakabramha Nama atau nama Nya istimewa buat diperguna dalam Kaliyugam, Mahamantra Hare Kresna. Ada yang lanjutnya dalam Kalisantarana Upanishad, bila Sang Bramha menyatakan bahawa Hare Kresna itu antara 16 nama suci dalam Kaliyuga.
Maka, pada yang dinyatakan dalam weda suci dan huraian sejarah rantau Jawa dan Bali, yang dari Waisnawakula, Acyutagotram dan Hariwangsa, mencontohi Begawan Kresna dan mencari keselamatan menerusi Begawan Kresna, maka bolehlah terus memelihara parampara dan menambah pengetahuan tuan. Jika, tidak menurut dan hanya berbangga pun tiada guna nya, wahai tuan budiman. Kebanggaan bukan setakat pada pameran kebudayaan, sebaliknya harus tuan sematkan di hati tuan kebanggan itu biar ia terpamer dalam kehidupan dharma tuan. Dengan menjalankan dharma, menyebut nama baginda Begawan Kresna, mengikut contoh Begawan Kresna itu maka tuan juga berkebaktian kepada nenek moyang tuan serta mendiang raja-raja Hindu serta mpu-mpu cendekiawan Hindu di Jawa dan Bali. Maka, itu caranya tuan berbangga.
Kalungan terima kasih buat pemelihara dan pengurus laman IKSCON yang berbuat bakti memaparkan cetera itihasa buat penganut Hindu Waisnawa di Pulau Jawa dan Pulau Bali. Begawan Kresna dan Bhagawadgitam keduanya pun merupakan pedomanlah jua buat penganut Hindu Saiwa dan penganut ajaran Buddha aliran Mahayana dalam kalangan orang Hindu (India) sekelian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan