Tahap-tahap itihasa tempat pemujaan kaum Waisnawa ini menurut pula kepada pandangan berbeda dalam teori-teori penulis sejarah berlainan. Tahap pertama, ada dua lapis aspek iaitu sejarah dan falsafah yang dirujuk setengah orang sebagai Bhagawata dan dipercayai diasaskan oleh Begawan Kresna-Wasudewa dari puak Yadawa.
Dasar falsafah tahap ini memandang Sang Hiyang Widdhi itu kekal, tiada terbatas, penuh karunia dan keselamatan terkandung dalam hidup itu merupakan tanda dekatnya Sang Hiyang Widdhi dengan sekelian makhluk. Tahap ini dipercayai bahawa Pancaratra itu masuk bersekutu dengan rupakara Samkhya Yoga. Bersama dengan kecenderungan menggabungkan falsafah dengan agama. Tahap ini, dijelaskan sebagai tahap apabila aliran Narayana menyerap dalam perkumpulan agama Kresna-Wasudewa. Menurut pandangan Grierson, pada tahap ini kepercayaan Bhagawata ini menjadi aliran yang dibrahmankan tapi anti pula kepada Brahmana. Hopkin selalu membuat ulasan dalam pandangannya, bahawa Bhagawadgitam itu menyaksikan kompromi antara aliran Brahmana dan Bhagawata, "ia itu merupakan versi kawi Waisnawa yang dikresnakan". Maka sebab ini Kresna, yang merupakan nama kepada Wasudewa itu, diberi kemasukan dalam lingkungan dewata Brahmana, sebagai jelmaan Betara Wisnu.
Baginda Siddhartha Gautama Buddha yang dijelmakan sebagai jelmaan Betara Wisnu dalam aliran Bhagawata ini pun dipercayai mempunyai punca penyesuaian yang sama dengan yang terjadi kepada Betara Kresna, sekitar 330-550 M semasa samaya Gupta. Maka, sebab itu aliran Mahayana dalam ajaran Buddha disebut juga Buddha-Bhagawata. Ketika ini lah, terjadinya persetujuan bersama cendekiawan bahawa konsep jelmaan Betara Wisnu itu benar-benar berkembang pesat.
Agama rumit Waisnawa ini selalu dipandang sebagai satu sintesis pemujaan kepada Betara Wisnu, Sang Narayana, Wasudewa dan Begawan Kresna yang disimpan menurut masa dalam Bhagawadgitam (4 SM - 3 M). Pemujaan kepada Betara Wisnu itu Waisnawa dan pemujaan satunya kepada baginda itu sudahlah terbangun semenjak samaya itihasa lagi.
Bentuk Waisnawa ini berkembang jua di India Selatan semasa kurun ke-3 M sampai ke-10 M dan masih lagi wujud dia Tamil Nadu, Andhra Pradesh serta Karnataka sebab usaha 12 Alwar yang giat mengembangkan keagamaan kepada orang aawam menerusi kawi bakti mereka. Pura yang dikunjungi dan diasaskan oleh Alwar ini semua digelar Diwiya Desam atau Negara Kahiyangan. Kekawin mereka itu memuji Betara Wisnu dan Begawan Kresna dalam bahasa Tamil, dikenali umum sebagai Naalayira Diwiya Prabandham atau weda-weda orang Drawidia.
Maha Kekawin
Dua Maha Kekawin itu, Ramayana dan Mahabharata merupakan bahagian penting bagi kaum Waisnawa bagi punca falsafah, keagamaan dan budaya. Ramayana itu mengenai Sri Rama, jelmaan Betara Wisnu yang merupakan seorang raja yang ideal dalam itihasa, menurut dasar dharma, susila dan tatabudi. Sita Dewi, isteri baginda, dan Laksmana saudara baginda, serta pengikut baginda setia, Sri Hanuman, menjadi kunci penting dalam parampara Waisnawa, dan contoh bagi kelakuan mereka dalam kehidupan. Phra Rawana pula menjadi watak jahat dalam kekawin dan berperanan memaparkan contoh tidak baik supaya jangan dicontohi. Dijelaskan juga menerusi Phra Rawana, bahawa seseorang yang mengerti agama pun boleh digelapkan oleh hawa nafsu sampai weda-weda semua tertanggal dari tubuh dan jiwa menjadikannya telanjang dan dimalukan di tribuana.
Mahabharata pula bertumpu kepada Begawan Kresna dengan cetera lanjutannya itu mengenai peperangan besar antara wangsa Hindu dengan dua keluarga bersepupu itu berhumbas berperang. Begawan Kresna di pihak Pandawa, memainkan peranan penting sebagai penasihat. Falsafah di sini memaparkan perbincangan mengenai Sang Arjuna dengan Begawan Kresna sebelum berakhirnya peperangan, yang ini kemudian dipecahkan menjadi pustaka sendiri bergelar Bhagawadgitam. Bhagawadgitam ini pengaruhnya mendalam dalam falsafah Hindu sekeliannya, dan penting bagi kaum Waisnawa kerana dipercayai mempunyai catitan tepat bagi segala kata-kata Begawan Kresna.
Kedua-dua karya ini, selalu ia dimasukkan dalam lakon wayang sama ada wayang orang atau wayang kulit di merata-rata rantau Hindu ini utamanya dalam perayaan keagamaan di pura-pura Hindu. Bhagawadgitam ini dikaji sebagai sastera agama dan banyak terjemahannya dalam pelbagai bahasa dunia. Boleh juga dibaca oleh sekelian penganut agama Hindu tak mengira tuan itu penganut Saiwa, penganut ajaran Buddha, penganut agama apa atau jati apa sekali pun. Beda tatacaranya dengan pembacaan weda-weda suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan