Bhurloka atau Bhumandala merupakan tahap bumi yang mengandungi tujuh benua yang disebut sebagai dwipa atau pulau.
Tujuh benua itu adalah....
- Jambudvipam, kemungkinannya merujuk India purwa
- Plaksadvipam
- Salmalidvipam
- Kusadvipam
- Krawnchadvipam
- Sakadvipam
- Puskaradvipam
Semua rantau ini didiami oleh pelbagai makhluk dan juga pelbagai jenis manusia. Sistem planet bagi Bhumandala ini menyerupai bunga teratai, dan tujuh benuanya itu menyerupai kuntuman-kuntuman bunga tersebut. Kepanjangan dan kelebaran pulau yang disebut sebagai Jambudvipam yang terletak di tengah bunga teratai itu, adalah sejuta yojana iaitu seluas 8,000,000 batu. Jambudvipam itu bulat seperti daun tumbuhan teratai (S.B. 5.16.5).
Planet Bumi tempat tinggal kita ini terletak dalam ruangan Jambudvipam. Ia disebut sebagai Karma Bhumi (Wisnu Purana 2.3.2), tempat karma baru dicetuskan, persimpangan alam semesta. Di sini kita menentukan kedudukan kita di masa hadapan, tinggi atau rendah kedudukannya, dengan bertindak menurut cara tertentu.
Raja Rahugana bertitah, "Kelahiran ini sebagai manusia merupakan yang terbaik dalam semua kelahiran. Lahir dalam kalangan separa dewa di planet lain pun tidaklah segemilang kelahiran sebagai manusia dalam bumi ini. Apalah gunanya kedudukan terpuji sebagai separa dewa pun? Di planet-planet kayangan sekalipun, sebab kesenangan kebendaan dan kesukaan jasad maka tak ada lah peluang untuk bersekutu dengan orang yang berkebaktian" (SB 5.13.21).
Bila Sorga
Erti asasnya adalah dasar bawah tanah atau tanah kedalaman. Ia merujuk kepada sorga-sorga bawah bumi yang didiami oleh para asura dan naga. Bhagavata Purana menyebut tujuh sahaja daripadanya, iaitu Atala, Witala, Sutala, Talatala, Mahatala, Rasatala dan Petala.
"Dalam semua rupakara bintang tujuh itu, yang dikenali juga sebagai bila sorga, ada rumah-rumah yang cantik, taman-taman, serta tempat menyenangkan deria suka tubuh, serta lebih mewah daripada yang di bintang tinggi daripadanya kerana makhluk-makhluk halus mempunyai piawaian kesenangan deria yang tinggi sekali, kemewahan serta pengaruh pun lebih besar. Kebanyakan penduduk di bintang tersebut, dikenali sebagai Daitya, Danawa dan Naga hidup dengan berumah tangga. Semua isteri, anak-anak, rakan taulan, dan masyarakat mereka itu terlibat dengan maya, kesukaan kebendaan dan duniawi belaka. Deria kesukaan separa dewa kadangkala terganggu juga, tetapi penduduk di bintang-bintang di Bila Sorga langsung tak terganggu kesukaan mereka. Jadi, mereka ini difahamilah sebagai sangat terikat kepada kesenangan lokamaya" (SB 5.24.8).
Asura
"Kini, marilah aku jelaskan anak cucu Sang Diti, yang dilahirkan menerusi Kashapa, tapi kemudian jatuh menjadi setan. Dalam keluarga setan ini, muncul lah anak bakti yang sangat tinggi baktinya, Sang Prahlada, dan Bali pun muncul dalam keluarga setan ini. Setan-setan ini umumnya dikenalilah sebagai Daitya, kerana mereka keluar dari rahim Sang Diti" (SB 6.18.10).
"Bawah Mahatala itu ada rupakara bintang dikenali lah sebagai Rasatala, yang menjadi kediaman anak cucu bagi Diti dan Danu yang semuanya adalah makhluk halus. Mereka itu dikenali sebagai Pani, Niwata Kawaca, Kaleya, dan Hiranya Puruwasis yang berdiam di Hiranyapuram. Semua mereka itu adalah musuh segala Dewa Sura, dan berdiam dalam lubang bagaikan ular. Dari lahir mereka sudah punya kesaktian dan kejam pula. Walaupun mereka itu berbangga dengan kekuatan masing-masing namun tewaslah jua dengan Sudarshana Cakra begawan Kresna, yang merupakan maharaja segala rupakara bintang. Tatkala rajaduta wanita dari Betara Indera bernama Sarama membaca kutukan tertentu, setan jelmaan ular Mahatala pun menjadi takut akan Betara Indera" (SB 5.24.30).
Naga
"Bawah Rasatala ada satu lagi rupakara bintang, namanya Patala atau Nagalokam. Tempat makhluk halus berupa ular, penguasa bagi Nagaloka seperti Sankha, Kulika, Mahasankha, Sweta, Dhana Jaya, Dhritarastra, Sankha Cuda, Kambala, Aswatara dan Dewadatta berdiam. Kepala dalam kalangan mereka itu Wasugi. Semua mereka itu murka angkara, dan mereka mempunyai banyak tudung kepala lambang kemuliaan mereka. Setengahnya lima tudung kepala, setengah tujuh, setengah 10, setengah 100, setengah lagi 1000. Semua tudung kepala mereka itu dihiasi permata manikam, cahaya bersinar terpantul habis ke seluruh rupakara bila sorga" (SB 5.24.31).
Roh yang menjelma menjadi makhluk Asura atau Naga, separa bentuk seperti manusia dan separa lagi seperti ular, yang menikmati tahap kehidupan yang tinggi dari segi kebendaan di tahap bawah bumi. Yang dikaruniai dengan kesaktian ghaib, biasanya tak beragama dan selalunya menghalangi manusia dari tujuan-tujuannya. Kehidupan yang nampak seolah-olah menyenangkan itu biasanya akan terganggu jua dari masa ke semasa. Antaranya itu ada yang akan terbunuh dengan Sudarshana Cakra dan terjelma pula menjadi manusia.
Keselarian Sastera Buddha
Dalam sekurang-kurangnya satu sutra rumit, yang ditemui bersama penterjemah agung Perbincangan Panjang Tengahan, Bhikkhu Mahabodhi, dijelaskan bahawa pelajar Siddhartha Gautama, Makashapa ada menggambarkan mengenai orang bunian dan seluruh loka bawah air yang mewah....
"Di tengah lautan, ada rumah agam banyak yang berabad-abad lamanya, bersinar bak nilam, sinaran terang memancar dengan kilauan cerah jelas, dengan bidadari lautan menari berwarna-warni" (MN 50).
Kemampuan Mahakashapa dalam mengetahui perkara ini secara terus adalah disebabkan oleh peningkatan kemampuan deria jiwanya mengesan kehadiran benda-benda halus yang tak kedengaran atau kenampakan di deria manusia biasa-biasa yang terikat dengan persekitaran kebendaan. Siddhartha Gautama Buddha mengisytiharkan bahawa Mahakashapa antara pelajar yang paling dihormati dalam kalangan pelajar. Dalam sutra yang sama, beliau melaporkan kehidupan sebelum beliau, "Tubuh aku ini sama seperti tubuh manusia, tapi kepala aku pula berupa kepala ikan".
Semestinya, ada keselarian apabila dibaca lanjut perbincangan ini. Sang Buddha mengulangi pandangan semesta orang Hindu lama yang diwarisi dari Veda Suci. Baginda masih menerima Veda Suci tetapi setengah bahagian lagi terdapat penambahan pula disebabkan oleh pandangan alam penganut ajaran Buddha pun berkembang selari dengan sadhana yang dijalankan. Unsur-unsur seperti dewa, naga, asura, yaksha, garuda, preta dan lain-lain ada sahaja dalam pandangan alam ghaib penganut ajaran Buddha.
Pandangan orang Barat tentang bagaimana data-data anomali ini dikendalikan dalam ajaran Buddha adalah, sama juga dengan cara yang terdapat dalam agama orang Hindu umum dan juga dalam agama Kristian. Ia ditinggalkan begitu sahaja dan disebut sebagai dongengan. Yang menariknya mengenai perkara yang dikatakan sebagai "dongengan dan pura-pura percaya" yang terdapat dalam maklumat lama ini adalah, ia menjadi sumber mewah dan penting pula bagi pengkajian asal-usul sesuatu spesis makhluk dalam sejarah planet dan bumi. Budaya manusia yang dianggap sebagai dongengan itu menyimpan perkara yang sudah tak dapat dipahami lagi oleh manusia sampai ia sampai ke pemahaman manusia kembali bila masanya sampai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan