Murti sebenarnya menjadi perwakilan bagi dewata dalam rupa-rupa yang dijelmakan dari sifat-sifat seperti manusia (anthromorphism), binatang (zoomorphism) atau bahan bagi menggambarkan sifat dewata. Contoh bagi perupaan menerusi sifat manusia itu adalah Betara Siwa, Sri Rama dan Kali Dewi manakala perupaan bagi kedua-dua sifat manusia dan ciri binatang itu diwakili oleh Sang Ganesa.
Dari sudut pandangan keagamaan, semua aspek Tuhan itu adalah berbentuk rohaniah dan langsung tak ada kaitan dengan makhluk jasadi seperti manusia atau haiwan pun. Walaupun amalan keagamaan kehinduan biasanya memperguna perwakilan menerusi sifat yang dirupakan dengan murti, terdapat juga bentuk perwakilan bagi dewata yang menjadi wakil-Nya dengan lambang agama (aniconism). Lambang agama ini cuma lamban sahaja dan bukannya berupa seperti manusia. Orang alim, para resi, dewata (malaikat), dan lain-lain semua tidak diberikan rupa pun sebaliknya diwakilkan dengan lambang seperti saligrama atau siwalingam.
Setengah orang Hindu berasa bahawa mereka mudah menjalankan penumpuan semasa upacara keagamaan dengan lambang yang berupa sifat-sifat yang dirupakan maka dijalankan pemujaan dengan cara begitu. Begawan Kresna bersabda dalam Bhagavadgita, bab ke-12, ayat kelima...
"Sukarlah hendak menumpukan perhatian kepada Tuhan sebagai yang tiada terjelma rupa-Nya jika dibandingkan dengan rupa, disebabkan manusia itu perlu memerhati menerusi pancainderanya".
Penghasilan murti haruslah menurut kepada perincian dan saranan yang diberikan menerusi Silpa Sastram. Bentuk dan rupa pula diperbuat oleh karyawan bergelar Silpin. Karyawan tersebut nanti akan "masuk ke dalam tapa yoga dalam sebelum dijalankan kerja membentuk rupa tumpuan, kemudian barulah diperbuat rupa dewa. Bukannya diperbuat rupa atau dipahatkan sesuka hatinya tetapi mesti mengikut saranan yang diberikan menerusi sastera suci agama". Kadangkala diperguna panchalogha bagi membuat murti. Murti nanti akan dipasang oleh pedanda menerusi upacara Prana Pratishtha atau Menyerap Nyawa.
Amalan kebaktian bertumpu kepada meningkatkan ikatan cinta mendalam peribadi dengan Tuhan selalu juga memasukkan amalan upasana atau penghormatan menerusi murti. Tindakan kebaktian seperti membangunkan "murti" menjelang pagi, dan memastikannya dimandikan, dipersalinkan dan dimalaikan. Tambahan lagi, pembinaan pura atau kuil bagi merumahkan murti dianggaplah sebagai tindakan kebaktian tertinggi. Bagi setengah aliran penganut agama orang Hindu contohnya Satya Mahima Dharma dan Arya Samaj, mereka menolak semua perkara ini dan menyamakannya dengan pemujaan berhala.
Menurut kepada Satguru Sivaya Subramuniya Swami, "Keadaan ini serupa juga dengan kemampuan kita berhubung dengan yang lain menerusi telefon. Seseorang itu bukannya bercakap dengan telefon; sebaliknya telefon itu merupakan jalan perhubungan bagi berinteraksi dengan seorang lagi lawan cakap. Tanpa telefon, tak bolehlah hendak berbual secara terus dalam jarak yang jauh; dan tanpa murti yang disucikan dalam pura juga, seseorang itu takkan mudah-mudahnya berbicara dengan dewata".
Ahli antropologi, Christopher John Fuller membuat catitan bahawa rupa gambaran yang dipergunakan dalam agama orang Hindu tak boleh dipersamakan dengan dewa itu sendiri dan bahan pujaan itu menjadi suci hanya apabila "sakti" itu meresap ke dalam rupa, dan rupa itu bukannya bahan yang dipuja pun kerana ia cuma kelongsongnya sahaja. Orang Hindu percaya bahawa segalanya itu layak dipuja apabila ia menjadi kelongsong bagi tenaga kayangan yang terpencar dari Tuhan Yang Maha Esa.
Menurut Agama, Sathulamurthi atau Bimbamurthi yang bererti sembahan jasmani itu berbeda daripada Mantramurti atau sembahan kesaktian yang dipuja dalam pura-pura sastriyam. Mantramurthi dalam Bimbamurthi dipuja hanya menerusi upacara tertentu, mudra, stotram dan cadhawa (semahan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan