Selasa, 24 Disember 2013

Siwa Siddhanta: Itihasa

Om Swasti Astu!


Nama aliran ini boleh diterjemahkan sebagai "pandangan yang sudah kukuh bagi ajaran Saiwa" atau "ajaran Saiwa sempurna". Ada banyak sekali perbincangan mengenai ajaran Saiwa, jadi nampak pelik pula lah bahawa aliran yang ini dikenalpasti menerusi nama yang mempunyai dakwaan besar, namun tersebar meluasnya bukti epigrafi dan susastra menunjukkan bahawa aliran ini sebenarnya pernah menjadi aliran upacara dan keagamaan bagi pengikut Betara Siwa sejak lama dahulu serta merangkumi rantau yang luas sekali.

Karya awal bagi aliran ini sebenarnya tak memakai pun nama Saiwa Siddhanta, tetapi ada ditemui tercatat sekitar kurun ke-8 M pada prasasti bahasa Sanskerta dipahat di sekitar mandala utama dalam pura Sri Kailasanatha di Kancipuram.

Perkembangan

Mulanya Siddhanta

Tradisi Siddhanta, sama seperti Trika dan Kaula, berbeda dari pemujaan Wedika dan Purana Siwa dan juga berbeda daripada tradisi Pasupati yang memegang sastera bergelar Agama dan Tantra. Aliran ini menyatakan bahawa upacara boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja dalam kalangan caturwarna walaupun bebelian wanita masih terkebelakang peranannya.

Aliran ini juga menggambarkan jalan kejiwaan empat lapisan iaitu:
  • Charya, kehidupan kebajikan, susila dan kebenaran
  • Kriya, upacara
  • Yoga, amalan persendirian
  • Jnanawidya, pengetahuan
Siddhanta Prakashikā oleh Sarwātma Sambhu merujuk kepada sastra-sastra Siddhanta sebagai Mantramarga atau Jalan Mantra, yang kemudian diperpanjang lagi kajian dan ulasannya oleh sarjana seperti Flood dan Alexis Sanderson dalam rencana kajian mereka.  

Saiwa Siddhanta dalam rupa mulanya masihlah belum diketahui dengan pasti. Setengah sarjana berpegang bahawa ia terbit dari ajaran Wedanta, yang dipelopori oleh Thirumular. Nampak juga bagi setengah sarjana lain, bahawa aliran ini awalnya mungkin dibangunkan di India Utara, sebagai satu agama yang diasaskan sekitar upacara kenaikan yang memberikan peluang kebebasan moksa bagi yang dinaikkan ke dalam tradisinya. Upacara kenaikan itu kemungkinannya dipinjam dari tradisi Pāśupata Saiwa. Pada peringkat awal perkembangan aliran ketuhanan dalam aliran Saiwa ini, persoalan Wedanta atau Dwaita, yang kemudiannya menjadi bahan perdebatan bidang ketuhanan pula pada samaya kedepannya, masih belum lagi muncul sebagai isu yang penting. 

Gerakan Bakti Tamil

Dari kurun ke-5 sampai ke-6 M, ajaran Buddha dan ajaran Jina sebenarnya berkembang pantas di Tamil Nadu. Kemudian muncul pergerakan Bakti Saiwa yang agak kencang bersaingan dengan ajaran Buddha dan Jina. Antara kurun ke-7 sampai ke-9 M pula, orang alim yang berdharmayatra seperti Sambandar, Appar dan Suntharar memakai nyanyian-nyanyian kekawin Tamil yang menyatakan mengenai keagungan Betara Siwa bagi menolak konsep-konsep dari ajaran Buddha dan ajaran Jina. Manikka Wacagar melontarkan seloka-seloka yang mencairkan hati dalam kumpulan kekawin Thiruwacagam, penuh dengan pengalaman yang terilham, cinta suci, dan usaha tekun mencari kebenaran. 

Lagu bakti keempat-empat orang alim itu dikumpulkan orang dalam satu ikatan menjadi Thirumurai, bersama dengan Weda Suci, Agama Saiwa dan Sastera Meykanda, yang kini dianggap sebagai bentuk sastera suci dalam aliran Saiwa Siddhanta di Tamil Nadu.
Nampak pada mula Thirumurai dikarang, sebenarnya ia tak dianggap sebagai sastera utama dalam Saiwa Siddhanta pun. Seloka-seloka pun tak ada mengaitkan sastera itu dengan aliran tersebut. Pergerakan bakti, yang berselari dan juga dipengaruhi oleh gerakan bakti Waisnawa di utara, menekankan ciri kezuhudan postif dan bakti yang tiada dalam biarawan Buddha dan Jinagama, tetapi juga mewarisi beberapa ciri yang kurang ketat pada ikutan tafsiran keagamaan orang Brahmana, utamanya dalam pemberontakan melawan jati dan keistimewaan menurut jatiniyam.    

Jalinan

Dalam kurun ke-12 M, Aghora Siwa, kepala kepada cawangan matham parampara Sri Amardaka di Cidambaram, mengambil tugasan menggaul bahasa Sanskerta dengan bahasa Tamil yang terpakai dalam aliran Siddhanta. Beliau menolak sesangatnya penafsiran Siddhanta yang bersifat Wedanta. Lantas beliau membawa pemahaman pula bahawa Betara Siwa itu dikenalpasti menerusi Pancha Tattwa iaitu nada, bindu, sadasiwa, iswara, dan suddhawidya, ke dalam penggulungan pasa atau ikatan, seraya menyatakan bahawa kesemua itu adalah kesan dan penyebab dan terkait dengan ciri-ciri tak disedari, yang sedikit sebanyak lari daripada ajaran tradisional yang menyatakan bahawa Pancha Tattwa itu merupakan bahagian daripada sifat suci Tuhan.

Aghora Siwa berjaya mengekalkan amalan mantra Sanskerta dari tradisi agama. Sampai ke hari ini, falsafah yang dipegang beliau ini diikuti oleh hampir semua pedanda Siwacariya dan sastera dikumpulkan beliau itu menjadi manual pemujaan yang selaras bagi semua. Kriya Krama Dyotika beliau pula merupakan karya yang merangkumi segala upacara Saiwa Siddhanta termasuk puja harian Betara Siwa, upacara menurut penanggalan, upacara kenaikan, upacara kematian dan perayaan. 

Dalam gerakan Saiwa Siddhanta Tamil, sekitar kurun ke-13 M, Meykandar, Arul Nadi Siwacarya, dan Uma Pati Siwacariya kemudian menyebarkan lagi aliran Tamil Saiwa Siddhanta. Sloka 12 Meykandar berjudul Śiwajñāna Bodham dan karya terkemudian oleh pengarang lain, dari kurun ke-13 sampai ke-14 M, meletakkan dasar bagi Meykandar Sampradayam dalam Saiwa Siddhanta. Ia mengajarkan realisme pluralistik yang mana dalamnya itu Tuhan, Jiwa dan Loka wujud bersama dan tanpa permulaan. Betara Siwa itu merupakan Penyebab yang berkesan tapi bukannya mata benda. Mereka memandang bahawa jiwa itu bersatu dengan Betara Siwa bak air dengan garam, dan Kesatuan Yang Abadi tetapi juga ada Duaan, Tuhan dan yang tercetus (makhluk).

Wela Ini

Aliran ini diamalkan meluas oleh orang Hindu di India Selatan dan Sri Lanka. Diaspora Tamil turut membawa aliran ini ke mana sahaja mereka menjejakkan kaki di serata dunia.

Kemasyarakatan Siddhanta utama, pura dan matham-matham mereka ada di merata negara. Di AS, ada di pulau Kauai di Hawaii yang merupakan rantau didirikan Gereja Saiwa Siddhanta, iaitu pertubuhan yang menggalakkan kesatuan warga Hindu sedunia, penganut ajaran Saiwa dan lain-lain menerusi penerbitan Hinduism Today

Pertubuhan itu diasaskan oleh Satguru Siwaya Subramuniya Swami (1927-2001) yang kini berada dalam pemantauan pengganti beliau, Satguru Bodhinatha Weylan Swami (1942-kini). Parampara ini, dikesan berpunca dari Sri Lanka utara yang berpegang kepada pandangan falsafah bahawa alairan Saiwa Siddhanta asal itu dijelaskan menerusi Thirumular, dan merupakan aliran Wedanta, yang mengajarkan bahawa ia merupakan ajaran Adwaita Saiwa Siddhanta. Antara nyanyian terkenal dari orang alim Saiwa Sri Lanka terkenal, Siwa Yoga Swami, mengesahkan pandangan ini tentang sifat Tuhan, Jiwa dan Loka yang dipandang sebagai satu belaka.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan