Manussa lokam ini sebenarnya bahagian dalam alam Kamalokam juga. Aku asingkan sebab panjang sangat penerangannya. Tapi jangan pula pembaca memisahkan alam Kamalokam dengan alam Manussalokam sebagai alam yang kedudukannya berasingan malahan dimensinya bertautan walaupun makhluk-makhluk yang ada dalamnya itu bermacam-macam bangsa nya.
5. Manussalokam
Kelahiran dalam dunia ini merupakan vipaka kepada dana bakti dan susila yang tahapnya tengahan. Alam manusia ini merupakan alam yang kau boleh membuat pilihan pada susila kau dan nanti ia akan memberi petunjuk pula kepada masa depan engkau.
Khana Sutra menyebut bahawa alam ini merupakan alam yang mempunyai seimbangan istimewa antara suka dan duka. Ia membantu perkembangan kebajikan dan hikmah bagi membebaskan diri seseorang itu dari putaran samsara. Bagi sebab ini, penjelmaan semula roh dalam rupa manusia itu dianggap berharga menurut kepada Chiggala Sutra. Dalam Cula Karma Vibhanga Sutra atau Penelitian Pendek bagi Tindakan, baginda Buddha mengajari kita bahawa....
Membunuh jiwa lain membawa kepada usia pendek jika seseorang itu berjaya juga terlepas lahir kembali dalam lapangan dunia manusia kalau tak terbuang ke empat tahap terbawah kekurangan. Dengan meninggalkan membunuh atau menyakiti jiwa lain, seseorang itu akan terlahir lah dalam sorga loka. Kalau terlahir di manussa loka maka dia akan dikaruniai usia panjang lah pula.
Menyakiti makhluk-makhluk lain membawa lah pula kepada Tahap-Tahap Kekurangan. Mungkin dia akan kembali semula ke manussa loka tapi sebagai seorang yang sangat sakit. Mengelakkan menyakiti jiwa lain membawa kepada kehidupan masa depan yang lebih baik. Bagi manusia begini, maka kehidupannya di manussalokam masa depan nanti dia akan menikmati kesihatan baik.
Samalah juga bagi yang berikut.........
Manusia yang cantik atau tak menarik punya kelahiran semula di masa depan bergantunglah kepada sifat-sifat yang menyakitkan hati yang terdapat dalam dirinya pada kehidupan ini.
Manusia berpengaruh atau yang biasa punya kelahiran semula di masa depan bergantung kepada sama ada dia itu suka dengki kepada kenaikan atau kemuliaan yang diterima oleh yang lain pada kehidupan ini.
Rujukan bolehlah kau baca dalam Janussonin Sutra dalam Cula Karma Vibhanga Sutra.
Sadhu... Sadhu... Sadhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan