Kelahiran semula dalam lapangan alam ini semuanya adalah kesan daripada tindakan-tindakan tidak semenggah. Makhluk yang dilahirkan semula dalam keadaan ini tiadalah lagi deria untuk susila dan umumnya sudah tak mampu menjana karma baik lagi.
Namun, apabila vipaka karma tak semenggahnya yang dibawa ke lapangan ini bersama itu sudah haus maka, setengah karma lampaunya yang masih bersisa itu akan membantunya menjelma ke lapangan lain pula. Hanya yang berjaya masuk ke aliran (srotapanna) dan lain-lain arya sahaja yang pasti bahawa mereka tak akan terjelma lagi dalam lapangan-lapangan sengsara ini (Saleyyaka Sutra, Vipaka Sutra).
4. Asura
Asura ini merupakan jenis bangsa setan-setan atau jenis deva yang terjatuh kedudukannya. Makanya mereka seringlah terlibat dalam pertelingkahan sesama sendiri yang tak pernah habis-habis. Dari Cetera Phra Jataka, kita mendapat sedikit gambaranlah bahawa para Asura selalu berperang bagi mendapatkan semula kerajaan mereka yang sudah dirampas atas Gunung Sumeru (Olympia), namun tak mampu memecah masuk kerana dihalangi oleh Maharaja Empat Mata Angin.
Asura terbahagi pula kepada banyak golongan dan tak ada penguasa raya pun, tetapi dalam kalangan kepala puak mereka ada Vemacitrin atau Vepacitti dan Rāhu.
Menurut Mara Singhe:
"Dalam sastera terkemudian, ada penerangan bahawa alam Asura ini merupakan salah satu daripada empat tahap kelahiran semula yang menyedihkan. Namun dalil Nigaya tidaklah menunjukkan bahawa alam Asura ini dianggap sebagai satu tahap penderitaan jiwa".(Rattana Sutra)
3. Prethalokam
Alam ini adalah alam hantu dan bayang-bayang yang tak puas hati merayau-rayau untuk memenuhi kehendak-kehendak deria tetapi tetap gagal memenuhi kehendak derianya.
(Tirokudda Kanda, Khuddaka Patha)
2. Tiracchana Yoni
Alam binatang termasuklah pelbagai jenis binatang seperti serangga, semut, binatang daratan, ikan-ikan, sotong, ulat, cacing, burung dan sebagainya....
1. Niraya
Keadaan ini merupakan alam penderitaan jiwa yang paling menyeksakan sekali seperti tersebut dalam Balapandita Sutra dan Devaduta Sutra. Alam-alam ini adalah alam neraka.
Sadhu.... Sadhu... Sadhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan