Sabtu, 28 Disember 2013

Prapañcavijñāna Theravada: Satah Kewujudan


Satah Bṛhatphalam

Dua alam ini merupakan kesan pencapaian empat jhana. Makhluk yang sentiasa berada dalam keadaan tenang akan mencapai Jhana Tahap keempat yang dicirikan dengan upekṣā atau ketenangan.

22. Asañña Satva

Alam makhluk tak berakal yang hanya mempunyai tubuh badan sahaja. Ia tak ada kesedaran. Kelahiran dalam satah ini adalah hasil dari amalan tapa yang menekan kesedaran. Sesiapa yang mengamalkan amalan ini mendapat kelepasanlah dari samsara menerusi cara pencapaian ketidaksedaran diri. Namun, apabila ajal dalam jangka hayat ini tiba, makhluk akan mati dan roh akan terjelma dalam satah lain pula dengan kesedarannya nanti akan kembali semula. 

21. Veghapphalam Deva

Deva-deva yang sangat berhasil tinggal di alam ini. Baginda Buddha dalam Jhana Sutra dalam Anguttara Nigaya bersabda bahawasanya: "Deva-deva Veghapphalam, bhikkhu-bhikkhu, mempunyai jangka hayat 500 kalpa. Roh orang yang biasa-biasa yang berdiam di alam itu, sebaik sahaja habis jangka hayat deva-deva dipergunakannya, akan turun ke neraka, masuk dalam rahim binatang, sampai ke tahap menjadi bayang-bayang lapar".

Satah Śubhakṛtsna

Satah ini merupakan tiga alam yang terhasil daripada pencapaian jhana ketiga. Keadaan akal deva-deva dalam dunia-dunia ini berselari dengan jhana ketiga, dan dicirikan oleh sukha. Deva-deva ini semua mempunyai jasad yang terpancar sinaran cahaya mantap.

20. Subhakinna Deva

Yang berada di sini adalah deva-deva sinaran mulia. Sabda baginda Buddha ertinya, "Subhakinna deva, para bhikkhu, mempunyai jangka hayat empat kalpa. Orang biasa yang terjelma dan berdiam dalamnya pula, sehabisnya ajalnya itu sebagai deva-deva ini, akan turun ke neraka, masuk dalam rahim binatang, ke keadaan bayang-bayang lapar". 

19. Appamana Subha Deva

Dunia deva-deva yang kecantikan tiada terperi.

18. Paritta Subha Deva

Dunia deva-deva yang terbatas kecantikannya.

Satah Ābhāsvara

Ketiga-tiga dunia ini merupakan vipaka bagi pencapaian jhana kedua. Tahap akal bagi deva dalam dunia-dunia di satah Abhasvara berselarilah dengan jhana kedua, ia dicirikan oleh prīti dan juga sukha.

17. Abhassara Deva

Deva-deva dalam dunia ini bersinar tubuhnya dengan sinaran tiada putus, jangka hayatnya dua kalpa. Selepas ajal sampai, ia akan terjelma lah di alam bawahnya. 

16. Appamanabha Deva

Deva-deva dalam dunia ini tiada terbatas sinaran cahayanya itu, kerana mereka itu bertapa dengan konsep cahaya. Jangka hayat mereka empat mahākalpa.

15. Parittabha Deva

Deva-deva dlaam dunia ini mempunyai cahaya terbatas. Jangka hayatnya itu dalam lingkungan dua mahākalpa.

Satah Brahmā

Brahma ini bukan Tuhan atau Sang Hiyam Tunggal! Jadi, jangan nak memandai membuat teori pelik-pelik tentang Dharma terutama bagi yang keturunan Hindu tapi beragama lain. Tahap akal pemikiran deva-deva dalam Bramhaloka ini berselari dengan kesedaran jhana pertama. Sama seperti makhluk lain, para Brahma pun terikat dengan ikatan kelahiran semula, walaupun kadangkala mereka terlupa juga mengenai keadaan ini dan menganggap diri mereka sebagai abadi.

Baginda Buddha bersabda, "Deva-deva dari pengikut, mantrin, dan penasehat Brahma, para bhikkhu, jangka hayat mereka itu dalam lingkungan sekalpa. Orang biasa yang terjelma dalam bentuk rohani di alam ini, dan habis tempohnya sebagai dewa nanti, akan turun ke neraka, masuk dalam rahim binatang, ke tahap bayang-bayang lapar".

Satu cara untuk menjelma semula dalam Brahmaloka ini adalah dengan kau menguasai pertapaan jhana tahap pertama. Yang lain itu menerusi tapa maitriya cinta kaseh, belas kasehan, kesukaan yang tidak mementingkan diri, dan ketenangan. Menurut kepada Subha Sutra, Brahmana Subha memintalah baginda Buddha mengajarinya bagaimana cara untuk menjelma dalam Brahmaloka. Dan baginda Buddha bersabda:  
"Makanya orang muda, dengar baik-baik aku mau tuturkan perkara ini". Orang muda Brahmana itu setuju lantas baginda Buddha bersabda, "Bhikkhu menyebarlah satu arah dengan pikiran maitriya, dan begitu jua keduanya, ketiganya, keempatnya, atas, bawah, seberang, dalam setiap keadaan, dalam setiap cara, seluruh loka, dia menyebar dengan pemikiran cinta kaseh berkembang membesar tak terkira tanpa amarah dan niat buruk. Orang muda, apabila pembebasan akal itu terjadi dalam cinta kaseh, dikembangkan, tiadalah lagi tindakan terukur itu ditinggalkan. 

Seperti seorang jurugendang pandai dalam masa sekejap sahaja menyebarkan pesanannya itu ke empat mata angin. Dengan cara yang sama jua, apabila pembebasan akal pikiran terjadi dalam cinta kasih, diperkembang, sampai tiada lagi tindakan terukur itu tinggal. Ini lah caranya untuk menjelma dengan Brahma. 

Sekali lagi bhikkhu itu menyebar dalam satu arah dengan hanya memikirkan cinta kasih... re... dengan kesukaan tiada pentingkan diri.... re.... dengan ketenangan, begitu juga yang kedua, ketiga, keempat, atas, bawah, seberang, dalam segenap cara, dalam semua keadaan, di seluruh loka, dia menyebar dengan ketenangan berkembang membesar tak terukur lagi tanpa amarah dan niat jahat.

Orang muda, apabila kebebasan pikiran itu dalam ketenangan, diperkembang, langsung tiada lagi tindakan terukur itu tinggal. Sebagai jurugendang yang pandai sekejap sahaja sudah menyebarkan pesanannya ke empat mata angin. Dengan cara yang sama jualah, apabila melepaskan pikiran dalam ketenangan, diperkembang, sampai langsung tiada tindakan terukur lagi tinggal. Maka ini lah caranya kau terjelma bersama dengan Brahma".
14. Mahā Brahmā

Yang terkenal mendiami alam ini adalah baginda Maha Brahma, dewata yang khayal dan menyebabkan baginda menganggap diri baginda itu sebagai Maha Berkuasa, Pencipta Maha Melihat di Alam Semesta. Menurut Bramhajāla Sutra, satu Mahā Bramhā itu merupakan satu makhluk dari dunia-dunia Abhāsvara yang terjatuh ke dunia yang lebih bawah kerana pahalanya sudah haus dan ia akan menjelma sendirian dalam Bramhaloka; dia akan terlupa kelahiran sebelumnya, dia akan membayangkan bahawa dirinya itu wujud tanpa sebarang penyebab. Sutra berkaitan mengenainya, Kevaddha Sutra.

13. Bramha Purohita Deva

Menteri-menteri Bramha merupakan makhluk yang asalnya dari dunia Abhasvara, terjelma sebagai peneman bagi Maha Brahma selepas ia berada di Bramhaloka sendirian beberapa lamanya. Disebabkan mereka ini terjelma selepas diseru pikiran Maha Bramha yang mahukan peneman-peneman, jadi dia percaya dirinya itu sebagai pencetus deva-deva ini semua, sama juga seperti deva-deva itu percaya bahawa dia itu pencipta dan tuan mereka.

12. Bramha Parisajja Deva

Deva-deva yang berada di balai penghadapan Bramha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan