Dalam masyarakat India Utara kini, Karwa Chauth ini dianggap sebagai perayaan yang romantis, menggambarkan cinta antara pasangan suami isteri. Ia diraikan dalam wayang-wayang Bollywood contohnya seperti wayang berjudul Dilwale Dulhania Le Jayenge, yang memaparkan wanita bujang memberi isyarat cintanya kepada seorang lelaki dengan berpuasa untuknya dan lelaki tersebut pun membalasnya juga dengan berpuasa untuk wanita tersebut sebagai tanda ambil berat terhadapnya di siang hari. Lelaki itu membantu wanita yang mencintainya itu berbuka puasa dengan menyuapkan makanan kepadanya ketika timbul rembulan. Dalam wayang berjudul Baghban, seorang lelaki memaksa isterinya yang sudah tua supaya berbuka puasa selepas bercakap di talian telefon kerana mereka dipisahkan disebabkan oleh anak-anak yang tidak setia.
Liputan berita selebriti kadangkala menggariskan puasa yang dijalankan oleh tokoh terkenal kerana ia menandakan ikatan romantis yang kekal dan kuat dalam kalangan masyarakat. Seperti Hari Valentin di Barat, rasa kurang romantis sangat-sangat dirasai oleh wanita yang tak berkahwin. Perayaan ini diperguna juga buat tema dalam kempen-kempen pengiklanan di rantau di India. Sebagai contoh, Chevrolet TV spot memaparkan iklan seorang lelaki yang mengambil berat akan isterinya dengan membeli kereta sebiji dengan bumbung matahari yang boleh diperguna buat membawa isteri berjalan-jalan pada malam Karwa Chauth supaya si isteri dapat melihat bulan purnama pada malam itu menerusi bumbung kereta itu.
Kerana perayaan ini dirayakan oleh wanita semuanya, maka lelaki pula tidak dilibatkan dalam amalan puasa sampai nampak bulan purnama, walaupun mereka kena menunjukkan perhatian dan kasih sayang bagi isteri yang berpuasa, dan kerana upacara kecantikan dan berdandan pakaian indah sangatlah dituntut pada hari itu, maka perayaan ini dilihat sebagai perayaan yang mengumpulkan seluruh wanita untuk duduk bersama-sama.
Hari ini, kumpulan wanita bujang pun akan berpuasa juga demi persahabatan mereka, walaupun amalan ini tidak sejagat. Keadaan ini biasa juga terjadi di bandar-bandar di India Utara dan ditafsirkan sebagai perbuatan kebajikan yang akan dibawa ke masa depan untuk bakal suami mereka. Trend lain yang merebak di perbandaran India Utaa adalah pengamalan perayaan ini turut berjangkit kepada wanita dalam kalangan masyarakat rantau lain yang asalnya tak merayakan pun perayaan ini seperti di Bengal dan negeri Maharashtra. Sekurang-kurangnya mereka mengetahui mengenai perayaan ini kalau tak mengamalkan puasa pun.
Perayaan ini dihentam teruk sebagai perayaan yang bersifat diskriminasi jantina kerana tiada pula suruhan buat kaum lelaki suruh mereka puasa. Terdapat juga seruan supaya perayaan ini diubahsuai mengikut keadaan semasa atau dihapuskan saja terus oleh pengulas-pengulas yang berpandangan bahawa perayaan ini mempunyai siratan "anti-wanita" dan juga pihak-pihak yang menyatakan bahawa wanita boleh berdiri sendiri tanpa lelaki pun.
Perayaan Karwa Chauth ini dipetiklah sebagai satu lambang wanita ditekan oleh kebudayaan agama Hindu oleh kelompok feminish India, contohnya seperti Madhu Kishwar yang meletakkan perayaan ini setaraf dengan "Khomeinivad" iaitu perbuatan menekan wanita supaya bersevaka kepada sang suami itu dianggap sebagai satu keadaan yang sama dengan pemahaman Ayatollah Khomeini dari Republik Islam Iran. Ada khabar angin menyatakan bahawa Ayatollah Khomeini walaupun seorang Muslim mazhab Syiah, tetapi berketurunan bangsa Brahmana dari Kashmir juga sebelah ibu nya (Iran Chamber, 2013).
Kelompok feminis lain pula menyifatkan perayaan ini sebagai perayaan yang memperkuat wanita kerana ia membolehkan kaum wanita berehat dai membuat sebarang kerja rumah semasa siang hari dan menerima hadiah dari suami mereka. Setengah penulis menekankan bahawa "upacara kerja dalaman" ini mencetuskan "alat bagi mengawal masyarakat" yang menekan wanita dan walaupun perayaan ini terkenal dalam kalangan orang bandar di India Utara, namun peserta-peserta yang berpendidikan ada menimbulkan persoalan tentang sempadan besar antara kebebasan wanita itu dalam keagamaan atau dalam pasaran?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan