Kaum wanita akan bersedia untuk perayaan
ini beberapa hari sebelumnya. Mereka akan membeli shringar (kosmetik),
barangan kemas tradisional, bahan-bahan pemujaan seperti karwa (lampu), matthi, inai dan thali puja berhiasan iaitu sejenis piring.
Pasar-pasar
tempatan mengambil peluang berniaga dan pekedai runcit akan meletakkan
bahan-bahan jualan bagi kegunaan perayaan ini serta yang berkaitan di
tempat pameran. Hari berpuasa itu, wanita dari negeri Punjab akan bangun
makan dan minum dulu sebelum naik mentari, seperti orang Islam sahur
itu. Di negeri Uttar Pradesh, wanita akan makan sut feni (सूत् फेनि)
dengan susu tambah gula sebelum bermula hari perayaan. Dikatakan bahawa
ia membantu mereka bertahan tanpa air keesokan harinya. Kalau di negeri
Punjab, sargi (सर्गी) merupakan bahagian terpenting dalam sahur mereka dan selalunya mempunyai juga fenia.
Turun temurun sargi akan dihantar atau diberikan oleh ibu mentua
wanita-wanita terbabit. Jika ibu mentua itu tinggal dengan keluarga
wanita itu, dia akan menyediakan segala makanan sahur mereka.
Puasa
bermula dengan subuh. Wanita puasa tak akan makan di siang hari dan tak
akan minum setitis air pun. Dalam amalan puasa, wanita tak boleh buat
sebarang kerja rumah. Mereka akan memakai inai dan kosmetik serta
membantu yang lain berbuat perkara yang sama. Hari itu mereka cuma pergi
bertemu rakan-rakan wanita mereka dan sanak-saudara sahaja. Di setengah
negeri, menjadi adat pula untuk bertukar-tukar kendi tanah liat yang
diletakkan dalamnya dengan reben, gelang kaki, gula-gula buatan sendiri,
alatan kecantikan dan kain kecil seperti rumal (sapu tangan).
Kerana
Karwa Chauth ini merupakan perayaan selepas musim menuai tanaman Kharif
di pedalaman, maka ia menjadi masa terbaik bagi perayaan kemasyarakatan
dan bertukar-tukar hadiah. Ibu bapa akan menghantar hadiah kepada
anak-anak perempuan mereka yang sudah berkeluarga serta kepada cucu
mereka. Petangnya, diadakan majlis yang hanya dihadiri wanita sahaja.
Peserta akan berpakaian indah dan memakai barang kemas serta inai. Kalau
di setengah rantau pula, mereka akan pakai seperti seorang pengantin
lengkap dengan semua bahan-bahan yang pengantin pakai.
Pakaian mereka sama ada sari atau salwar
biasanya berwarna merah, keemasan atau jingga yang dianggap sebagai
warna bertuah bagi orang India Utara. Di Uttar Pradesh, wanita akan
memakai kain sari atau lehanga.
Wanita berpuasa akan duduk dalam bulatan dengan thali puja mereka.
Bergantung kepada masyarakat dan rantau, versi cetera berkenaan perayaan
ini dibaca pun berlainan dan ada sela-sela. Biasanya pencerita itu
seorang wanita tua, seorang bebelian atau seorang pedanda itu pun kalau
ada lah. Dalam sela masa, nyanyian puja Karwa Chauth akan dinyanyikan
beramai-ramai sambil thali mereka diagih-agihkan dalam bulatan mereka.
Punjab
Yang
terawal dari enam pusingan itu menggambarkan kegiatan yang haram semasa
puasa dan yang ketujuh pula menggambarkan terbatal semua yang
diharamkan selepas puasa tamat. Kegiatan yang haram itu adalah
seperti....
- कुम्भ चरख्र फेरि ना Menenun kain.
- रुथद मनियेन् ना Merayu atau mencuba menggembirakan orang lain.
- सुथ्ड जगायेन् ना Menggerakkan orang lain dari tidur.
... वीरो कुडिये कर्वर । सर्व सुहगन् कर्वर । आये कत्ति नय तेरि ना l कुम्भ चरख्र फेरि ना l आर् पैर् पयीन् ना l रुथद मनियेन् ना । सुथ्ड जगायेन् ना । वे वीरो कुडिये कर्वर । वे सर्व सुहगन् कर्वर...Bagi bacaan pusingan ketujuh.... dinyanyikanlah....
... वीरो कुडिये कर्वर । सर्व सुहगन् कर्वर । आये कत्ति नय तेरि नी l कुम्भ चरख्र फेरि भी l आर् पैर् पयीन् भी l रुथद मनियेन् भी । सुथ्ड जगायेन् भी । वे वीरो कुडिये कर्वर । वे सर्व सुहगन् कर्वर...
Uttar Pradesh dan Rajasthan
Di negeri Uttar Pradesh dan negeri Rajasthan, peserta akan bertukar-tukar karwa mereka tujuh kali dalam kalangan diri mereka sendiri.
Di Rajasthan, sebelum menyemahkan air tujuh kali itu, wanita berpuasa akan bertanya, "धीप कि नि धीप??" ertinya "dah puas kah belum minumnya itu?", nanti dijawab, "जल से धीप, सुहाग से न धीप" ertinya, "air puas dah minum, tapi kasih sayang suami saya tak puas lah lagi". Cetera pun akan diceritakan oleh wanita tua dalam keluarga mereka termasuklah mengenai Betara Siwa, Parwati Dewi dan Sang Ganesa. Wanita berpuasa akan menyalakan karwa mereka dalam thali mereka semasa mendengar cetera peristiwa perayaan. Sindur, colok dan nasi pun diletak bersama dalam thali masing-masing.
Di Uttar Pradesh, semayang Gaur Mata akan dijalankan untuk bumi. Peserta yang puasa akan mengambil sedikit tanah, merenjisnya dengan air, dan meletakkan kumkum atasnya, nanti ia akan diperbuat seolah-olahnya satu murti dari ibunda bumi. Pada suatu ketika dahulu, murti Gaur Mata diperbuat menggunakan tinja lembu dan tanah, tapi kini ia sudah digantikan dengan murti dewi Parwati saja. Pedanda atau wanita tertua dalam keluarga mereka nanti akan membuka cetera Bijabeti atau Wirawati. Mereka akan membuat murti Gauri, Sang Ganesa dan Sankara dengan lumpur dan menghiasinya dengan kain warna cerah serta barang kemas. Sementara bertukar-tukar karwa, mereka menyanyikan....
... सदा सुहागन् कर्वे लो पति कि प्यारि कर्वे लो सात भैयों के बेहेन कर्वे लो वर्त कमि कर्वे लो सास कि प्यारि कर्वे लो ...
Selepas itu, wanita berpuasa sekelian akan menyemahkan bayna (bahan-bahan seperti halwa, puri, namkin mathri, mithi mathri dll.) kepada mansana (murti dewi) dan menyerahkannya pula kepada ibu mertua atau kakak ipar.
Upacara fera pun ditutup, dan wanita akan menunggu sampai naik bulan. Apabila bulan kelihatan, bergantung kepada masyarakat dan juga rantau itu, maka wanita mengikut adat, bersama dengan suaminya di sisinya, akan melihat pantulan dalam bejana berisi air, menerusi tampi tepung, atau menerusi kain dupatta mereka. Air akan disemahkan (arka) kepada sang Soma atau sang Chandra bagi memastikan karunia selamat. Kemudian, si isteri akan melihat muka suaminya tapi tak langsung lah kena melihat menerusi bahan-bahan seperti pantulan air, tampi tepung atau dupatta. Isteri akan membaca puja bagi suaminya semoga usia panjang. Dipercayai pada tahap ini, wanita menjadi lebih kuat jiwanya, dan akan berjaya melawan dan berdepan dengan Yama Deva.
Di negeri Rajasthan, wanita akan berkata, "Seperti rantai leher emas dan rantai tangan mutiaa, seperti bulan jua semoga suami aku bersinar selalu". Si suami akan ambil air dari thali dan memberikannya kepada isteinya sekali cicipan dan memberinya makan dengan suapan pertama. Selalunya makanan itu adalah makanan manis. Puasa pun tutup sudah dan wanita boleh makan makanan lengkap seperti biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan