Banyak rumah-rumah lama keluarga orang Malayalam di Kerala mempunyai sanggar khas untuk ular digelar sebagai Kavu. Upacara Nagam Thullal atau Sarpam Thullal ini biasanya dijalankan di laman rumah yang mempunyai kavu tersebut.
Pengenalan
Upacara semahan dijalankan bagi berkongsi kesukaan sebab kemewahan dan kesukaan keluarga tersebut. Tarian akan dijalankan oleh ahli masyarakat bergelar Pulluvar. Pada tahap pertama, Pulluvan akan melukis kolam atau padang dengan dua atau lebih ular di laman tersebut. Kemudian lampu minyak diisi penuh (nirapara) dan diletakkan pada padi dan beras setiap satu nya. Bahan-bahan itu ditempatkan depan sanggar Dewi Mulludhara dan sanggar Kavu.
Tahap keduanya, murti ular akan dibawa keluar dari Kavu dan diarak dengan perarakan bergelar Thalapoli diiringi dengan bunyian panchavadyam. Sebilangan anak gadis akan duduk rambut dikembangkan mewakili kembang kepala ular senduk serta tokoh-tokoh dalam cetera naga kanyaka. Murti akan diletakkan dalam kalam, dan pujari akan menjalankan upacara semahan sementara anak gadis akan dibariskan pada satu bahagian dalam kolam. Pujari nanti akan menari sekeliling kolam tersebut mengikut rentam hentaman para (gendang) dan elathalam (simbal loceng).
Sementara itu Pulluvan dan Pulluvathi akan menyanyikan lagu puja mengikut bunyian Nanduni (sitar purwa) dan Pulluvankudam. Apabila bunyi lagu itu sampai ke kemuncak, anak-anak gadis akan menari, menghayunkan tubuh perlahan-lahan pada mulanya. Kemudian mereka akan kesurupan menurut kepada bunyi lagu tersebut.
Upacara ini mencetuskan dimensi ketiga dalam kepala otak kita. Ia membawa kita ke tahap berbeda, melampaui yang boleh dilihat dengan mata biasa atau didengar telinga biasa. Cara terbaik untuk sampai ke tahap tersebut adalah dengan yang mempersembah tarian itu menjadi "tarian" itu sendiri. Pemain bunyian pula menjadi bunyian itu sendiri. Persembahan dan yang mempersembahkan menjadi satu. Bagi kebanyakan orang, ia cuma satu amalan atau upacara saja. Pemujaan ular ini ada saja dalam kebanyakan agama.
Pemujaan Ular dan Pura Dewi Mulludhara
Ular Kavu dalam Pura Dewi Mulludhara di Kerala dipuja kerana perkaitannya dengan alam sekeliling pura tersebut. Nenek moyang yang membangunkan pura tersebut membangunkan kawasan itu menjadi kawasan pemujaan tanpa merosakkan alam sekeling dan semua yang berada di sekitar itu menjadi keluarga pura. Kulam Kavu merupakan salah satu contoh yang mesra alam. Kavu menyokong tumbuhan dan pokok yang membebaskan oksigen di siang hari, manakala Kulam, menyokong tubuh air yang memurnikan tempat sekeliling.
Tujuan Pemujaan
Pemujaan dijalankan bagi menyenangkan penunggu ular yang mewakili Pertiwi. Ia umumnya dijalankan bagi membawa keturunan yang selari dengan jelmaan hidup itu sendiri. Peserta dan penganjur upacara itu terdiri daripada pelbagai jatiniyam dan latarbelakang. Ia merayakan kehidupan yang seiringan sesama sendiri dan membawa bersama idea kewujudan sesama jatiniyam yang menyumbang kepada upacara tersebut.
Upacara ini mempunyai sejarah yang lama. Ia sudah berjalan di India sejak dari samaya purwa lagi setua ibu pertiwi. Upacara ini berubah-ubah tatacaranya menurut tahun tapi dasarnya itu masih sama. Masyarakat pelbagai jati merayakan semangat bebas kehidupan yang diwakili oleh pokok-pokok seperti pokok Mulludhara dan pokok Kavu.
Penganjur upacara biasanya menjalani vratam dan upacara Sarpam Thullal ini dijalankan untuk memenuhi pencapaian vratam mereka. Dalam kebanyakan masa pun, upacara ini dijalankan oleh pasangan berkahwin yang tak ada keturunan. Mereka sangatlah percaya bahawa penunggu ular boleh membantu dalam usaha mereka mendapatkan bayi. Upacara ini dari dulu sampai sekarang pun dianjurkan oleh kelompok Nair Tharavad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan