Selasa, 21 Januari 2014

Nagam Thullal: Upacara

Bahagian 1

 

Bahagian 2


Bahagian 3


Upacara

Ahli nujum keluarga akan menjalankan upacara permulaan dan mencari tempat bagi upacara. Di setengah tempat, upacara ini merupakan amalan tahunan atau biasa saja dalam kalangan masyarakat. Contohnya diadakan upacara ini setiap enam tahun atau sekali setahun.  Pulluvan dan Pulluvathi dipanggil bagi menjalankan upacara kerana kemahiran mereka. Gadis-gadis yang dipilih untuk menjadi wahana jelmaan penunggu ular itu dipilih oleh keluarga penganjur. Biasanya dua orang gadis diletakkan dalam kolam tapi di setengah tempat ada juga enam orang gadis didudukkan dalam kolam.

Dulu-dulu, wanita bebas sahaja menyertai upacara ini. Wanita tak mengira usia boleh dipilih mewakili penunggu-penunggu ular. Tapi, disebabkan masyarakat sudah berubah dan timbulnya persepsi lain, dalam kebanyakan kawasan di Kerala pun, wanita sekitar usia 10-60 tahun tak dibenarkan menjadi wahana penunggu ular lagi. 

Biasa juga orang-orang tua atau Karnavar dalam keluarga dipilih menjadi wakil atau pendokong jelmaan Sang Naga Rajavu. Amalan ini biasa dijalankan di selatan Kerala. Seluruh keluarga mesti melalui vratam yang ketat, tak dibenarkan masak masakan berdaging. Pada masa lampau, kanyaka atau gadis jelmaan selalunya duduk atas pandal yang berbeda. Tapi sekarang ini mustahil untuk berbuat demikian. 

Pulluvan dan kakitangannya akan membuat hiasan-hiasan anyaman dan ketupat semua. Bahan-bahan itu digelar sebagai Nagakalam. Nagakalam ini ada banyak jenis seperti Bhasma Kalam (diperbuat dari debu) dan Varna Podi Kalam. Ukuran kalam akan membesar sampai kepada upacara penutup disebut sebagai Asta Naga Kalam. Kanya akan memakai mundu dan baju tradisional mereka. Boleh jadi juga membalut diri dengan veshti atau thorthu mundu atas baju kembang mereka. Ada tempat pula, kanya mereka memakai pavada dan baju kembang.

Suatu ketika dulu, peserta dilarang menutup tubuh atas mereka. Mundu yang dipakai dengan gaya Tattu Dukkal atau Tharudukkal saja dipakai.Naga Rajava umumnya memakai mundu. Apabila Pulluvan dan kakitangannya selesai dengan hiasan dan segala mak nenek persediaan maka kanya dipanggil masuk. Mereka duduk dalam kalam atau sebelahnya. Setengah tempat pula ada lebih daripada dua kanya, berdiri sebelah kalam itu.

Naga Rajavu umumnya duduk dalam kolam. Kanya akan diberikan Pokula atau bunga pinang. Pulluvan memulakan nyanyian dan memainkan vinai. Pulluvathi akan menyanyi bersama dan memainkan kudam. Bacaan mulaan termasuklah pujian kepada Sri Ganapathi, diikuti pujian kepada devata lain. Kemudian hentaman thalam pun berubah diikuti dengan lagu.

Bahagian seterusnya ditujukan buat penunggu ular dan kanya-kanya dalam kolam. Seluruh suasana menjadi bergetar dan bergolak dengan bunyian, warna dan bau-bauan. Kanya-kanya akan berasa diri mereka mengeliat macam ular dan melingkar atas tanah. Setengahnya pula merasa tubuh bergetar dan tubuh mereka itu cuba menuju ke punca getaran itu. Kepercayaan umum menyatakan bahawa Naga Yakshi menyerap masuk dalam tubuh mereka. Orang sekeliling makanya tahu lah bahawa Naga Rajavu dan Naga Yakshi sedang menyerap masuk dalam tubuh kanya-kanya itu. Tubuh mereka pun melambai-lambai ganas mengikut hentaman bunyian dan getaran vinai. Pergerakannya lebih kurang macam ular. Ada kanya yang memanjat cabangan pokok atau terjun masuk dalam kolam.   

Tubuh mereka menjadi lembap dan untuk menjadikan tubuh mereka biasa semula, maka air nyiur tua dituang atas kepada dan tubuh mereka. Kunyit, air, air mawar dan lain-lain bahan dituang juga. Kanya bergerak masuk dalam kalam dan menyeret kalam menggunakan pokula dalam tangan dan atas rambut mereka. Di setengah tempat, Naga Rajavu atau Karnaver atau tukang tilik akan masuk dalam kesurupan semasa penutupan dan menyertai kanya-kanya itu. Kanya-kanya akan berhenti bila mereka penat dan habis tenaga. Mereka akan terbaring atas lantai.

Pujari utama atau kepala bapak upacara memercikkan air atas muka mereka dan mereka pun akan perlahan-lahan sedar. Upacara ini memakan kos yang tinggi dan mahal. Jadi, tak ramai keluarga menjalankannya lagi. Sekarang pun susah hendak mencari "kanya" atau gadis wahana penunggu ular. Sekarang ada juga perniagaan yang memang ditujukan untuk upacara ini. Penganjur cuma bayar wang saja dan upacara akan dijalankan termasuk dengan kanya yang sedia ada. Adat sama dijalankan juga oleh puak Bunt dari negeri Tulu, disebut sebagai upacara Nagara Dhane dan Dakke Bali.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan