शुक्लाम्बरधरम विष्नुं षषि वर्नं चतुर्भुजं। प्रसन्न वदनम् धायेत सर्वविघनोपशान्तये॥
आपदाम् अपहर्तारम् दातारम् सर्वसंपदामः। लोकभिरामम् श्री रामम् भूयो २ नमाम्यह्मः॥
Yang Maha Esa itu diselubungi dengan selubungan putih, Yang Maha Menembusi, Yang Maha Cerah bak Bulan Mengambang, Yang "Bertangan" Empat, Yang Maha Tersenyum menyenangkan, semoga ditapakanlah kepada-Nya agar terhindar segala halangan.
Sembah lagi dan lagi ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Rama yang membuang segala halangan, mengaruniai segala kemewahan dan kebahagian kepada semua.
Kita tidak pastilah mampu atau tidak dijalankan perkara ini secara persendirian. Namun, kita cubalah perbuat juga setakat mana mampu buat rujukan belaka. Srimad Valmiki Ramayana ini merupakan sastera kekawin dari benua India yang menceterakan perjalanan Kebenaran bagi mengalahkan maksiat. Baginda Sri Rama, sang adiwira dan ayana, perjalanannya. Di India dan sekitarnya, dipercayailah bahawa baginda Sri Rama ini hidup sekitar Treta Yugam. Bejuta tahunnya SM. Yang pentingnya itu adalah pesanan dari Ramayana dan bukannya bila ia diceterakan.
Ramayana merupakan bentuk smrti yang diterjemahkan sebagai "hafalan" dari ingatan. Disebabkan terlampau lamanya jangka masa maka biasalah terjadi beberapa sloka itu ada tersela. Kadang-kala, sloka-slokanya pun boleh bercerancangan pula. Namun sejarawan, sasterawan dan pakar tatabahasa cubalah berusaha bagi mempiawaikan semula sastera terbitan itu, menerusi pengesanan semula pelbagai manuskrip yang didapati di seluruh India. Kemudian mereka cuba mempiawaikan sastera asal yang ada dan mengelakkan sastera tersebut berlawanan.
Contoh usaha ini adalah edisi berulasan bagi Valmiki Ramayana. Kita cuma membawa kembali Ramayana ke samaya moden bagi tujuan pengajian Dharma menerusi perkara yang Maharesi Valmiki sahaja. Ramayana ini mengandungi sloka dan merupakan kekawin jenis anustup (rumit). Sloka semua dikumpulkan menjadi sargah (bab) yang mengandungi peristiwa penting atau perkara penting yang ingin disampaikan pembacanya. Kemudian, sargah dikumpulkan menjadi kandam. Kandam ini ertinya takah pada tebu. Keadaan yang sama diumpamakan kepada kandam kekawin pun. Dalam Ramayana ada enam kandam semuanya.....
- Bala
- Ayodhya
- Aranya
- Kishkindha
- Sundara
- Yuddha
Dalam usaha menstabilkan sastera Ramayana yang asal, sejarawan menduga bahawa bahagian daripada dua kandam iaitu kandam pertama (Bala Kandam) dan kandam keempat (Uttara Kandam) yang tiada dalam enam senarai atas itu merupakan penambahan terkemudian...
"Kandam pertama dan kandam terakhir dari Ramayana itu merupakan penambahan terkemudian. Longgokan kandam tersebut mengandungi kandam kedua sampai keempat, mewakilkan Rama sebagai adiwira terbaik. Namun, Sri Rama sudahlah diangkat menjadi avataram atau jelmaan Betara Wisnu maka sastera ini pun berubah menjadi sastera kaum Waisnawa pula. Rujukan kepada orang Yunani (Greek), Parsi (Pathia) dan Saka (Scythia) menunjukkan bahawa kandam-kandam tersebut tidaklah lewat daripada kurun kedua SM..." (The Cultural Heritage of India. Bil. IV, Agama-Agama, Misi Ramakrishna, Institut Kebudayaan).
Bala Kanda dianggaplah sebagai versi asal kecuali beberapa cerita itu terdapat sela. Cetera bermula dari bab kelima kandam pertama ini dan parampara menyuruhkan supaya ia dibacakan dengan lain-lain. Perihal ini tidak pula menyentuh Uttara Kandam, iaitu kandam terkemudian yang menceterakan pembuangan Sita Dewi ke hutan. Agamawan memuja Sri Rama sebagai jelmaan-Nya, ahli falsafah pula menjadikan baginda sebagai tumpuan buat falsafah Mutlak, sementara, kelompok Carvaka mengutuk semua yang tersebut itu, tetapi menghargai nilai sloka dalam Ramayana, namun sebagai disebut seorang anak bakti, "Sesiapa sahaja memanggil Engkau dengan cara yang bagaimana sekali pun, Engkau itu tetaplah Satu jua!".
Ramayana mengandungi 24000 sloka semuanya. Buat masa ini, penyusun laman kecil ini cuma mau meneliti sahaja dulu Ramayana karya Maharesi Valmiki. Untuk bahan-bahan diucapkan jutaan terima kasih kepada Desiraju Hanumanta Rao dan K. M. K. Murthy (1998-2008) atas usaha gigih mereka serta mereka yang terlibat dalam penterjemahan kandam-kandam yang renyah (rumit) itu semua dari bahasa Sanskerta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan