Terjemahan NG Group dari buku bahasa Cina ke bahasa Melayu
Bagaimana Menanggapinya?
Katakanlah anda ini seorang pengikut ajaran Buddha yang sudah cukup berpuas hati dengan mengingati Sang Guru, maka isunya itu tiada apa pun kerana persediaan mental dan emosi anda itu sentiasa ada. Namun, katalah jika anda langsung tak bersedia tapi ditimpa pula penyakit barah atau sakit berat lain. Sedang dalam hati itu tertekan, kehidupan tampak menakutkan, tak tahu bagaimana untuk menghadapinya?? Bingung??!
Namun, kita masih lagi boleh saling menggalakkan sesama sendiri. Saya sendiri seorang doktor pakar onkologi pun turut terkena penyakit barah. Boleh lah anda kata, dia ini pastilah seorang doktor yang kabur-kabur buta perutnya itu. Serupa kata pepatah Cina, "sang Bodhisatva lumpur melintas sungai, leburlah ia bila terkena air, dirinya sendiri pun tidak terjaga". Tohmahan begini pastilah kedengaran di merata pun. Bila saya ceritakan ke orang, ramailah mengetawakan saya. Saya pun pikir bahawa diri ini pun sesuatu yang melucukan. Bodoh punya doktor!
Namun, di loka ini pun, mustahil untuk kita temui barangsiapa yang tidak pernah sakit pun. Tak pernah pun ditemui doktor yang muda tak pernah tua-tua. Mustahil juga untuk ditemui doktor yang boleh menjamin dirinya itu tak terkena penyakit atau hidup tak mati-mati. Walaupun pengalaman saya ini sedikit lucu, namun anda tak akan ketawa pun. Jika suka mau mendengar maka dengar lah. Walaupun beberapa naskah akhbar lama pun, tetaplah ia mampu membantu menjaga "pasu bunga" bernilai anda itu. Begitu pula, sinaran api lilin yang kecil pun membuat mata kabur-kabur melihat. Namun bila tiada elektrik, tetap ia mampu membantu anda melalui kegelapan hidup dipenuhi dengan putin beliung membadai di tengah malam.
Tuan anggaplah saya sebagai naskah surat khabar lama yang menjadi pembalut pasu bunga mahal anda. Saya pun sudi menjadi lilin kecil yang membantu anda mengharungi hidup, merentangkan lima jari menunjukkan jalan di kegelapan malam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan