Sabtu, 5 April 2014

Pengelasan Kata Kriya Bahasa Sanskerta


Rupakara kata kriya bhs Sanskerta ini sangat-sangat rumit, dengan kata kriya berubah bentuk bagi gabungan berbeda-beda seperti kala, ciri, angin, bilangan dan orang. Bentuk-bentuk berkaitan perkataan memang banyak diperguna.

Pengelasan Kata Kriya

Terdapat dua cara yang meluas untuk menggolongkan akar-akar kata kriya bahasa Sanskerta:
  • Parasmaipadi, bertema.
  • Atmanepadi, tidak bertema.
10 Gaah

Berdasarkan kepada bentuk terbitan akar terkini dari akar kata kriya, bahasa Sanskerta. Ia terbahagi kepada 10 golongan kata kriya yang dipecahkan dua lagi cara penggolongannya, bertema dan tidak bertema.

Kata kriya bertema disebut begitu kerana aksara  अ a, dipanggil sebagai suara tema, dimasukkan antara kata dasar dan penghujung. Ia dipeguna bagi menjadikan kata kriya lebih biasa. Pelopor-pelopor diperguna dalam pengubahan kata kriya termasuklah imbuhan pangkal, imbuhan penutup, imbuhan sisipan, dan pengulangan. Setiap akar (tak semestinya semua berbeda) mempunyai gred kosong, guna dan vrdhhi. Jika V itu suara bergred kosong, suara gred guna umumnya dipikirkan sebagai a + V, dan suara gred vriddhi pula ā + V....

Contoh guna dan penjelasannya....

1. Bharati, (menanggung), bertema, tekanan di akar.
2. Asti, (adalah), tak bertema.
3. Dadāti, (meletakkan), tidak bertemanya berulang.
4. Naśyati, (perlina), temanya -ya-.
5. Sunóti, (menekan), tak bertemanya -nó-.
6. Tudati (memukul), bertema dengan tekanan di hujung.
7. Runáddhi, (menghalang), tak bertema dengan sisipan sengau -ná-.
8. Tanóti (meregang), tak bertema di -ó- (asalnya -nó- ditambah pada gred kosong di pengujung akar -n).
9. Krīṇāti, (membeli), tak bertema di -ṇā́- (sisipan sengau pada tengah akar)
10. Coráyati (mencuri), bertema pada -áya-. 

Akar-Akar Seṭ dan Aniṭ

Boleh dipergolong, bebas daripada gana, terbahagi tiga pula, bergantung kepada sama ada ia mengambil bunyi इ i sebelum penanda-penanda kala tertentu. Kerana sabdavali diperguna untuk bunyi ini adalah इट् iṭ, dua kelompok ini dipanggil सेट् seṭ (dengan स + इट्, vet (pilihan iṭ) dan अनिट् aniṭ, tanpa (न ~ अन्).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan