Rabu, 16 Julai 2014

Budaya Hindu: Wottakolam


Wottakolam disebut juga Thī Chamundi Theyyam merupakan persembahan berdasarkan kepada kimvadanti mengenai asura Hiranyakashipu, Narasimha dan pengikut Betara Vishnu, Praghalada. Menurut cetera,  Praghalada dihumban beberapa kali masuk ke dalam api oleh ayahanda baginda, Hiranyakashipu kerana kepercayaannya terhadap Vishnu.

Pelakon pun dihumban ke api untuk beberapa kali. Tubuh si pelakon dihiasi oleh daun-daun nyiur lembut. Diikuti oleh bacaan mantra bertenaga, di kemuncak pertunjukan nanti pelakon akan terjun dalam bara api besar. Sebelum pelakon berlakon, dia mesti menjalani tapa-tapa tertentu dulu jadi api tersebut tidak boleh menyentuhnya.

Persembahan

Bhgn. 1


Bhgn. 2


Pura Terlibat: 
  • Sri Pothavūr Vishnu Murthi
  • Sri Kayyur Alinkīzhiyil Bhagavathy
  • Sri Cheruvatur Pallikara Vishnu Murthi
  • Sri Madai Ettammal Bhagavathi
  • Chengal Kundathin Kavu
Video Courtesy: Rajan Arunima Studio, Payangadi menerusi Youtube Channel Theyyamritual

Tiada ulasan:

Catat Ulasan