Khamis, 4 Oktober 2018

Aliran Śaiva Kaśmīr


Aliran Śaiva Kaśmīr adalah sekumpulan tradisi yang berasaskan kepada tafsiran tantra advaita Śaiva dari rantau Kaśmīr selepas dari tahun 850 M. Istilah Trika digunakan oleh Abhinavagupta bagi mewakili seluruh aliran Śaiva Kaśmīr atau untuk membingkaikan sistem Pratyabhijña. Sistem ini sebenarnya turut terkenal di seluruh rantau benua kecil India. Ia berkembang juga di rantau Oḍiśā atau Kalinga dan di rantau Mahārāṣṭra.

Kitab Tantrāloka, Mālinīślokavārttika dan Tantrasāra adalah merupakan tafsiran bagi Tantra Mālinīvijayottara walaupun kesemua kitab-kitab ini dikategorikan di bawah Kulamārga kerana kecenderungannya itu lebih kepada krama berasaskan Kali. Aliran Śaiva Kaśmīr ini didakwa menggantikan aliran Śaiva Siddhanta iaitu tradisi dvaita yang dianggap oleh sarjana sebagai aliran Tantra Śaiva arus perdana. Menurut pandangan Śaiva Siddhanta, matlamat seseorang itu adalah untuk mencontohi Śiva dengan restu-Nya sedangkan dalam pandangan Śaiva Kaśmīr adalah untuk menyedari bahawa diri sendiri itu sebenarnya adalah Śiva. Śaiva Kaśmīr memandang bahawa Śiva itu adalah alam semesta seluruhnya. Baca lanjut di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan