Memaparkan catatan dengan label moden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label moden. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2013

Shakuntala Dewi

Om Swastiastu!


Tokoh terkenal ini adalah Puan Shakuntala Dewi (4 Nov 1929 - 21 April 2013). Beliau sangat terkenal dengan jolokan "Manusia Komputer" dan merupakan bekas kanak-kanak cerdik serta otak beliau itu bertindak seperti kalkulator. Bakat beliau ini melayakkan beliau ditempatkan dalam ruangan Buku Rekod Dunia Guinness edisi 1982. Tujuan aku meletakkannya di sini supaya dunia tahu bukannya orang Cina saja yang cekap kira mengira ini. Bangsa Brahmana kita pun cekap juga malahan lagi cekap daripada komputer. Anak-anak Hindu sekelian janganlah berasa rendah diri malahan cuba lah mencontohi semua tokoh-tokoh bangsa kita....

Latar Keluarga

Beliau dilahirkan di Bangalore di India. Keluarga beliau sebenarnya adalah keluarga wangsa Brahmana Ortodoks yang berbahasa Kannada. Bapa beliau memberontak enggan menjadi seorang pedanda pura, sebaliknya pergi menyertai sarkis dan menjadi seorang artis persembahan sarkis, penjinak singa, pejalan atas tali gantung ketat dan menjadi magician.

Bapa beliau mendapati bahawa Shakuntala Dewi mempunyai kemampuan menghafal angka semasa mengajar anak beliau itu bermain kad semasa usia nya tiga tahun. Kemudian bapa Shakuntala Dewi meninggalkan sarkis dan membawa beliau pergi membuat pertunjukan jalanan serta bermain dengan angka. Beliau mampu berbuat semua itu tanpa pendidikan resmi. Ketika usianya enam tahun, beliau mempamerkan kebolehan beliau menghafal dan membilang di Universiti Mysore.

Pada 1944, beliau pindah ke London bersama bapanya. Beliau kembali ke India pertengahan tahun 60-an dan berkahwin dengan suami beliau ketika itu, Paritosh Bannerji, seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran India dari Bengal Barat di kota Kolkata. Beliau dan suami bercerai pada 1979. Beliau pulang ke Bangalore awal tahun 80-an.

Shakuntala Dewi mengembara serata dunia memaparkan bakat aritmetik beliau seperti di Eropah pada 1950 dan membuat persembahan di New York pada 1976. Beliau pulang ke AS untuk dikaji kebolehan beliau oleh Arthur Jensen, seorang profesor psikologi di Universiti California, Berkeley. Jensen menguji persembahan beliau dalam beberapa tugasan, termasuk dalam membilang angka besar. Contoh masalah diberi kepada beliau adalah mengira punca kuasa 61,629,875 dan punca kuasa tujoh 170,859,375. Jensen membuat laporan yang mengejutkan bahawa Shakuntala Dewi mampu memberi jawapan bagi masalah (jawapannya 395 dan 15) sebelum profesor itu mampu menyalin soalan itu dalam buku nota beliau. Penemuan Jensen ini diterbitkan dalam makalah akademik Intelligence tahun 1990. Sebagai tambahan kepada pekerjaan beliau sebagai kalkulator mental, Shakuntala Dewi juga mengarang beberapa buku seperti masakan, novel fiksyen dan merupakan seorang ahli astrologi.

Pencapaian
  • Pada 1977, di AS beliau bersaing dengan komputer untuk melihat siapa lagi cepat mendapatkan punca kuasa 188132517 dan didapati beliau lagi cepat. Tahun itu juga, Universiti Southern Methodist meminta beliau memberi punca kuasa ke-23 bagi angka digit-201 dan beliau menjawab dalam 50 saat saja. Setengah orang tak mampu pun menulis digit-digit 201 dalam 50 saat. Jawapan beliau adalah 546,372,891 dan disahkan oleh pengiraan diperbuat oleh sebanyak 110 komputer Biro Piawaian Univac AS. Program khusus terpaksa ditulis bagi komputer sebab pengiraan itu sangat besar.
  • Pada 18 Jun 1980, beliau memaparkan penambahan dua angka-angka 13 digit 7,686,369,774,870 × 2,465,099,745,779 yang dipilih rawak oleh Jabatan Komputer Kolej Imperial, London. Jawapan beliau tepat-tepat dalam 28 saat. Sebab kejadian ini, nama beliau terus tercatat dalam Rekod Guinness edisi 1982.
Kematian

Pada Apr 2013, beliau dimasukkan ke hospital di Bangalore sebab masalah pernafasan. Lebih daripada dua minggu berikutnya, beliau terkena masalah jantung dan buah pinggang pula. Beliau meninggal di hospital pada 21 April 2013 pada usia 83 tahun. Beliau dijaga oleh anak perempuannya, Anupama Bannerji.

Ahad, 13 Mei 2012

Makanan Baik untuk Kulit


Tenusu Rendah Lemak

Kaya dengan vitamin A. Bagus untuk kulit. Jika ingin elakkan lemak kerana banyak lemak didapati dalam makanan jenis ini maka cari yang rendah lemak punya bagi keju dan susu. 

Minyak Ikan Omega-3

Makanan yang mengandungi minyak ini sangat bagus. Ia adalah lemak baik dan sangat diperlukan badan. Ia mengelakkan lecur pada kulit. Boleh didapati dalam ikan tuna, kerangan, sardin dan salmon.

Minyak Bunga Matahari

Tak perlu makan ikan untuk dapatkan asid lemak bagi badan dan untuk kulit. Boleh ambil minyak bunga matahari atau makan biji bunga matahari. Penganut Brahmana dan Jina boleh memakannya bagi mengelakkan ikan. 

Kacang Walnut

Yang ini alternatif untuk biji bunga matahari dan ikan. Ia pun kaya dengan asid lemak yang baik untuk kesihatan dan kulit.

Buah Anggur

Kaya dengan vitamin C. Bagus untuk masalah kulit kerana melambatkan proses penuaan dan kedutan.

Buah Oren 

Sama macam buah anggur. Bagus untuk kulit sebab kaya dengan vitamin C.

Tunas Brussel

Sama macam buah-buahan berasid juga ia mengandungi vitamin C walaupun sejenis sayuran. Kalau mahu pilihan lain, boleh ambil kacang peas. 

Gandum Penuh

Selenium ada didapati dalam makanan diperbuat dari gandum ini seperti bijirin, roti dan kueh-kueh yang dibakar. Selenium bagus untuk kesihatan kulit. Ia membantu memperbaiki kulit di tahap selnya dan menjadikan seseorang itu kelihatan muda dan cantik.

Daging Merah Tanpa Lemak

Kulit kelihatan teruk dan pucat kalau tak cukup zat besi dalam makanan seharian kita. Jika kita ada lingkaran hitam bawah mata dan terlalu pucat maka tandanya kita perlukan zat besi. Daging merah kaya dengan zat besi tapi pastikan anda mengelakkan daging merah yang terlalu tinggi kadar lemaknya.

Telur

Sama macam daging merah juga, ia membekalkan zat besi kepada tubuh. Kalau seseorang itu tak mahu makan terlalu banyak daging merah atau mengelakkan daging maka boleh ambil telur.