Memaparkan catatan dengan label vegetarian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vegetarian. Papar semua catatan

Sabtu, 12 April 2014

Masakan: Nasi Cabai Hijau

Pic: LeSauce

Bahan

1.5 kg Beras Basmathi
1.5 ml Air
125 ml Susu Cair
2 Biji Limau Nipis
5 Camca Besar Minyak Sapi
Garam cukup rasa
Gula cukup rasa

Bahan Kisaran

200 gm Cabai Hijau
3 Camca Besar Serbuk Kurma
4 cm Halia
15 Biji Bawang Merah
4 Biji Bawang Putih
1 Sudu Besar Lada Hitam
3 Tangkai Daun Sup
3 Tangkai Daun Ketumbar

Cara
  • Bersihkan beras dan toskan airnya.
  • Panaskan minyak sapi.
  • Tumiskan bahan kisaran sampai wangi dan garing.
  • Bubuh beras dalam periuk dengan bahan kisar.
  • Tuang susu cair, bubuh garam gula secukup rasa.
  • Tanak nasi seperti biasa.
  • Bila nasi hampir masak, tuang asam limau dan kacau rata.
  • Hiaslah dengan daun ketumbar dan daun sup sebelum hidang.
Puan-puan terhormat dan tuan-tuan budiman boleh cuba masak juga. Bahan perencah itu jika dilarang dharma tuan-tuan maka boleh dielak. Sekian.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Masakan: Chapati

Om Swastiastu!


Chapati ini sebenarnya sejenis roti yang tiada dicampur dengan ragi. Sangatlah ia terkenal dari India sampai Pakistan sana. Ia merupakan makanan kegemaran bapa aku jua. Bentuk makanan ini pun ada juga sampai ke China, Asia Tengah, Myanmar, Tanah Melayu dan lain-lain kawasan dibawa oleh orang Hindu dari India Utara. Marilah tinjau cara membuatnya terutama sekali kita ini cuba mengelakkan pengambilan daging sebolehnya.

Bahan-Bahan

2 cawan tepung atta
2 camca besar minyak
1/2 camca garam 

Tanpa garam pun, kita masih boleh lagi menguli tepung. Cumanya garam itu boleh menambahkan sedikit lagi rasa pada roti itu. Itu sahaja lah.

Cara Membuat

1. Ulilah tepung anda supaya menjadi doh. Bagi setiap dua cawan tepung itu, tambahlah secawan air pada tepung. Bagi menguli tepung itu, kita memerlukan setengah kuantiti air digandingkan dengan tepung. Penggunaan air itu bergantung kepada jenis tepung yang anda pakai. Separuh kuantiti air dipakai pada tepung maka mudahlah hendak mengulinya.

2. Masukkan garam dan minyak pada tepung anda. Gaulkanlah sampai rata. Tambahkan air sedikit pada tepung semasa mengulinya. Ulikanlah doh roti anda sampai lembut. Penting sekali doh anda itu ditapaikan dahulu supaya roti yang anda dapat nanti lembut belaka.

3. Cucurkan air sedikit dan tekan air pada tepung dari atas dengan belakang jari anda.

4. Biarkannya selama setengah jam supaya ia menapai. Boleh sahaja menguli roti tanpa memasukkan minyak cuma minyak itu buat melembutkan roti. Tutup bejana doh roti anda selama setengah jam begitu.

5. Selepas setengah jam, maka anda perlu menguli semula doh roti anda. Minyakkan tangan anda supaya ia tidak melekat. Ulilah lebih kurang 21 saat sebelum anda mula membuat roti dari doh.

6. Panaskan tawa atau kuali leper anda. Kalau tak ada kuali leper maka anda boleh gunakan pungkor belanga anda buat memanaskan roti. Cubit sedikit doh anda ambil sebesar sebiji limau dan gelintel buat bebola daripadanya.   

7. Tepungkan bebola doh anda itu sedikit. Kemudian gilingkan bebola capati anda itu. Biar doh capati anda itu berada di tengah-tengah supaya jangan terlalu nipis. Gilingkannya kira-kira berbulatan 2.5 atau 3 inci. Kemudian tepungkannya semula. Kemudian giling semula sampai jadi berbulatan diameter 6 sampai 7 inci. Kali ini cuba gilingkan di rubin-rubin doh roti itu pula. Jangan terlampau menekan sangat, biar ia lembut saja.

8. Sekarang boleh letakkan di atas tawa anda. Dalam pada itu, sediakan pula roti anda yang kedua. Dan seterusnya sampai habis doh anda. 

9. Bila nampak permukaan roti anda mula menjadi gelap sedikit, ertinya bahagian belakangnya itu sudah terbakar. Alihkan pula sekali. Kemudian anda akan nampak permukaannya mengelembung-gelembung sedikit. Kalau anda bakarnya terus di atas api, ia akan menjadi seperti belon. Bakarnya sampai ada tompok-tompok kehitaman. Ertinya ia sudah masak.

10. Ambil roti yang kembung itu dan minyakkan dengan minyak sapi. Kemudian simpan roti dalam bekas yang dilapik dengan kertas atau napkin. Sediakan roti lain. Semasa memasak roti di atas tawa, ambil napkin dan tekan-tekan di atas roti yang kembung supaya bahagian dalamnya pun masak.

11. Semasa musim panas, roti mestilah disimpan dalam bekas sama ada bekas kaserol atau bekas lain yang bertutup. Semasa musim sejuk, boleh sahaja ia dibiarkan. Buatlah roti sebanyak mana yang anda suka dari doh anda. Jika anda mahu simpan doh dalam peti ais apabila tidak digunakan lagi, minyakkannya sedikit supaya jangan mengeras atau melekat-lekat. Ia boleh disimpan selama dua hari nya. 

12. Roti anda boleh dimakan dengan sayuran kegemaran anda.

Ahad, 13 Mei 2012

Makanan Baik untuk Kulit


Tenusu Rendah Lemak

Kaya dengan vitamin A. Bagus untuk kulit. Jika ingin elakkan lemak kerana banyak lemak didapati dalam makanan jenis ini maka cari yang rendah lemak punya bagi keju dan susu. 

Minyak Ikan Omega-3

Makanan yang mengandungi minyak ini sangat bagus. Ia adalah lemak baik dan sangat diperlukan badan. Ia mengelakkan lecur pada kulit. Boleh didapati dalam ikan tuna, kerangan, sardin dan salmon.

Minyak Bunga Matahari

Tak perlu makan ikan untuk dapatkan asid lemak bagi badan dan untuk kulit. Boleh ambil minyak bunga matahari atau makan biji bunga matahari. Penganut Brahmana dan Jina boleh memakannya bagi mengelakkan ikan. 

Kacang Walnut

Yang ini alternatif untuk biji bunga matahari dan ikan. Ia pun kaya dengan asid lemak yang baik untuk kesihatan dan kulit.

Buah Anggur

Kaya dengan vitamin C. Bagus untuk masalah kulit kerana melambatkan proses penuaan dan kedutan.

Buah Oren 

Sama macam buah anggur. Bagus untuk kulit sebab kaya dengan vitamin C.

Tunas Brussel

Sama macam buah-buahan berasid juga ia mengandungi vitamin C walaupun sejenis sayuran. Kalau mahu pilihan lain, boleh ambil kacang peas. 

Gandum Penuh

Selenium ada didapati dalam makanan diperbuat dari gandum ini seperti bijirin, roti dan kueh-kueh yang dibakar. Selenium bagus untuk kesihatan kulit. Ia membantu memperbaiki kulit di tahap selnya dan menjadikan seseorang itu kelihatan muda dan cantik.

Daging Merah Tanpa Lemak

Kulit kelihatan teruk dan pucat kalau tak cukup zat besi dalam makanan seharian kita. Jika kita ada lingkaran hitam bawah mata dan terlalu pucat maka tandanya kita perlukan zat besi. Daging merah kaya dengan zat besi tapi pastikan anda mengelakkan daging merah yang terlalu tinggi kadar lemaknya.

Telur

Sama macam daging merah juga, ia membekalkan zat besi kepada tubuh. Kalau seseorang itu tak mahu makan terlalu banyak daging merah atau mengelakkan daging maka boleh ambil telur.