Selasa, 16 April 2013

Bangsa Hindu: Chandrawangsa


Chandrawangsa dikenali juga sebagai Somawangsa. Kadangkala mereka dikenali sebagai Aila. Chandrawangsa ini merupakan salah satu daripada tiga wangsa utama dalam warna Kesatria Hindu. Diceterakan bahawa wangsa ini diturunkan dari Sang Chandra atau Sang Soma, manakala yang lain-lain seperti Suryawangsa dikatakan turunan dari Sang Surya serta Agniwangsa mendakwa diturunkan dari dewa api, Sang Agni.

Dalam Candrawangsa ini, ada cabang-cabang keluarga kecil lagi iaitu Baratawangsa, Yaduwangsa, Puruwangsa, Kuruwangsa, Panduwangsa dan lain-lain yang terbut selepas itu. Setiap satunya dinamakan mengikut kepada ketua keluarga yang memecahkan diri mereka dari pecahan besar. Masyarakat benua Hindu ramai juga mendakwa diri mereka berasal dari wangsa ini menerusi cabang-cabang keluarga kecil tersebut. Ibu kota mereka ini dikatakan awalannya berpusat di Pratistana. Kota itu dibuka oleh Ila atau oleh putera raja pertama Chandrawangsa, baginda Pururawa anakanda raja Budha, anakanda Chandra, anakanda maharesi Atri dengan isteri beliau, Anasuya.   

Baginda begawan Kresna juga dijelmakan dalam wangsa ini. Salah seorang anakanda Sang Brahma iaitu Adi. Adi mempunyai putera, Sang Chandra. Sang Chandra menurunkan kaum Kesatria Hindu dalam kalangan wangsa ini. Thakur Desaraja (1934) dalam Itihasa Jatiniyam menulis bahawa barang siapa yang mengikut penanggalan lunar bagi mengira waktu diperkira sebagai kelompok Kesatria dari Chandrawangsa.

Menurut sejarawan Ram Lal Hala, kata jati terbit dari kata yata. Dahulu kala, ada seorang raja bernama Yata dari Chandrawangsa. Nenek moyangnya itu, begawan Kresna sendiri. Kelompok Jata di benua Hindu ini mendakwa diri mereka sebagai keturunan raja Yata. Penulis bangsa Saka bernama Abdul Gazi turut mendakwa dirinya sebagai sebagian turunan Chandrawangsa. Beliau menulis bawa ibu kepada masyarakat Saka merupakan puteri kepada Ailaya Dewi. 

Thakur Desaraja mendakwa lagi bahawa Chandrawangsa di benua Hindu pernah tinggal di kawasan dalam Iran masa kini. Tempat mereka itu dipanggil sebagai Jatali. Desaraja merujuk Jeneral Cunningham yang menyebut mengenai kehadiran Jati Yayatiwangsa di Jatali. Raja Yayati merupakan anakanda Nahusha. Bahasa mereka disebut sebagai bahasa Jadakali.

Turunan Yaduwangsa

Turunan yang ini memang sudah terkenal jadi aku abadikannya di sini. Cawangan turunan Chandrawangsa ini merupakan pecahan daripada Bharatawangsa yang bermula dengan anakanda sulong raj Yayati, putera Yadu. Sebab itu nama wangsa ini Yaduwangsa. Keturunan kesatria dari wangsa ini digelar sebagai puak Yadawa. Berdasarkan kepada tulisan purana-purana, itihasa Mahabhara dan Raghuwangsa, begawan Kresna dijelmakan dalam Yaduwangsa dan dianggap sebagai nenek moyang kepada masyarakat Yadawa. Semasa samaya Mahabharata, Chandrawangsa lah satu-satunya wangsa yang dikaitkan dengan puak Yadawa dan puak Saurasaini. Puak Rajaputra seperti Bhati, Jadeja, Chudasama, Chandela, mereka yang membangunkan koil Khajuraho, dan puak Jadaun semuanya mengakui diri mereka sebagai Chandrawangsa. Setengah kelompok jati di India kini seperti puak Saini di negeri Punjab dan rantau berdekatan di Dewagiri menganggap diri mereka sebagai turunan begawan Seri Kresna Wasudewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan