Selasa, 16 April 2013

Mleccha dalam Sastera


Dalam mahakawiyam Mahabharata, setengah kesatria Mleccha digambarkan berkepala botak atau pun separa botak atau berambut dandan, bersikap tidak murni, bermuka prashat dan hidung berceloreng. Mereka berdiam di bukit-bukit, dalam gua-gua di bukit. Mleccha dikatakan dijelmakan dari lembu kepunyaan maharesi Wasista, mata mereka garang, bergada di tangan nampa macam nariyabala, dan mahir dalam kuasa mengelirukan dari asura. Guru Chanakya di Pataliputra menyebut bahawa tentera Mleccha pernah menyerang maharaja Chandragupta Maurya.

Menurut Swami Parameswarananda, puak-puak Mleccha dijelmakan dari ekor lembu Nandini yang dipelihara oleh maharesi Wasista bagi tujuan yagna apabila tercetusnya pergaduhan antara beliau dengan brahmaresi Wiswamitra.

Mahabharata memberikan maklumat tentang Mleccha seperti berikut....

1. Mleccha yang terbit dari ekor Nandini menyebabkan tentera brahma resi Wiswamitra lari ketakutan.
2. Bhagadatta merupakan raja puak Mleccha.
3. Pandawa seperti Bhima, Nakula dan Sadewa pernah dikalahkan oleh puak Mleccha.
4. Karna semasa perang dunia Mahabharata pernah menakluki banyak negara Mleccha.
5. Kekayaan berbaki di Yagasala di Yuddhistira selepas pembahagiannya sebagai dana kepada para Brahmana dilarikan oleh puak Mleccha.
6. Puak Mleccha menghalau gajah naik minyak ke arah tentera Pandawa. 

Keadaan-keadaan ini menunjukkan bahawa puak Mleccha berlawanan dengan kaum Pandawa dan kaum Brahmana. Sabdawali ini tiada dasar dalam sastera weda yang suci. Sebaliknya mucul dalam sastera samaya weda terkemudian iaitu dalam Satapata Brahmana. Keadaan ini mungkin terjadi kerana pertembungan kebudayaan antara orang Hindu purwa dengan orang-orang yang belum terserap dalam tamadun Hindu lagi. Penyusun perundangan seperti Baudhayana menyifatkan Mleccha sebagai seorang yang memakan daging atau melibatkan dirinya dengan pernyataan-pernyataan yang berlawanan dengan diri atau tidak benar dalam kemurnian dan amalan hidupnya.

Mleccha juga boleh merujuk kepada sebarang makhluk atau ciptaan yang menurut kepada ajaran yang berlawanan dengan kepercayaan weda. Dalam itihasa Hindu, setengah pemerintah orang asli di negeri Assam dipanggil juga sebagai raja puak Mleccha. Hal ini tergambar dengan nama wangsa Mleccha itu sendiri. Dalam Bhagawata Purana, sabdawali ini digunakan merujuk kepada orang terbuang dari masyarakat dan juga pemakan daging.

Sastera Hindu samaya pertengahan, misalnya dari tulisan empu Chaitanya Mahaprabhu juga menggunakan rujukan ini untuk merujuk kumpulan pengikut agama yang lain yang lebih besar, utamanya orang Islam. Seorang pelawat luar ke benua Hindu bernama al-Biruni mencatatkan bahawa orang asing dianggap oleh penduduk Hindu sebagai "kotor" atau "Mleccha". Orang Hindu dilarang berhubungan kemasyarakatan dan berkahwin dengan mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan