Kata Mleccha ini timbul sebagai satu jenis cara untuk orang Hindu purwa mengelaskan barangsiapa yang tidak tertakluk kepada tatanilai tradisional walaupun ciri-ciri tatanilai itu sebenarnya agak kabur. Maka, yang disimpulkan bahawasanya Mleccha itu merujuk kepada orang yang tidak hidup menurut cara yang diatur dalam adat-istiadat.
Penulisan awal merujuk orang-orang asing ini sebagai "separa bertamadun, tidak dihindukan yang bangun tidur atau pun makan tidak mengikut waktu yang tetap seperti orang Brahmana". Dicatatkan juga pertapa-pertapa dan ubun-ubun haruslah mengelakkan kawasan orang-orang Mleccha ini kerana tidak selamat. Dijangkakan bahawa, "penduduk di kawasan itu adalah orang jahil yang mungkin akan memukul pertapa, merompak mereka atau mengganggu mereka kerana disangkakan mereka itu pengintai yang mengintai kampung-kampung orang jahat itu". Selain itu, yang lebih ketat lagi pandangannya adalah orang yang bukan Mleccha seperti pengikut Mahawira Jina yang berhubungan dengan penduduk sakai dalam hutan juga secara automatik dikelaskan sebagai Mleccha walaupun mereka adalah sebagian daripada ketamadunan Hindu. Pandangan ini dipegang oleh orang-orang Hindu yang tinggal di dataran dan berbangga dengan kehidupan mereka yang berpenempatan dengan menjalankan dharma pertanian serta kehidupan bandar.
Sejarawan juga mencatatkan bahawa ada tatacara yang bertujuan mencari kesahihan atau pun kemurnian sesetengah adat-istiadat, yang kemudiannya nanti akan dinilai oleh para Brahmana. Ada peraturan yang rumit dalam pentakrifan kemurnian daripada ketidakmurnian, peraturan sikap, serta upacara dan istiadat Hindu dalam usaha untuk mendidik ahli masyarakat tentang tatahidup Brahmana. Para penyusun tatacara ini sebenarnya berusaha keras memastikan supaya orang-orang dari tamadun Hindu dan agama Brahmana supaya tidaak ditakluki oleh Mleccha dari segi kebudayaan atau upacaranya.
Pensanskertaan nama-nama mula menjadi ciri-ciri biasa bagi kedua-dua orang Mleccha dari kaum asli dan kaum orang asing yang kemudian perlahan-lahan cuba untuk keluar dari kedudukan Mleccha mereka. Selalunya, bagi kes keluarga pemerintah mereka akan mengambil sekurang-kurangnya satu atau dua turunan untuk berubah masuk ke tatacara kaum Brahmana.
Salah satu daripada bentuk terus memaparkan kemurnian upacara Brahmana adalah dalam bentuk dan jenis makanan yang seorang pengikut agama Brahmana boleh makan. Dia dilarang menerima barang makan siap masak dari seorang bukan Brahmana. Misalnya, di negeri Punjab semasa ia menjadi kawasan Mleccha satu ketika dahulu, makanan ruji dari situ diberikan tempat terendah dalam senarai kedudukan makanan.
Menjelang abad ke-12 M, gandum yang dijelaskan dalam salah satu senarai perkamusan sebagai "makanan puak Mleccha" sedangkan beras atau nasi menduduki tempat sebagai bijirin murni atau sattwa. Bawang dan bawang puteh pula dianggap sebagai makanan puak Mleccha maka ia dilarang ambil bagi kaum jati Brahmana. Puak Mleccha meminum minuman keras serta makan daging lembu, maka dalam tempoh-tempoh seterusnya daging lembu diharamkan terus daripada pemakanan orang Hindu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan