Tapak ketamadunan ini sudah diketahui sejak dari tahun 1960an lagi. Beberapa minggu yang lepas, kedengaran berita bahawa syarikat perumahan telah menghancurkan tapak ketamadunan orang-orang purwa di situ iaitu di candi no. 11. Aktivis-aktivis Hindu dan Buddha dipohon supaya membantu dalam melindungi tapak-tapak bersejarah kita supaya kesan ketamadunan itu tidak hilang begitu sahaja.
आहुः सत्यं हि परमं धर्मं धर्मविदो जनाः ... Mereka yang berpengetahuan dharma itu menyatakan bahawa Kebenaran itulah dharma tertinggi - Ramayana, Kaikeyi 2.14.13
Memaparkan catatan dengan label tamadun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tamadun. Papar semua catatan
Isnin, 23 Disember 2013
Selasa, 16 April 2013
Mleccha dalam Sastera
Dalam mahakawiyam Mahabharata, setengah kesatria Mleccha digambarkan berkepala botak atau pun separa botak atau berambut dandan, bersikap tidak murni, bermuka prashat dan hidung berceloreng. Mereka berdiam di bukit-bukit, dalam gua-gua di bukit. Mleccha dikatakan dijelmakan dari lembu kepunyaan maharesi Wasista, mata mereka garang, bergada di tangan nampa macam nariyabala, dan mahir dalam kuasa mengelirukan dari asura. Guru Chanakya di Pataliputra menyebut bahawa tentera Mleccha pernah menyerang maharaja Chandragupta Maurya.
Menurut Swami Parameswarananda, puak-puak Mleccha dijelmakan dari ekor lembu Nandini yang dipelihara oleh maharesi Wasista bagi tujuan yagna apabila tercetusnya pergaduhan antara beliau dengan brahmaresi Wiswamitra.
Mahabharata memberikan maklumat tentang Mleccha seperti berikut....
1. Mleccha yang terbit dari ekor Nandini menyebabkan tentera brahma resi Wiswamitra lari ketakutan.
2. Bhagadatta merupakan raja puak Mleccha.
3. Pandawa seperti Bhima, Nakula dan Sadewa pernah dikalahkan oleh puak Mleccha.
4. Karna semasa perang dunia Mahabharata pernah menakluki banyak negara Mleccha.
5. Kekayaan berbaki di Yagasala di Yuddhistira selepas pembahagiannya sebagai dana kepada para Brahmana dilarikan oleh puak Mleccha.
6. Puak Mleccha menghalau gajah naik minyak ke arah tentera Pandawa.
Keadaan-keadaan ini menunjukkan bahawa puak Mleccha berlawanan dengan kaum Pandawa dan kaum Brahmana. Sabdawali ini tiada dasar dalam sastera weda yang suci. Sebaliknya mucul dalam sastera samaya weda terkemudian iaitu dalam Satapata Brahmana. Keadaan ini mungkin terjadi kerana pertembungan kebudayaan antara orang Hindu purwa dengan orang-orang yang belum terserap dalam tamadun Hindu lagi. Penyusun perundangan seperti Baudhayana menyifatkan Mleccha sebagai seorang yang memakan daging atau melibatkan dirinya dengan pernyataan-pernyataan yang berlawanan dengan diri atau tidak benar dalam kemurnian dan amalan hidupnya.
Mleccha juga boleh merujuk kepada sebarang makhluk atau ciptaan yang menurut kepada ajaran yang berlawanan dengan kepercayaan weda. Dalam itihasa Hindu, setengah pemerintah orang asli di negeri Assam dipanggil juga sebagai raja puak Mleccha. Hal ini tergambar dengan nama wangsa Mleccha itu sendiri. Dalam Bhagawata Purana, sabdawali ini digunakan merujuk kepada orang terbuang dari masyarakat dan juga pemakan daging.
Sastera Hindu samaya pertengahan, misalnya dari tulisan empu Chaitanya Mahaprabhu juga menggunakan rujukan ini untuk merujuk kumpulan pengikut agama yang lain yang lebih besar, utamanya orang Islam. Seorang pelawat luar ke benua Hindu bernama al-Biruni mencatatkan bahawa orang asing dianggap oleh penduduk Hindu sebagai "kotor" atau "Mleccha". Orang Hindu dilarang berhubungan kemasyarakatan dan berkahwin dengan mereka!
Sikap Budaya Mleccha
Kata Mleccha ini timbul sebagai satu jenis cara untuk orang Hindu purwa mengelaskan barangsiapa yang tidak tertakluk kepada tatanilai tradisional walaupun ciri-ciri tatanilai itu sebenarnya agak kabur. Maka, yang disimpulkan bahawasanya Mleccha itu merujuk kepada orang yang tidak hidup menurut cara yang diatur dalam adat-istiadat.
Penulisan awal merujuk orang-orang asing ini sebagai "separa bertamadun, tidak dihindukan yang bangun tidur atau pun makan tidak mengikut waktu yang tetap seperti orang Brahmana". Dicatatkan juga pertapa-pertapa dan ubun-ubun haruslah mengelakkan kawasan orang-orang Mleccha ini kerana tidak selamat. Dijangkakan bahawa, "penduduk di kawasan itu adalah orang jahil yang mungkin akan memukul pertapa, merompak mereka atau mengganggu mereka kerana disangkakan mereka itu pengintai yang mengintai kampung-kampung orang jahat itu". Selain itu, yang lebih ketat lagi pandangannya adalah orang yang bukan Mleccha seperti pengikut Mahawira Jina yang berhubungan dengan penduduk sakai dalam hutan juga secara automatik dikelaskan sebagai Mleccha walaupun mereka adalah sebagian daripada ketamadunan Hindu. Pandangan ini dipegang oleh orang-orang Hindu yang tinggal di dataran dan berbangga dengan kehidupan mereka yang berpenempatan dengan menjalankan dharma pertanian serta kehidupan bandar.
Sejarawan juga mencatatkan bahawa ada tatacara yang bertujuan mencari kesahihan atau pun kemurnian sesetengah adat-istiadat, yang kemudiannya nanti akan dinilai oleh para Brahmana. Ada peraturan yang rumit dalam pentakrifan kemurnian daripada ketidakmurnian, peraturan sikap, serta upacara dan istiadat Hindu dalam usaha untuk mendidik ahli masyarakat tentang tatahidup Brahmana. Para penyusun tatacara ini sebenarnya berusaha keras memastikan supaya orang-orang dari tamadun Hindu dan agama Brahmana supaya tidaak ditakluki oleh Mleccha dari segi kebudayaan atau upacaranya.
Pensanskertaan nama-nama mula menjadi ciri-ciri biasa bagi kedua-dua orang Mleccha dari kaum asli dan kaum orang asing yang kemudian perlahan-lahan cuba untuk keluar dari kedudukan Mleccha mereka. Selalunya, bagi kes keluarga pemerintah mereka akan mengambil sekurang-kurangnya satu atau dua turunan untuk berubah masuk ke tatacara kaum Brahmana.
Salah satu daripada bentuk terus memaparkan kemurnian upacara Brahmana adalah dalam bentuk dan jenis makanan yang seorang pengikut agama Brahmana boleh makan. Dia dilarang menerima barang makan siap masak dari seorang bukan Brahmana. Misalnya, di negeri Punjab semasa ia menjadi kawasan Mleccha satu ketika dahulu, makanan ruji dari situ diberikan tempat terendah dalam senarai kedudukan makanan.
Menjelang abad ke-12 M, gandum yang dijelaskan dalam salah satu senarai perkamusan sebagai "makanan puak Mleccha" sedangkan beras atau nasi menduduki tempat sebagai bijirin murni atau sattwa. Bawang dan bawang puteh pula dianggap sebagai makanan puak Mleccha maka ia dilarang ambil bagi kaum jati Brahmana. Puak Mleccha meminum minuman keras serta makan daging lembu, maka dalam tempoh-tempoh seterusnya daging lembu diharamkan terus daripada pemakanan orang Hindu.
Negeri Orang Mleccha
Di benua Hindu purwa, sejarawan mencatatkan mengenai rujukan "orang asing" ini sebagai mereka yang berdiam di luar dari benua Hindu. Biasanya mereka ini akan dikenali sebagai orang tak bertamadun juga. Ada juga jenis orang ini yang tinggal berdiam dalam benua Hindu tetapi dipanggil sebagai orang asing. Mereka dipanggil juga orang Mleccha, kerana mereka bukan sebahagian daripada jatiniyam kemasyarakatan Hindu. Untuk yang ini, ada pula perbedaan antara orang Mleccha dan orang yang menurut Arya Dharma berdasarkan tempat tinggal mereka.
Walaupun dianggap sebagai kelompok terkebelakang, kawasan yang dicirikan sebagai Mleccha Desa itu tak pernahlah kekal. Kawasan sempadan semulajadi yang memisahkan tanah mereka dengan tanah orang Hindu itu selalu berubah-ubah. Ia ditakrifkan berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang berlaku kepada Arya Warta. Parasher menyebut, "kawasan yang terus disebut sebagai Mleccha Desa itu adalah rantau yang dihuni oleh kelompok puak yang dalam jangkamasa lama pun masih tidak menerima pengaruh Brahmana, ajaran Buddha atau pun ajaran para Jina".
Kawasan orang Hindu purwa berkembang dengan jangka waktunya, maka sebutan Mleccha yang dikenakan ke atas tanah-tanah bukan tanah Arya itu adalah berkaitan dengan "kemurnian". Yang disebut dalam kesusasteraan weda itu adalah kawasan atau rantau yang biasa dengan orang Hindu purwa. Semua kawasan yang dijejaki mereka, yang diperintah mereka itu menjadi sebahagian daripada Arya Warta juga. Parasher lanjutnya berkata bahawa Arya Warta itu tercetus sebagai, "Rantau di mana menghilangnya sungai Saraswati iaitu di Patiala di Punjab. Pergunungan Pari Yatra yang datang dari banjaran Vindhiya, kemungkinannya di bukit-bukit Malwa. Kalakawana yang dikenalpasti dengan jejak-jejaknya dekat dengan Prayaga".
Tafsiran lainnya, Arya Warta itu merujuk kepada kawasan merga hitam berkeliaran, kerananya kawasan itu sesuai sekali untuk menjalankan upacara yagna. Sastera weda awal bertumpu kepada pentakrifan kawasan bertempat tinggal orang Hindu purwa di tanah-tanah yang dianggap suci murni. Pada masa itu, tiada lagi rujukan benar-benarnya tentang negara Mleccha atau perangai mereka. Kawasan yang bukan termasuk dalam sempadan Arya Warta, maka itulah kawasan tidak suci.
Selain itu, terdapat juga bukti bahawa orang Hindu zaman weda berhubungan dengan orang di luar benua Hindu, misalnya dengan orang Parsi. Orang Parsi yang memerintah di hulu lembangan sungai Indus pada 522-486 SM tidaklah dipanggil sebagai Mleccha, mungkin disebabkan mereka tidak pernah masuk campur dalam amalan adat-istiadat orang Brahmana.
Sastera weda terkemudian bercakap pula tentang puak Anawa yang dipanggil sebagai Mleccha. Mereka menduduki utara Punjab, Sindh, dan timur Rajastan. Puak-puak di utara suatu ketika dahulu pun dikenali sebagai Mleccha sama ada kerana tempat tinggal mereka di sempadan misalnya puak Gandhara, puak Kashmira dan puak Kemboja. Disebabkan itu, kebudayaan dan pengucapan mereka dicemari oleh unsur luar dan berbeda dengan pengucapan serta budaya mereka yang betul-betul dalam Arya Warta. Atau mungkin juga terdapat kes seperti kes orang Hindu dari India Selatan yang suatu ketika dahulunya bertamadun Brahmana tetapi disebabkan meninggalkan upacara weda maka mereka dijatuhkan ke kedudukan Mleccha. Oleh itu, orang Hindu mestilah menjalankan upacara menurut dharma mereka serta jati bagi mengelakkan terjatuh menjadi Mleccha!
Orang Mleccha
Mleccha ini menurut kepada rujukan bahasa Sankerta weda bererti orang bukan pengamal kesusasteraan weda atau pun orang gasar yang tiada aryadharma. Ia merujuk kepada orang di luar sempada Arya Warta di benua Hindu purwa seperti orang Yunani purwa menggunakan rujukan Barbaros untuk merujuk kepada percakapan orang asing yang tidak jelas di pendengaran mereka sehingga kepada gaya hidup yang pelik pada pandangan mereka.
Dalam Mahabharata, kata akar bahasa Sankerta berbunyi barbara membawa arti orang berdosa, orang asing, orang rendahan gasar, gagap dan pembawa sial. Dalam purana-prana Wayu, Matcha, dan Brahmanda meletakkan golongan Mleccha di luar dari tatasusunan masyarakat warna. Southworth (1998) mencadangkan bahawa kata nama ini berasal dari kata mizi yang bererti 'cakap' atau pun 'ucapan seseorang' yang terbit dari bahasa orang Drawida. Sabdawali Mleccha juga digunakan oleh orang alim Marathi samaya pertengahan, Sri Samartha Ramadasa. Sastera-sastera ajaran Buddha juga menggunakan sabdawali Milakkha atau Milukakkhuka bagi merujuk kepada kelompok Mleccha.
Di benua Hindu purwa, sabdawali ini digunapakai oleh kerajaan-kerajaan Hindu purwa bagi memanggil orang asing. Kata Mleccha ini juga digunakan secara meluas bagi merujuk satu lagi jenis orang yang tak boleh disentuh atau pun orang gasar luaran tanpa mengira bangsa atau warna kulitnya. Orang Hindu akan merujuk semua kebudayaan yang asing pada pandangannya atau pun yang kurang bertamadun daripadanya sebagai Mleccha yang artinya itu gasar.
Di benua Hindu purwa, Mleccha ini digunakan untuk merujuk bangsa-bangsa seperti bangsa Saka, bangsa Hun, bangsa Yawana, bangsa Kemboja, bangsa Pahlawa, bangsa Bahlika dan bangsa Resika. Amaragosa menjelaskan juga bangsa Kirata dan bangsa Pulinda pun merupakan jati jenis Mleccha. Orang Indo-Yunani, Indo-Saka dan Kushana pun digelarkan sebagai Mleccha. Di Italia, republik Venezia dipanggil juga sebagai Mletacka Republika dalam bahasa Serbo-Croat dan orang Venezia dipanggil sebagai Mleci. Sabdawali dalam bahasa orang Barat ini pun membawa arti orang asing.
Bahasa
Sesetengah penjelasan mengenai kata nama Mleccha, mencadangkan bahawa kata ini diterbitkan dari pandangan orang Hindu purwa terhadap pengucapan orang asli di tempat mereka. Mlech ini asasnya bererti "percakapan yang pelik". Jadi, setengah sarjana kebahasaan mencadangkan bahawa orang Hindu purwa menggunakan bunyian mulut bagi meniru bunyi bahasa asing yang kedengaran kasar pada telinga mereka bagi menggambarkan bahawa mereka tidak paham bahasa orang itu. Lama-lama bunyi itu menjadi "Mleccha" sahaja. Sejarawan pula memetik dari pengetahuan "pengucapan yang betul" sebagai sesuatu yang penting dalam penyertaan dalam upacara keagamaan dan yagna Hindu. Maka, jika pengucapan salah bunyi sebutannya, maka pengamalan upacara agama juga akan salah.
Menjadi Arya menurut keagamaan Hindu bererti mempunyai pengetahuan dalam bahasa Sanskerta dalam usaha untuk menjalankan upacara keagamaan. Bukannya menjelaskan asal-usul orang Hindu itu dari kawasan Eropah atau sebaliknya kerana bagi aku secara peribadinya, hal itu adalah mengarut sama sekali! Hal ini menekankan kepentingan bahasa sebagai wahana pengucapan dalam upacara agama. Arya itu artinya orang yang mulia. Arya nya dari segi apa? Segi budi pekertinya? Dari segi pengetahuan atau kesedarannya? Dari segi harta bendanya kepunyaannya? Inilah arya yang aku fahami...
Parasher membincangkan kepentingan mengetahui pengucapan yang betul dalam upacara yagna dan upacara lain dalam agama kaum Brahmana. Parasher lanjutnya lagi berkata, "Pakar terbaik dalam yagna silpa tanpa ragu-ragu lagi adalah kaum Brahmana yang bertempat dalam tata kemasyarakatan Hindu purwa, yang dalam masa yang sama berpegang dengan pengucapan dengan sebutan yang betul, digilap dan terbaik.
Sejarawan menyedari bahawa pemula ketamadunan Brahmana telah menggilap bahasa mereka menjadi bahasa Sankserta lalu mengangkatnya sebagai bahasa bentuk tertinggi dalam segala jenis pengucapan. Makanya, pengucapan Mleccha itu dikatakan membawa arti sebagai berikut:
1. Bahasa yang tidak semestinya asing pada pendengaran seseorang itu, sebaliknya mungkin bentuk bahasanya itu tidak sesuai kerana ia adalah jenis bahasa kasar, penuh carutan caci maki dan menyinggung.
2. Bahasa yang terbit dari bahasa Sanskerta tapi salah pula sebutannya jadi tidak dapat difahami dengan mudahnya oleh orang lain dalam masyarakat itu.
3. Sebarang bahasa asing yang memang tidak difahami oleh orang Hindu kerana memang tidak digunakan oleh orang Hindu tersebut. Misalnya seorang Cina bercakap bahasa Cina dengan orang Hindu itu sedangkan orang Hindu itu bukan penutur bahasa Cina dan langsung tidak memahaminya. Maka bahasa Cina itu adalah bahasa Mleccha bagi orang Hindu itu.
Profesor Wasudewa Sharana Agrawala mengakui bahawa orang orang Hindu sebenarnya sudah terbiasa dengan bahasa-bahasa Mleccha sejak samaya Satapatha Brahmana lagi. Bagi menyokong kenyataannya ini, beliau memetik Mahabharata Adi Parwa 2/103 yang merujuk kepada percakapan di antara Widura dengan Yuddhistira dalam bahasa Mleccha. Dijelaskan bahawa bahasa yang dituturkan oleh kedua tokoh itu kedengaran sebagai Mleccha pada pendengaran Kunti kerana beliau tidak memahaminya. Semasa samaya kawiyam, sesetengah orang yang berhubungan dengan para asura akan bercakap dalam bahasa Mleccha. Dharma Sastra Jaimini (1.3.10) menyebutkan sesetengah kata nama dalam bahasa Mleccha contohnya pika (burung), nema (separoh), sata (bekas) dan tamara (teratai merah).
Label:
brahmana,
bukan hindu,
orang gasar,
tamadun,
tiada arya dharma
Langgan:
Catatan (Atom)



