Khamis, 2 Mei 2013

Kemasyarakatan Kerajaan Funan


Disebabkan tiada catitan kerajaan Funan yang kekal di samaya moden ini, jadi terpaksalah carigali purwa dijalankan. Pencarigalian bahan purwa ini memberikan penemuan menarik seperti struktur dinding bata, besi-besi bernilai dan bahan-bahan tembikar dari selatan Kemboja dan Vietnam. Ditemui juga sistem terusan besar yang menghubungkan penempatan manusia di Angkor Borei dan juga pusat-pusat pelabuhan tepi pantai. Keadaan ini memberi gambaran bahawa ada kerajaan tersusun di situ. Kerajaan Funan ini masyarakatnya itu sangat rumit dan maju dengan kependudukan yang padat, teknologi maju dan juga sistem masyarakat pun bertingkatan.

Ibu Kota

Dengan tanggapan bahawa Funan ini kerajaan yang bersatu seketul macam itu, sejarawan memajukan hujah linguistik mengenai bertempatnya ibukota....
  • Satu teori berdasarkan kepada hubungan perkataan Funan dengan perkataan bahasa Khmer Phnom yang terletak di kawasan Ba Phnom berdekatan bandar Kemboja, Banam di daerah Prey Weng.
  • Teori lain, dimajukan oleh George Coedes, menyatakan ibu kota Funan ini disebut dalam prasasti empayar Angkor yang terkemudiannya. Ia disebut sebagai Wiyadhapuram atau pun Kota Pemburu. Teori Coedes ini adalah berdasarkan kepada sejarah Cina yang mengenalpasti kota itu sebagai Temu. Coedes mendakwa nama ini mewakili transkripsi bahasa Cina untuk perkataan bahasa Khmer Dalmak yang bererti Pemburu. Teori ini ditolak sejarawan lain kerana Dalmak bererti "Pemikat". Bukan Pemburu.
Malang sekali, tak ada lagi jumpaan bahan purwa di sebelah selatan Kemboja untuk beberapa dekad ini. Kawasan itulah yang disebut sebagai kawasan tengah ibu kota kerajaan Hindu Funan ini.

Lapangan Kebudayaan Hindu

Kebudayaan Hindu-Buddha Funan ini merupakan kebudayaan persenyawaan orang tempatan dengan falsafah Hindu serta Tantrayana. Sebenarnya unsur Hindu sangat tebal di kerajaan ini selain pihak istana menggunakan sewakah pentadbiran orang Hindu sendiri. Bahasa istana itu adalah bahasa Sanskerta. Ajaran agama Hindu diajarkan kepada rakyat jelata namun selepas abad ke-5 M, ajaran Buddha mulai menyinari kawasan ini.

Rekod menunjukkan bahawa cukai dibayar dengan perak, emas, batu mutiara dan juga kayu-kayu wangian. Kang Tai dan Ch'u Ying mencatatkan bahawa penduduk Funan mengamalkan perhambaan dan keadilan dijalankan dengan mencari bukti menerusi tatacara membawa rantai besi panas, menarik telinga yang ditebuk dengan subang emas dan juga memaksa tertuduh menarik telur dari ayer mendidih.

Bukti carigali purwa menunjukkan keselarasan yang besar juga dengan rekod Cina. Orang Cina menggambarkan bahawa orang Funan tinggal di rumah-rumah bertiang tinggi, mengamalkan pertanian padi dan menghantar ufti seperti emas, perak, tanduk gajah dan haiwan-haiwan eksotik. Laporan Kang Tai menyatakan bahawa ada sekumpulan pemain bunyian Hindu Funan dihantar ke China pada 263 M. Maharaja China berasa kagum dan meminta supaya dibangunkan pusat muzik tradisional Hindu Funan di Nanjing. Dilaporkan juga terdapat samudera pustaka di seluruh negara Funan yang menunjukkan ramai cendekiawan berada di situ. 

Dua orang ajar-ajar Buddha dihantar dari Funan ke China pada abad ke-5 sampai abad ke-6. Ajar-ajar tersebut nama mereka Mandrasenna dan Sanghabharam yang tinggal di China demi menterjemahkan sastera Buddha dari bahasa Bali-Sanskerta ke bahasa Cina. Antara yang diterjemahkan mereka itu adalah, sastera Mahayana seperti Saptasatika Pragnaparamita Sutra yang dikenali juga sebagai Mahapragnaparamita Manjusripariwartta Sutra. Teks ini diterjemahkan secara berasingan oleh kedua-dua ajar-ajar Buddha dari Funan itu. Bodhisattwa Manjusri merupakan tokoh penting yang dipaparkan melalui sutram tersebut.  

Ekonomi

Kerajaan ini merupakan ekonomi Asia Tenggara yang pertama. Ia makmur menerusi perdagangan kelautan dan juga pertanian. Kerajaan ini kemudian membuat matawang perak sendiri dengan lambang Burung Kuang Raya Gunung.

Kerajaan ini mula berada di kegemilangan ketika jalan perdagangan antara India dan China itu mengandungi kaki kelautan dari India di Segenting Kra. Segenting Kra ini merupakan bahagian dari Semenanjung Tanah Melayu dan terdapat jalan pintas daratan di situ. Kemudian pedagang boleh menaiki berangai di sepanjang Teluk Siam, melalui Delta Mekong dan menerusi pantai Vietnam naik ke China. Raja Funan dari abad ke-2 M menakluki negara-kota di Segenting Kra dan mungkin juga mengawal seluruh jalan perdagangan dari Tanah Melayu ke Vietnam Tengah.

Penenempatan Oc Eo, kedudukannya berdekatan dengan Selat Melaka memberikannya kedudukan pelabuhan entrepot antarabangsa. Bukti carigali purwa menemui artifak-artifak dari Roma, Persia, India dan Yunani. Sarjana Klasik Jerman, Albrecht Dihle mempercayai pelabuhan utama Funan, adalah Kattigaram yang dirujuk oleh pelukis muka bumi Iskandariah abad ke-2 M, Ptolemy. Pelabuhan itu menjadi emporium bagi pertemuan pedagang Cina dan Romawi.  Dihle percaya lokasi Oc Eo itu mendekati keterangan yang diberikan Ptolemy mengenai perjalanan diperbuat seorang pedagang Greko-Roma, Iskandar ke Kattigara, terletak di timur sekali di perjalanan kelautan bagi perdagangan empayar Romawi Timur.

George Coedes menyebut, "Funan mempunyai kedudukan utama dalam pejalanan perdagangan kelautan dan pernah menjadi sebuah pelabuhan bagi para pelayar yang melalui Selat Melaka dan bagi sesiapa yang pernah singgah di salah satu daripada negara kota di Segenting Kra di Tanah Melayu. Funan mungkin juga menjadi titik penghujung bagi Mediterania Timur dan jika begitulah halnya, pernyataan Ptolemy tentang Kattigaram itu tentulah merujuk tentang tempat yang terletak di pantai barat Indo-China di Teluk Siam".

Funan juga mendapat manfaat dari sistem pertanian majunya termasuklah sistem takungan air dan perairannya yang panjang itu. Kependudukan negara ini bertumpu utamanya sepanjang Delta Mekong; kawasan semulajadinya dibangunkan untuk kegiatan ekonomi berasaskan perikanan dan penanaman padi.

Hubungan Luar Funan

Sangat sedikit diketahui kecuali mengenai hubungannya dengan empayar China yang berjiran dengannya. Kerajaan Hindu Funan berhubungan diplomatik dan berdagang dengan wangsa-wangsa Wu serta Liang di selatan China. Sedikit pertelingkahan pernah berlaku apabila Funan dan jirannya, negara Linyi menyerang Tongking pada 270 M. Tongking kini berada dalam Vietnam Utara moden dna pernah dijajah China.

Menurut sumber China, Funan kemudian dikalahkan dan ditakluki oleh negara-kota jajahannya iaitu negara Chenla. Chenla merupakan negara-kota orang Khmer. Prasasti mengenainya dalam bahasa Sanskerta dan bahasa Khmer. Pemerintah terakhir Funan yang diketahui melalui rekod China adalah Lituobamo atau Rudrawarmana yang memerintah dari 514 sampai 545 M.

George Coedes juga membuat hipotesis lagi mengenai hubungan antara pemerintah Funan dengan wangsa Sailendra di Nusantara. Coedes percaya bahawa gelaran "Raja Gunungan" digunakan oleh Sailendrawangsa disebabkan ia adalah pengenalan raja-raja Hindu Funan. Selain Coedes percaya bahawa kata Funan itu datang dari perkataan bahasa Khmer iaitu Phnom bermaksud Gunung.

Sejarawan lain menolak hipotesis ini. Mereka berkata bahawa kurang bukti kukuh dalam prasasti Kemboja purwa yang menggunakan gelaran Sailendra. Penduduk dari pantai kerajaan Funan juga dikatakan pernah membangunkan kerajaan Hindu Tanah Merah atau Chih Tu di kawasan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Tanah Merah dikatakan sebagai satu negara-kota yang terbit dari Funan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan